{"id":20755,"date":"2025-01-21T13:03:27","date_gmt":"2025-01-21T13:03:27","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20755"},"modified":"2025-01-21T13:03:29","modified_gmt":"2025-01-21T13:03:29","slug":"hamas-pamer-kekuatan-ketenteraan-memalukan-pemimpin-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/21\/hamas-pamer-kekuatan-ketenteraan-memalukan-pemimpin-israel\/","title":{"rendered":"Hamas Pamer Kekuatan Ketenteraan, Memalukan Pemimpin Israel"},"content":{"rendered":"\n<p>Kehadiran kuat para pejuang Hamas yang lengkap berpakaian seragam tentera dan memakai balaclava di Semenanjung Gaza telah membuatkan kepimpinan Israel berasa malu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada hari Ahad, ribuan anggota bersenjata Hamas menunjukkan kekuatan ketenteraan gerakan mujahiddin itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Para pejuang Hamas menyerahkan tiga tahanan Israel kepada Palang Merah di Bandar Gaza pada hari pertama gencatan senjata. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dibebaskan sebagai pertukaran untuk 90 tahanan Palestin yang berada di penjara Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, kemunculan semula para pejuang Hamas secara terbuka telah menggoncang pemimpin Israel dan sekutu Barat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata selepas rancangan perang mereka di Gaza menemui kegagalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tenteranya melancarkan perang ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023 selepas Hamas melancarkan operasi ketenteraan mengejut yang dikenali sebagai <em>Taufan Al-Aqsa<\/em> di selatan Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih daripada 1,100 orang terbunuh dalam operasi Hamas, dengan kira-kira 250 orang lagi ditawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Puluhan tawanan tersebut masih berada di Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Netanyahu berulang kali berjanji untuk meneruskan perang sehingga menghancurkan Hamas dan mengembalikan semua tahanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada April 2024, Netanyahu memberitahu kabinet Israel, &#8220;Kita tinggal selangkah lagi untuk mencapai kemenangan (ke atas Hamas). <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun harga yang kita bayar sangat menyakitkan dan memilukan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak akan ada gencatan senjata tanpa pengembalian semua tahanan. Itu tidak akan berlaku.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Hampir tiga bulan kemudian, beliau meningkatkan retorik perang terhadap Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya baru sahaja kembali dari lawatan ke Divisyen Gaza. Saya melihat pencapaian yang sangat besar dalam pertempuran di Rafah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sedang mara ke tahap akhir untuk menghapuskan tentera pengganas Hamas; kita akan terus menyerang sisa-sisanya,&#8221; kata Netanyahu pada 1 Julai tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berucap kepada sekumpulan pegawai tentera Israel dan antarabangsa, beliau sekali lagi berjanji bahawa Israel akan mencapai matlamat perang, termasuk mengembalikan tahanan dari Gaza serta menghapuskan kemampuan ketenteraan dan pemerintahan Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, perjanjian gencatan senjata itu menunjukkan bahawa cita-cita perang Netanyahu telah gagal.<\/p>\n\n\n\n<p>Israel tidak berjaya melumpuhkan kemampuan ketenteraan Hamas, dan gerakan penentangan itu dijangka terus mengekalkan pemerintahannya di Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Netanyahu dan pegawai Israel lain, bersama pemimpin Barat yang selama ini bermimpi untuk menghapuskan Hamas, kini berada dalam keadaan malu.<\/p>\n\n\n\n<p>Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah telah memberikan bantuan ketenteraan yang besar kepada Israel sepanjang konflik di Gaza. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun mendapat sokongan ketenteraan yang tidak berbelah bahagi ini, semangat juang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka melawan Israel yang dilengkapi persenjataan moden tetap tidak tergugat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehadiran kuat para pejuang Hamas yang lengkap berpakaian seragam tentera dan memakai balaclava di Semenanjung Gaza telah membuatkan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[57],"tags":[58],"class_list":["post-20755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-palestin","tag-palestin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20755"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20757,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20755\/revisions\/20757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}