{"id":20794,"date":"2025-01-28T02:58:35","date_gmt":"2025-01-28T02:58:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20794"},"modified":"2025-01-28T02:58:38","modified_gmt":"2025-01-28T02:58:38","slug":"tasik-kenyir-destinasi-pelancongan-yang-tenat-dan-lumpuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/01\/28\/tasik-kenyir-destinasi-pelancongan-yang-tenat-dan-lumpuh\/","title":{"rendered":"Tasik Kenyir Destinasi Pelancongan Yang Tenat Dan Lumpuh"},"content":{"rendered":"\n<p>Terima Kasih rakan penyiar, Shah, dari TV3 atas liputan berkenaan Tasik Kenyir sebagai tenat dan lumpuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah tajuk yang dipilih oleh mereka. Untuk kita nilai apakah benar seperti yang dinyatakan, mari kita bongkarkan lagi apa disebalik tenat dan lumpuh itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pengalaman saya mengikuti perjalanan Sidang Dun Terengganu semenjak 2000, isu Tasik Kenyir antara yang sangat menarik perhatian. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga beberapa kali sidang, kos sebenar projek itu, tidak pernah diumumkan dalam Dun. Pelikkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Projek yang diimpikan oleh salah seorang MB Terengganu waktu itu untuk mengadakan kawasan bebas cukai, di tengah-tengah hutan, tanpa ada sempadan antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan mengikut rekod pada waktu itu, pelancong yang datang ke Kenyir, hanya sekitar 750 ribu orang sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkemungkinan yang ramai ialah kaki pancing.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkawi, Rantau Panjang, Pengkalan Hulu, Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Bukit Bunga, Pengkalan Kubur, Tebedu, Limbang dan beberapa daerah lagi, semuanya mempunyai sempadan dengan negara jiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan meletakkan kawasan bebas cukai di daerah-daerah itu, ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana ia laluan keluar masuk ke negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi saya faham, kawasan bebas bukanlah sewajibnya berada di sempadan, ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan Pusat, jika negeri itu bersetuju.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Projek tak siap, dilanjutkan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa Kenyir dipilih, tidaklah kita tahu justifikasinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, apabila ia dibuka, sambutannya hampa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudahlah ketika pembinaannya berapa banyak isu kelewatan yang sepatutnya siap pada 2013 dilanjutkan ke 2018, kos-kos lanjutan, harga barang meningkat dan pelbagai lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Taman burung yang dibina untuk diperlihatkan kepada pelancong spesis-spesis burung dari seluruh dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata MB ketika menjawab dalam Dun, tidak perlu kita ke luar negara untuk melihat spesis burung-burung ini. Jimat belanja. <\/p>\n\n\n\n<p>Konon, itulah hasrat pembinaannya. Tetapi akhirnya burung meninggal dunia kerana dimakan biawak dan binatang pemangsa yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Taman Rambutan bernilai RM2 juta. Pada fikiran biasa kita, siapalah agaknya mahu membayar tiket untuk meninjau pokok-pokok rambutan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan rambutan ini pula bermusim buahnya. Kalau kena musimnya, logiklah jika ada pelancong mahu ke sana. Tapi jika diluar musim?<\/p>\n\n\n\n<p>Komplek Kastam Diraja Malaysia pembinaannya adalah menggunakan wang Kerajaan Negeri Terengganu kerana KDRM memerlukan pejabat dan juga fasiliti lain yang lengkap untuk beroperasi di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>RM6.3 juta untuk blok pentadbiran dan RM20 juta lagi untuk kuaters perumahan kakitangan KDRM.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedang dalam masa yang sama, KDRM tidak mahu membelanjakan peruntukan mereka kerana projek Kenyir ini bukan keperluan operasi mereka, tetapi kehendak nafsu pemimpin Terengganu waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti LPT2 yang menggunakan wang rakyat Terengganu kerana Kerajaan Pusat sudah penat dengan projek yang sangkut sehingga beberapa tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2014 : RM 110,000,000.00<\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2015 : RM 110,000,000.00<\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2016 : RM 92,500,000.00<\/p>\n\n\n\n<p>Bajet 2017 : RM 37,000,000.00<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Akhirnya&#8230;..Ia Benar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pecahan pakej yang dibuat ketika itu, ia menelan RM349.5 juta wang rakyat sehingga tahun 2017. <\/p>\n\n\n\n<p>Diwaktu itu projek sedang sakit dan datang kontraktor penyelamat yang sentiasa ada disebut-sebut nama syarikatnya Kumpulan Liziz Sdn. Bhd. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun jumlah sebenar kos belum diperolehi lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Benar Projek Tasik Kenyir sememangnya tenat dan lumpuh semenjak ia dalam pembinaan lagi, bukan baru sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja kerana terlalu banyak wang rakyat yang telah hangus digunakan, maka terpaksalah ia menjadi mayat hidup bagi Kerajaan Negeri meneruskannya juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada menyusahkan, mati lagi membebankan kita semua sedangkan keuntungannya dibaham oleh kontraktor. <\/p>\n\n\n\n<p>MB PAS Terengganu pula bukan seperti MB Umno. Bila naik, projek yang lama mereka tinggalkan sebab ada projek baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terima Kasih rakan penyiar, Shah, dari TV3 atas liputan berkenaan Tasik Kenyir sebagai tenat dan lumpuh. Begitulah tajuk<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20795,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[15],"tags":[34],"class_list":["post-20794","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pelancongan","tag-pelancongan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20794","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20794"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20794\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20796,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20794\/revisions\/20796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20795"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20794"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20794"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20794"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}