{"id":21086,"date":"2025-04-06T23:42:09","date_gmt":"2025-04-06T23:42:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=21086"},"modified":"2025-04-06T23:42:11","modified_gmt":"2025-04-06T23:42:11","slug":"letupan-putra-heights-khidmat-malaysia-dan-armada-selangor-bantu-pembersihan-maahad-tahfiz-terjejas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/04\/06\/letupan-putra-heights-khidmat-malaysia-dan-armada-selangor-bantu-pembersihan-maahad-tahfiz-terjejas\/","title":{"rendered":"Letupan Putra Heights: Khidmat Malaysia Dan ARMADA Selangor Bantu Pembersihan Maahad Tahfiz Terjejas"},"content":{"rendered":"\n<p>Susulan insiden letupan paip gas yang menggemparkan Putra Heights baru-baru ini, pasukan Khidmat Malaysia Puchong bersama-sama ARMADA Selangor tampil menghulurkan bantuan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari Selangor yang turut terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>Kompleks tahfiz yang terletak kira-kira 250 meter dari lokasi letupan itu mengalami kesan tempias letupan yang mengakibatkan kerosakan pada struktur bangunan serta kotoran yang perlu dibersihkan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha pembersihan tersebut diketuai oleh Ketua ARMADA Selangor, <strong>Saudara Afiq Nardin<\/strong>, bersama anggota pasukannya, dengan kerjasama erat pasukan Khidmat Malaysia Puchong. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran mereka disambut baik oleh pihak pentadbiran tahfiz yang terkesan dan memerlukan bantuan segera untuk memastikan kelangsungan operasi institusi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut salah seorang sukarelawan, kehadiran pasukan ini bukan sahaja meringankan beban warga tahfiz, malah menyuntik semangat solidariti dan prihatin dalam kalangan masyarakat, terutamanya pasca bencana.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, pemimpin tempatan PAS menegaskan bahawa kehadiran mereka bukan hanya terhad kepada memberi kritikan terhadap kelemahan kerajaan, tetapi juga disertai tindakan langsung membantu rakyat semampu mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>&#8220;PAS bukan hanya mengkritik, tetapi kami terus aktif membantu sedaya upaya, walaupun dengan kemampuan yang terhad. Kritikan kami adalah demi memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya,&#8221;<\/strong> ujar seorang jurucakap PAS tempatan yang turut hadir.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyelar apa yang didakwanya sebagai tindakan menyekat kebebasan bersuara oleh Kerajaan Madani, termasuk intimidasi politik ke atas pempengaruh dan rakyat yang bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>&#8220;Zaman Kerajaan Madani ini, rakyat dikunci mulut dan dipaksa menerima bulat-bulat tindakan yang tidak masuk akal. PAS akan terus bekerja dan bersuara demi kepentingan rakyat. Kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar dikekang,&#8221;<\/strong> tegas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, sebarang tindakan yang menindas suara rakyat merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada prinsip keluhuran perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS dan sekutunya di bawah Pemuda Perikatan Nasional terus komited membantu rakyat secara langsung dalam lapangan sambil memperjuangkan kebebasan bersuara serta menuntut ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Susulan insiden letupan paip gas yang menggemparkan Putra Heights baru-baru ini, pasukan Khidmat Malaysia Puchong bersama-sama ARMADA Selangor<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":21087,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-21086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21086"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21088,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21086\/revisions\/21088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21087"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}