{"id":20752,"date":"2025-01-21T12:53:47","date_gmt":"2025-01-21T12:53:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20752"},"modified":"2025-01-21T12:53:48","modified_gmt":"2025-01-21T12:53:48","slug":"allah-menyelamatkan-pas-alhamdulillah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/21\/allah-menyelamatkan-pas-alhamdulillah\/","title":{"rendered":"Allah Menyelamatkan PAS, Alhamdulillah"},"content":{"rendered":"\n<p>Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukurlah kita sentiasa dan bersangka baik kepada Allah atas segala takdir yang Dia telah tetapkan kepada kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita manusia yang lemah, sentiasa mengharapkan Allah untuk melakukan sesuatu yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada daya dan upaya, melainkan dengan kehendakNya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ilmu menerima ketentuan takdir baik buruk ini, bukan satu ilmu yang hanya disebut di mulut sahaja. Tidak akan menjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ilmu ini adalah sekali dengan praktikal dan diuji Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kekuatan pengamal ilmu ini sudah tentulah dari kalangan ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sentiasa reda dengan apa sahaja yang didatangkan oleh Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka merasa lemah, maka akan ada rakan mereka yang akan menguatkan jiwa sesama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan ada dilantunkan ayat-ayat al-Quran dan pesanan dari hadis-hadis agar ujian itu menjadi penghibur atau difahami sebagai satu cara Allah mahu mengangkat martabat hambaNya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kisah kewafatan Rasulullah menjadi misalnya, ketika Umar tidak dapat mengawal perasaannya, Abu Bakar bangun, menyedarkan umat akan Rasullah juga manusia yang akan mati.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ulamak Meneraju PAS<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>PAS sangat bertuah kerana mempunyai sejumlah besar ulamak yang berpendidikan tinggi dan beramal dengan ilmunya bagi menerajui jemaah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan ada juga yang kelas rendah dan sederhana. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jumlah ulamak PAS, insya Allah tidak memungkin mereka berpakat membawa manusia ke jalan dosa, noda ataupun neraka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membuka kelas-kelas pengajian bagi mendidik masyarakat berkenaan perlunya kembali kepada agama Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang menggerakkan sedekah bagi melicinkan aktiviti-aktiviti keagamaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mengambil upah secara sebagaimana kebiasaan orang yang tidak sedikit melihat jalan Pendidikan ini adalah jalan yang melimpahkan wang emas. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lebih suka sederhana dengan membantu manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mengamalkan cara hidup ini kerana percaya kepada takdir yang rezeki dari Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia telah menjanjikan hak rezeki semua makhluknya, tanpa kita tidak perlu sehingga mahu meninggalkan ibadat akibat kegilaan mencari duit. <\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu ramai juga ulamak PAS yang ditakdirkan Allah kaya, sebagaimana sahabat, ada yang kaya, ada yang miskin.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka mendapat kemenangan dalam PRU dan menjadi \u2018orang besar\u2019, mereka menginfakkan sebahagian gaji mereka kepada tabung jemaah. Ini adalah wajib bagi semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Kegiatan jemaah dalam mendekati masyarakat sehinggakan berhabis duit kerana mahu memberikan yang terbaik kepada masyarakat dengan peruntukan mereka disekat oleh musuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernah mereka dengan izin Allah ditakdirkan mendapat beberapa negeri untuk diperintah. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka dijalankan segala keupayaan untuk menegakkan hukum Allah di dalam negeri itu, tanpa mempedulikan hinaan, cacian, ugutan dari musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Keseorangan, tiada teman dalam menegakkan agama Allah. Akan tetapi kewajipan, tetap dituntut oleh agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka mereka bangun dan melakukan apa yang terdaya oleh mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada pendapatan setelah dirampas hak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang selepas kalah, terpaksa menjual harta benda dan dalam keadaan berhutang kerana mahu memenuhi keperluan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bergembira musuh dengan kekurangan PAS setelah mereka merompaknya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hajat Hati Nak Peluk Gunung, Apakan Daya&#8230;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jauh di sudut hati, tersangat ingin mereka membangunkan negeri menurut kepakaran mereka dengan peruntukan yang tidak disekat, terus kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakan daya, takdir Allah mengatasi semuanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala harapan berkecai, tidak dapat berbuat apa-apa hanya mengharapkan ihsan perancangan dari Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek bagi kemudahan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun banyak janji yang tinggal janji. