{"id":21243,"date":"2025-04-20T12:31:17","date_gmt":"2025-04-20T12:31:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=21243"},"modified":"2025-04-20T12:31:20","modified_gmt":"2025-04-20T12:31:20","slug":"kenapa-umno-terengganu-bersungguh-mahu-menjatuhkan-kerajaan-terengganu-pimpinan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/04\/20\/kenapa-umno-terengganu-bersungguh-mahu-menjatuhkan-kerajaan-terengganu-pimpinan-pas\/","title":{"rendered":"Kenapa Umno Terengganu Bersungguh Mahu Menjatuhkan Kerajaan Terengganu Pimpinan PAS?"},"content":{"rendered":"\n<p>Umno Terengganu boleh kalau kita mahu kategorikan sebagai Umno yang terlemah dalam kalangan semua Umno di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan tertinggi yang diperolehi oleh Umno Terengganu di dalam Majlis Tertinggi Umno ialah Naib Presiden pada zaman Tan Sri Dato Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad 1987.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu tiada dari Umno Terengganu yang berjaya ke posisi itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRU-11, 2004, setelah kemenangan besar Umno Terengganu mengambil semula Terengganu 28-4, hanya ada seorang dari Ahli Parlimen Terengganu yang diangkat menjadi menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun beliau bukanlah politikus sejati Umno Terengganu, Dr Abdullah Mohd Zin, Besut.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua orang dilantik menjadi Timbalan Menteri, Tengku Putera Tengku Awang dan Dato&#8217; Abdul Rahman Bakar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Putera kemudiannya digugurkan dari jawatannya dalam kabinet kedua Pak Lah dikatakan kerana prestasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan pada tahun yang sama, Perlis yang hanya ada tiga Ahli Parlimen, dua daripadanya dilantik menjadi menteri penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan dari Kelantan, nama-nama yang masih segar dalam fikiran kita seperti Tengku Razaleigh, Annuar Musa, Mustaffa Mohamad, Awang Adik, malahan Ibrahim Ali juga jauh lebih terkenal dari Man Bakar yang digelar &#8216;The Giant Killer&#8217; kerana pernah dua kali menewaskan Presiden PAS di Marang. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun sering kalah, paling kurang, Umno Kelantan masih mendapat dua menteri penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada bagaimana Umno Terengganu menerajui Terengganu selama puluhan tahun, tidak banyak kemajuan yang dikecapi Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun bangga digelar &#8216;Kuwait&#8217; Malaysia, tetapi lebih terhina apabila rakyatnya dinobatkan sebagai kedua termiskin di Malaysia pada 1978 hingga 1999. <\/p>\n\n\n\n<p>Keretapipun tak wujud selepas yang di Bukit Besi dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ugutan seperti tidak akan mendapat geran tanah jika tidak mengundi Umno adalah irama yang sudah lali sampai ke telinga rakyat, setiap kali PRU. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya majlis gimik mahu memberikan geran tanah sewaktu kempen PRU, adalah babak-babak ugutan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat adakalanya terpaksa menunggu puluhan tahun walaupun sudah begitu lama tanah diusahakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan juga terpilih diberikan. Jika culaan B, maka jangan diharap untuk mendapatkan bantuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada JKKK atau penghulu yang sedikit mempunyai rasa kemanusiaan, lalu dibantunya. Majoritinya, tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Terpaksalah pengundi culaan B ini dibantu oleh PAS dengan mengutip bantuan sini dan sana dari masyarakat yang perihatin sanggup membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali projek mega, pasti akan ada &#8216;hanky panky&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>LPT2, lambat siap satu hal, kontraktor tempatan lari, kos bertambah sekali ganda, guna duit negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana kecerdikan pimpinan Umno? <\/p>\n\n\n\n<p>Perwaja dan banyak lagi projek yang gagal ada yang berjumlah bilion RM setiap satu. GLC sentiasa rugi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ditulis ia hanya mengulang-ulang cerita lama. Tetapi ia perlu disebut, bagaikan sejarah yang lain, agar menjadi panduan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kesombongan orang Umno dipelbagai peringkat terutama kepada yang bukan orang mereka, akhirnya membuahkan kecelakaan kepada mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak-anak Terengganu mulai sedar terutama setelah 1999 dimana PAS boleh mentadbir negeri dengan baik walaupun royalti disekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanah-tanah dibahagi kepada rakyat dengan memudahkan cara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan menipu mereka menang semula 2004. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi benarlah kata orang, apabila ada kalangan yang dizalimi berdoa, maka doa mereka tiada hijab. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama tiga penggal 2004-2018, Umno Terengganu hanya berkelahi sesama mereka merebut jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiga MB saling tendang menendang. Sehingga ada yang mengugut bunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada tanah melayu jatuh kepada bangsa lain di Kuala Berang, Paka. Jumlah tanah rezab melayu juga berkurang.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat berpaling sekali lagi kepada PAS, setelah Umno sudah tidak berdaya menipu lagi dan kebencian rakyat sudah ke tahap maksima. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno benar-benar dihumban semasa PRU-15 kerana terbukti, dengan wang royalti dalam penggal ke-14, Dr Sam berjaya merealisasikan keperluan rakyat secara tepat dan berhemah dengan pembangkang menerima peruntukan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh berbeza dengan Umno dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu semakin terkenal kerana Dr. Sam dan idea kemajuannya serta kesaksamaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang apabila Terengganu mahu mencari sumber sendiri, mengurangkan kebergantungan dengan petroleum, Umno Terengganu mengejek, mendakwa PAS cuba menipu rakyat. Mereka bimbang ia menjadi nyata.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemanisan kuasa itu menjadikan mereka seperti orang sewel untuk merampasnya semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjanjikan segalanya kepada rakyat yang sudah dibuktikan mereka gagal ketika berkuasa puluhan tahun dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit simpanan royalti waktu mereka mentadbir juga entah di mana. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbanding Sarawak yang ada simpanan berbilion RM.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat sahaja apabila mereka mendapat kuasa semula secara ihsan oleh PH yang diketuai DAP, perangai lama mereka timbul kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketawa mereka dengan lelucon Nga berkaitan solat hajat. Ugut rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dulu, menggunakan nama Allahpun Presiden mereka sanggup bersumpah dan menipu, kamu fikir penipuan kepada rakyat mereka tidak sanggup?<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahukan rakyat kembali menjadi bodoh seperti zaman mereka berkuasa dahulu, bagaikan abdi, menurut sahaja kehendak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan Dr. Sam mahu membawa rakyat keluar dari kepompongan kedunguan dan sama-sama menyingsing lengan bekerja memajukan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sahajalah &#8216;standard&#8217; pemikiran Umno Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Patutlah mereka juga dipandang tiada nilai dalam kalangan Umno Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umno Terengganu boleh kalau kita mahu kategorikan sebagai Umno yang terlemah dalam kalangan semua Umno di Malaysia. Jawatan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":21244,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-21243","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21243","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21243"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21245,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21243\/revisions\/21245"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21244"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}