{"id":20638,"date":"2025-01-09T09:46:09","date_gmt":"2025-01-09T09:46:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20638"},"modified":"2025-01-09T09:47:15","modified_gmt":"2025-01-09T09:47:15","slug":"siri-2-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/09\/siri-2-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis\/","title":{"rendered":"Siri 2: Benarkah DAP Sudah Dikuasai Evangelis?"},"content":{"rendered":"\n<p>Golongan Evangelical Christian di Malaysia, adalah lebih mirip kepada golongan Evangelical Christian di Amerika Syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana golongan Evangelical Christian di Amerika Syarikat yang baru muncul pada kurun ke-18, golongan Evangelical Christian di Malaysia juga sudah tentunya masih baru kemunculannya di negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Gereja-gereja mereka berbeza daripada tradisi gereja-gereja yang mewarisi aliran tradisi Kristian Klasik seperti Gereja Katolik, Lutheran dan Metodhis. <\/p>\n\n\n\n<p>Gereja-gereja Evangelical Christian tidak terikat kepada sesuatu badan berautoriti, termasuklah mereka tidak mempunyai biskop. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, Gereja-gereja Evangelical Christian mempunyai autonomi dan tidak terikat dengan tradisi gereja-gereja yang sedia ada di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan Gereja-gereja Evangelical Christian tidak mewarisi tradisi klasik golongan-golongan Kristian yang lain, tafsiran mereka terhadap Gospel adalah berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Tafsiran Gereja-gereja Evangelical Christian terhadap Gospel adalah lebih literal dan tidak dikongkong oleh tafsiran autoritatif tradisi klasik aliran Kristian yang sedia ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga lebih terbuka untuk mengaitkan kandungan Gospel dengan situasi sosial, ekonomi dan politik semasa, tanpa terikat dengan tafsiran tradisi klasik. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, perkataan \u2018<em>evangelical<\/em>\u2019 itu sendiri menggambarkan ajaran Gospel adalah&nbsp;<em>\u2018good news<\/em>\u2019, dengan pengertian lain ia adalah panduan daripada Tuhan untuk manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan sebab itu, tidak sepertimana golongan Kristian yang lain, golongan Evangelis terlibat aktif dengan kegiatan duniawi termasuklah di lapangan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, penerimaan terhadap Evangelical Christian begitu memberangsangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dianggarkan daripada keseluruhan gereja-gereja yang ada di Malaysia, tidak kurang daripada 60 peratus adalah Gereja-gereja Evangelical Christian.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut seorang pendukung Evangelical Christian, Dr Chris Chong, penerimaan yang memberangsangkan ini adalah disebabkan golongan Evangelis lebih mempunyai tekad yang kuat untuk menarik penganut-penganut baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu, kandungan ajaran Evangelical Christian yang praktikal dan kontemporari, serta pendekatan yang lebih moden, menyebabkan lebih ramai yang tertarik dengan aliran ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ajaran Evangelical Christian ini juga lebih dapat menarik golongan muda dan juga masyarakat bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada penerimaan yang memberansangkan dari kalangan golongan muda dan bandar, yang ramai menerima aliran Evangelical Kristian ialah kaum Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, menurut Buchanan di dalam bukunya&nbsp;<em>\u2018Sang Nila Utama and the Lion of Judah<\/em>\u2019, aliran Evangelical Christian melihat bangsa Cina sebagai \u2018bangsa pilihan Tuhan\u2019 atau&nbsp;<em>\u2018the chosen people<\/em>\u2019 di zaman ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Buchanan lagi di dalam bukunya yang lain,&nbsp;<em>\u2018The Armies of God: A Study of Militant Christianity<\/em>\u2019, Bangsa Cina dikatakan sebagai penganut Kristian yang asal (proto Christian) dan juga keturunan Yahudi yang hilang. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, gerakan global Evangelical Christian menyasarkan untuk menarik lebih 60 juta Chinese Diaspora atau Cina Antarabangsa khususnya di Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa Cina yang menjadi sasaran gerakan global Evangelical Christian ini menguasai ekonomi di negara-negara Asia Tenggara termasuklah dianggarkan menguasai 70 peratus ekonomi Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan aset yang dipegang oleh Cina Antarabangsa dianggarkan mencecah sehingga USD 2 trillion. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara khusus, gerakan global Evangelical Christian menyasarkan untuk mendominasikan Asia Tenggara di bawah projek yang dinamakan&nbsp;<em>\u2018Evangelizing the Nanyang<\/em>\u2019 atau \u2018Mengkristiankan Asia Tenggara\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab itu, ramai pemuka-pemuka gerakan global Evangelical Christian ini mengunjungi negara-negara Asia Tenggara, termasuklah Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedatangan mereka ke sini, seharusnya menimbulkan keresahan kepada keharmonian Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti yang saya terangkan sebelum ini, bukan semuanya penganut Kristian di Malaysia adalah golongan Evangelis. <\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga, bukan semua golongan Evangelis adalah termasuk dalam kategori radikal atau militant seperti yang disebut oleh Buchanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak adil untuk kita menghukum penganut Kristian yang lain, dalam menjalankan tanggungjawab agama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga, tidak adil untuk kita menghalang golongan Evangelis untuk beramal dengan ajaran Gospel mereka selama mana mereka mematuhi Perlembagaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang menimbulkan kebimbangan semua termasuk boleh menggugat kerharmonian masyarakat Malaysia, ialah golongan radikal Evangelical Christian yang digelar oleh Buchanan sebagai Kristian Zionis atau Dominionisme.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti yang dilaporkan oleh banyak pihak golongan radikal Evangelical Christian ini telah mula menyebarkan pengaruh mereka di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemuka-pemuka mereka seperti James Goll, George Annadorai, Afeef Halasah, Rabbi Shafira,&nbsp; dan lain-lain lagi secara terang-terangan telah menyampaikan mesej radikal di dalam gereja-gereja berkaitan Evangelical Christian di negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara mesej radikal yang disampaikan ialah mahu menumbangkan Islam di Malaysia yang dianggap sebagai berhala (menara) berkembar bersama Buddhism. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu, mesej radikal lain yang disampaikan ialah menggesa supaya negara ini ditakluk dengan \u2018Kerajaan Tuhan\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyampaian mesej-mesej seperti ini telah terdedah di dalam media-media sosial secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari hakikat tersebut, bukan isu golongan Evangelis melakukan penyebaran ajaran Kristian kepada masyarakat Islam yang ingin dibangkitkan di sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyebaran ajaran Kristian kepada masyarakat Islam sememangnya bertentangan dengan perundangan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu yang lebih besar ialah kemasukan gerakan global Evangelical Christian yang radikal ke negara ini, yang terang-terangan boleh menggugat keharmonian masyarakat Malaysia, malah turut melibatkan campur tangan kuasa asing. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecenderungan golongan Evangelis di Malaysia untuk terlibat secara langsung dan secara aktif di dalam politik menambahkan lagi kecurigaan umat Islam terhadap golongan Evangelis. <\/p>\n\n\n\n<p>Keterlibatan golongan Evangelis ini pula, ramai yang memilih DAP sebagai wadah termasuklah yang berada di dalam kerajaan sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>DR MOHD ZUHDI MARSUKI<br>Ahli Jawatankuasa Kerja<\/p>\n\n\n\n<p>Siri 1: <a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/09\/siri-1-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis\/\" data-type=\"link\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/09\/siri-1-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis\/\">Benarkah DAP Sudah Dikuasai Evangelis?<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Siri 2: <a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/09\/siri-2-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis\/\" data-type=\"link\" data-id=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/09\/siri-2-benarkah-dap-sudah-dikuasai-evangelis\/\">Benarkah DAP Sudah Dikuasai Evangelis?<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Golongan Evangelical Christian di Malaysia, adalah lebih mirip kepada golongan Evangelical Christian di Amerika Syarikat. Sebagaimana golongan Evangelical<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20638","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20638","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20638"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20638\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20641,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20638\/revisions\/20641"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20638"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20638"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20638"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}