{"id":20904,"date":"2025-02-21T02:15:50","date_gmt":"2025-02-21T02:15:50","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20904"},"modified":"2025-02-21T02:15:52","modified_gmt":"2025-02-21T02:15:52","slug":"ruu-ura-bukti-kerajaan-madani-tidak-peduli-hak-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/02\/21\/ruu-ura-bukti-kerajaan-madani-tidak-peduli-hak-rakyat\/","title":{"rendered":"RUU URA: Bukti Kerajaan Madani Tidak Peduli Hak Rakyat?"},"content":{"rendered":"\n<p>Kecoh di media sosial mengenai cadangan Kerajaan Madani untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA), yang dikatakan memberikan kuasa besar kepada pemaju dan kerajaan untuk mengambil alih hartanah rakyat tanpa persetujuan mutlak pemilik.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah undang-undang sedia ada, pemaju dan kerajaan memerlukan persetujuan 100% daripada pemilik sebelum sebarang pembangunan semula boleh dijalankan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika RUU ini diluluskan, kadar persetujuan akan dikurangkan kepada:<br>80% bagi bangunan berusia bawah 30 tahun<br>75% bagi bangunan berusia lebih 30 tahun<br>51% bagi hartanah yang dianggap tidak selamat atau terbiar<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan utama yang timbul adalah, apakah nasib baki pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka akan dipaksa menyerahkan hak mereka walaupun enggan berpindah?<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membimbangkan, RUU ini berpotensi membuka ruang kepada pemaju untuk mengusir secara halus golongan Melayu dan India berpendapatan rendah dari kawasan bandar. <\/p>\n\n\n\n<p>Realitinya, selepas pengambilalihan hartanah oleh pemaju, adakah mereka akan membina rumah mampu milik dengan harga RM200,000? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau adakah hartanah tersebut akan dipasarkan dengan harga setengah juta ringgit atau lebih, yang sudah tentu di luar kemampuan golongan miskin?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pembangunan Tidak Seimbang dan Jurang Kemiskinan Melebar<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan ini dikhuatiri akan mewujudkan pembangunan bandar yang tidak seimbang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kawasan bandar yang berkembang pesat akan didiami oleh golongan kaya, manakala golongan berpendapatan rendah, termasuk Melayu dan India miskin, akan terpinggir ke luar bandar yang kurang membangun. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya, peluang pekerjaan dan industri akan lebih tertumpu di bandar, sedangkan mereka yang tidak mampu tinggal di kawasan bandar akan terhalang oleh kos sara hidup yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat sahaja Pulau Pinang \u2013 kawasan pulau kini hampir tidak lagi &#8220;affordable&#8221; bagi golongan miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ini model pembangunan yang ingin diterapkan ke seluruh negara?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apakah Jaminan Kampung dan Luar Bandar Tidak Terjejas?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan lain yang wajar dibangkitkan ialah, apabila bandar sudah diambil alih sepenuhnya oleh pemaju kapitalis, ke manakah hala tuju mereka seterusnya? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mustahil tanah-tanah kampung di pinggir bandar dan luar bandar pula menjadi sasaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ini berlaku, di manakah lagi golongan Melayu dan India miskin dapat bertapak?<\/p>\n\n\n\n<p>Perikatan Nasional tidak menolak pembangunan, tetapi prinsip keadilan harus dikekalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemilik hartanah perlu diberikan pilihan yang adil dan tidak boleh dipaksa menyerahkan rumah mereka semata-mata demi keuntungan pemaju. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar niat pembangunan itu ikhlas, maka hak rakyat untuk memiliki dan mengekalkan harta mereka mesti dihormati.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengaitkan isu ini dengan rampasan tanah oleh Israel di Palestin, tetapi dengan sedikit perbezaan \u2013 Israel merampas tanpa persetujuan, manakala Kerajaan Madani mahu merampas dengan &#8220;persetujuan&#8221; 80%, 75%, dan 51%.<\/p>\n\n\n\n<p>Bak kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming: <em>&#8220;Nawaitu!&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Salam hormat,<br><strong>Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kecoh di media sosial mengenai cadangan Kerajaan Madani untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA), yang dikatakan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20905,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-20904","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20904","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20904"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20904\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20906,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20904\/revisions\/20906"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20905"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20904"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20904"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20904"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}