{"id":20927,"date":"2025-03-08T05:38:42","date_gmt":"2025-03-08T05:38:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20927"},"modified":"2025-03-08T05:38:44","modified_gmt":"2025-03-08T05:38:44","slug":"presiden-pas-membuktikan-dengan-akhlaknya-islam-itu-mulia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/03\/08\/presiden-pas-membuktikan-dengan-akhlaknya-islam-itu-mulia\/","title":{"rendered":"Presiden PAS Membuktikan Dengan Akhlaknya Islam Itu Mulia"},"content":{"rendered":"\n<p>Alih-alih apabila ada kes yang dikatakan mempermainkan tarian kavadi, pimpinan DAP yang berketurunan Cina menyinga marahkan pelakunya dan mahukan tindakan tegas diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>Agak menghairankan kita, kenapa dia pula yang melebih-lebih? <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, kita setuju salah tetap salah jika benar dia mempermainkan agama lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun nampak tidak logik apabila pelaku meminta maaf, tidak dimaafkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan Islam, atas seruan Allah, apabila musuh mahu berdamai, maka berdamailah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan bermakna kita bersetuju dengan kejahatan musuh kerana Allah mengatakan jika mereka mahu berhelah, maka serahkan kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh rujuk surah al-Anfal, ayat 61-62.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi seperti biasa, apabila kita lihat kesungguhan DAP menyalak bak anjing gila, maka kita mesti menjauhi mereka kerana bimbang digigit. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya benar, ada kisah di sebalik cerita ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas kakitangan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh telah ditahan oleh SPRM untuk siasatan berkaitan rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dahulu, kalau kita masih ingat, Teo Beng Hock seorang pembantu kepada wakil rakyat DAP di Selangor juga pernah ditahan oleh SPRM.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun berita sedih kita perolehi kerana Beng Hock mati dalam tahanan SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes itu dihangatkan oleh DAP sehinggakan menggegarkan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir sama kematian seorang sukarelawan Parti Buruh, Lim Soon Seng yang ditembak polis pada Mei 1969 yang mayatnya diarak dan disertai oleh puluhan ribu yang bersimpati dengan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya ia mencetuskan 13 Mei.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi bagi kes Beng Hock, ia tidak menghala kepada apa-apa rusuhan atau keganasan kerana rakyat sangat bijak menilai dan tidak mahu kejadian buruk, tragedi kepada negara seperti 13 Mei berlaku lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan selepas itu, apabila mereka berkuasa, bahkan keluarga Beng Hock juga menghadapi kesukaran untuk bertemu bagi menuntut apa yang mereka katakan dahulu, Beng Hock mati kerana dibunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menyedihkan, isu Beng Hock tidak dapat diselesaikan kerana ia hanyalah mainan politik DAP sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbalik kepada bekas kes pembantu Teresa Kok itu, DAP dilihat cuba mengalihkan isu ini dengan hal perkauman dan agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia seperti kebal dari kes 3R kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sepertinya boleh berkata apa sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya ia hanyalah strategi mereka menutup najis yang mereka tidak basuh itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Segera Teresa Kok menafikan terbabit. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kena pada orang lain, terus dikatakan bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti kes Khir Toyo dahulu, kes Lim Guan Eng sangat serius. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dengan wajah yang selamba, dia pula meminta peruntukan kepada bumiputera dikurangkan. Dasar tak tahu malu.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila timbul kes rampasan wang beratus juta ringgit dan jongkong emas yang dikaitkan dengan bekas PM9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tanpa lengah, mereka menyuruh PAS untuk tidak lepas tangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan Ismail dari Umno dan Umno beberapa kali menolak gabungan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga akhirnya memaksa Ismail membubarkan Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Zunar yang kita kenali sebagai khadam Anwar, membuat kartun yang dia anggap melucukan dengan mendakwa Presiden PAS reda dengan rasuah oleh Ismail Sabri asal sokong Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah jahatnya permainan manusia yang jauh dari agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan kita lihat Presiden PAS sewaktu kes Lim Guan Eng dengan tegas mengatakan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Menunjukkan Presiden PAS mengamalkan kemuliaan Islam walaupun kepada musuh dan orang kafir.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kepada Lim, Presiden PAS dilihat mengamalkan Islam dan kepada kes Ismail Sabri dikira sebagai menyokong rasuah? <\/p>\n\n\n\n<p>Paling kurang Lim sudah masuk mahkamah untuk dua kes. Ismail belum lagi didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alih-alih apabila ada kes yang dikatakan mempermainkan tarian kavadi, pimpinan DAP yang berketurunan Cina menyinga marahkan pelakunya dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20928,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20927","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20927","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20927"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20927\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20929,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20927\/revisions\/20929"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20928"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20927"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20927"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20927"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}