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek yang dimaklumkan pusat akan dijalankan di Terengganu, tiada datang ia. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ada hanyalah projek membesarkan pagar sekolah. <\/p>\n\n\n\n<p>Wang dimasukkan terus ke Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), tanpa singgah ke kantung Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, rekod kemiskinan yang direkodkan sebagai kedua termiskin sebelum PAS mengambil alih, kemudiannya cartanya menaik menjadi negeri ke-4 termiskin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh, tiada apa yang boleh dilakukan sangat oleh PAS waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesengsaraan yang ditimpakan oleh musuh kepada PAS, tidak lain hanyalah kerana dendam politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada dosa lain oleh PAS. Ia juga sekaligus memberikan kesan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS kemudiannya dimomokkan kononnya sebagai gagal dalam pemerintahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun data menunjukkan undi PAS pada 2004, tidak berkurang dengan drastik, hampir sama dengan tahun 1999. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kehadiran undi yang mendadak jumlahnya entah dari mana, memenangkan BN.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jika Ditakdir Allah, PAS Buat Semua Ini<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Cuba kita lihat semula kepada takdir ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS berjaya membuat projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, tetapi bersama dengan hakisan yang dahsyat sekarang ini, apa yang rakyat kata kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS berjaya menjayakan projek LPT2 yang lambat sehingga 10 tahun dan memakan modal sekali ganda, guna duit royalti, sehingga RM4 bilion, apa pula kutukan manusia kepada PAS?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Taman Tamadun Islam yang bocor atap masjidnya, monumen yang rosak sehingga memerlukan jutaan ringgit lain pula untuk dipulihkan, apa cacian rakyat Terengganu kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau Monsun Cup yang memerlukan belanja RM300 juta setahun itu, adalah anjuran PAS, agaknya apa yang disumpah oleh rakyat kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Belum lagi dikira Kenyir, Taman Ilmu, Jertih Souq, Projek Pertanian yang gagal, bas dua alam, stadium runtuh, makmal runtuh, masjid runtuh serta puluhan lagi runtuhan bangunan baharu yang dibina. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan kalau itu ditakdirkan PAS yang buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin juga bencana ini semua adalah doa oleh rakyat yang dikhianati kerana doa orang yang dizalim tiada hijabnya. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS takut dengan doa mereka dan sedaya upaya tidak mahu berlaku zalim.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu jelas sekali, hikmah yang diperlihatkan Allah kepada seluruh manusia yang beriman, walau kantung penuh, belum tentu bahagia, belum tentu baik, jika hidup tidak dipandu keimanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia memerlukan suku abad untuk melihat semua ini, bagaimana Allah telah menyelamatkan maruah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu ramai antara mereka yang cuba kaitkan segala masalah sekarang dengan PAS dengan fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan OKU kena pukul pun, PAS juga yang salah kerana tiada kesalahan lain yang mereka nampak dalam PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu ya Allah atas limpah kurnia Kau menarik semua kekayaan ini dan dipegang oleh manusia lain kerana tiadalah tanggungjawab kami untuk menjawab di hadapan-Mu nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kami yakin Engkau akan memberikannya tepat pada waktu yang sesuai kerana Engkalulah yang maha mengetahui semua rahsia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami akan sentiasa berdoa dan yakin dengan takdirMu. Terima kasih Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Bersyukurlah kita sentiasa dan bersangka baik kepada Allah atas segala takdir<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20752","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20752","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20752"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20752\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20754,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20752\/revisions\/20754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20752"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20752"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20752"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}