{"id":21330,"date":"2025-05-03T23:46:46","date_gmt":"2025-05-03T23:46:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=21330"},"modified":"2025-05-03T23:46:49","modified_gmt":"2025-05-03T23:46:49","slug":"apa-objektif-rejim-penjajah-zionis-israel-di-syria","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/05\/03\/apa-objektif-rejim-penjajah-zionis-israel-di-syria\/","title":{"rendered":"Apa Objektif Rejim Penjajah Zionis Israel Di Syria?"},"content":{"rendered":"\n<p>Perubahan politik di Syria tidak menunjukkan tanda-tanda keamanan berkekalan, bahkan bibit-bibit konflik baharu makin terserlah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan baharu Syria pimpinan Ahmad al-Shara\u2019a masih teragak-agak memutuskan pendiriannya sama ada mahu bersama blok Barat atau bersendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>Barat meletakkan syarat jika Syria mahu diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa maka mestilah hidup aman dengan negara haram Israel, iaitu dengan erti kata lain mengiktiraf negara haram tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini pendirian Syria bergantung kepada proksi utamanya iaitu Turkiye yang banyak membantu dalam melakukan perubahan sehingga berlakunya pertukaran kuasa di Syria.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, regim penjajah Zionis Israel terus merangka perancangannya ke atas bumi Syria.<\/p>\n\n\n\n<p>Objektif jangka panjang rejim penjajah Zionis Israel ke atas Syria ialah menakluknya sehingga menjadi sebahagian daripada perancangan \u2018Israel Raya\u2019 yang meliputi hampir keseluruhan bumi Timur Tengah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedar ataupun tidak, rejim penjajah Zionis Israel telah menguasai sebahagian bumi Syria iaitu penempatan bukit Golan dan sekitarnya yang lebih luas daripada Semenanjung Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Adapun objektif jangka masa pendek pula ialah memecahkan bumi Syria kepada tiga bahagian; pertama negara kumpulan Druze (Duruz), kedua negara Kurdistan dan ketiga negara untuk pelbagai mazhab dan etnik yang berpusat di Damsyik atau Damascus.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini perancangan pecah dan perintah begitu giat dijalankan supaya berlakunya perang saudara di Syria yang akhirnya menguntungkan rejim penjajah Zionis Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Syria kini berada di persimpangan setelah Mihwar al-Muqawamah yang dipimpin oleh Iran menerima tamparan hebat dengan kejatuhan Basyar al-Asad, kelemahan Hizbullah dan HAMAS serta tekanan ke atas Ansarullah di Yaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya apakah langkah yang akan diambil oleh Turkiye? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah berpeluk tubuh dengan melihat sahaja apa yang berlaku atau mengorak langkah pertembungan dengan rejim penjajah Zionis Israel?<\/p>\n\n\n\n<p>Episod seterusnya sangat mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya optimis perubahan yang berlaku akan membawa kepada penyatuan ummah tanpa mengira latar belakang mazhab mahupun kaum dan bangsa.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Insya Allah\u00a0penyatuan ini akan membawa kepada pembebasan bumi Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI<br>Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perubahan politik di Syria tidak menunjukkan tanda-tanda keamanan berkekalan, bahkan bibit-bibit konflik baharu makin terserlah. Kerajaan baharu Syria<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":21331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-21330","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21330","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=21330"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21330\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":21332,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/21330\/revisions\/21332"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/21331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=21330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=21330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=21330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}