{"id":2143,"date":"2020-09-18T17:56:37","date_gmt":"2020-09-18T17:56:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2143"},"modified":"2020-09-18T17:56:40","modified_gmt":"2020-09-18T17:56:40","slug":"mahathir-sudah-boleh-gulung-tikar-dan-bantal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/18\/mahathir-sudah-boleh-gulung-tikar-dan-bantal\/","title":{"rendered":"Mahathir Sudah Boleh Gulung Tikar Dan Bantal"},"content":{"rendered":"\n<p>Bagi saya yang sudah agak biasa juga bertemu dan berbual dengan beliau dalam tempoh-tempoh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk Husam Musa ialah seorang pemimpin politik yang agak menarik orangnya dengan sikap beliau yang agak terkehadapan dan suka berterus-terang.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih ingat lagi sewaktu saya singgah beraya di rumah beliau pada 25 Jun 2017, Husam secara selamba menyebut di depan saya bahawa Parti Amanah Negara akan kalah di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Kubang Kerian dalam PRU-14 dan ini ternyata berlaku kemudiannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan agak terkehadapan dan suka berterus-terang Husam, yang kadang-kadang memberikan beliau masalah ini, bukan sahaja berlaku di peringkat negeri malah di peringkat Pusat juga dengan beberapa tindakan beliau yang mendahului pemimpin politik lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam isu pencalonan Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU-14 umpamanya, Husam pernah menyebut pada 12 Julai 2019 bahawa \u201cSaya yang pertama mencadangkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri PH\u201d dan \u201cSaya dikritik oleh banyak pihak kerana(nya)\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang ada laporan berita bertarikh 21 Mei 2017 bertajuk \u201cHusam cadang Mahathir calon PM\u201d yang memuatkan rayuan Husam supaya rakan-rakan beliau dalam PH menerima Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang dalam PRU-14.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Husam waktu itu, disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara, mana-mana nama baharu sebagai calon akan menyebabkan ada pihak yang tidak puas hati, sebab itulah nama Dr Mahathir (\u201cre-born Mahathir\u201d) perlu diangkat sebagai calon Perdana Menteri PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, saya juga mengetahui kerja buat Husam dalam mengangkat imej Dr Mahathir ini dengan antara lainnya mengatur majlis dialog antara Dr Mahathir dengan cendekiawan Melayu di atas tajuk \u201cHala Tuju Politik Melayu\u201d di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada 25 Julai 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah bila Husam kini menyebut \u201ckedudukan Dr Mahathir di mata sebahagian besar rakyat adalah kehilangan kepercayaan yang teruk, yang merudum, dipanggil sebagai \u2018lost of trust\u2019 ataupun kehilangan kepercayaan\u201d maka impaknya adalah besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, Husam juga menyebut 13 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU-14 tidak wajar diberikan kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana \u201ckalau kita bagi 13 kerusi ini kepada Pejuang ia boleh menggagalkan hasrat kita untuk ambil balik kuasa\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Husam: \u201cTerukkah saya kata macam tu? Saya suka macam ini, saya suka berterus-terang dan dalam hal ini kita kena praktikal, walaupun kita hormat Dr Mahathir tapi saya kira rakyat Malaysia hendakkan satu set pemimpin yang mewarisi era yang baru.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Bila Dr. Mahathir kini ditolak secara total oleh pemimpin politik yang mula-mula sekali mencadangkan beliau sebagai calon Perdana Menteri PH maka penolakan ini adalah satu penolakan ultimate yang pastinya akan meruntuhkan kedudukan beliau dan Pejuang.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dr. Kamarul Yusoff<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi saya yang sudah agak biasa juga bertemu dan berbual dengan beliau dalam tempoh-tempoh sebelum Pilihan Raya Umum<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2144,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-2143","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2143","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2143"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2143\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2145,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2143\/revisions\/2145"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}