{"id":2037,"date":"2020-09-17T08:41:52","date_gmt":"2020-09-17T08:41:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2037"},"modified":"2020-09-17T08:41:54","modified_gmt":"2020-09-17T08:41:54","slug":"sejak-bila-pas-beranakkan-pan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/17\/sejak-bila-pas-beranakkan-pan\/","title":{"rendered":"Sejak Bila PAS Beranakkan PAN?"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin Warisan mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Hatta, warna Oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses &#8216;membeli&#8217; parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah &#8216;origin of PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga membawa agenda liberal dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang liberal tetapi mereka juga gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka lahirlah PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sekali-kali bukan PAS!<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin Warisan mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-2037","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2037","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2037"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2037\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2039,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2037\/revisions\/2039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2037"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2037"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2037"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}