{"id":22052,"date":"2025-08-15T11:47:04","date_gmt":"2025-08-15T11:47:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22052"},"modified":"2025-08-15T11:47:07","modified_gmt":"2025-08-15T11:47:07","slug":"lihat-kepada-manfaat-bukan-politik-kepartian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/08\/15\/lihat-kepada-manfaat-bukan-politik-kepartian\/","title":{"rendered":"Lihat Kepada Manfaat, Bukan Politik Kepartian"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang tokoh korporat, Dato\u2019 Talahah tampil menjelaskan pendiriannya berhubung sokongan terhadap cadangan yang dibawa oleh Dr. Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang baru-baru ini mengemukakan idea pembaharuan berkaitan kuasa Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dato\u2019 Talahah, cadangan itu seharusnya dinilai berdasarkan manfaat kepada negara dan rakyat, bukannya diadili semata-mata berdasarkan latar belakang parti politik pembawanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa tujuan utama sokongannya adalah kerana melihat cadangan tersebut berpotensi besar memberi kebaikan jangka panjang, tanpa niat untuk menyerang mana-mana pihak.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cSaya hanya mengangkat satu perkara yang saya nampak sangat baik untuk negara. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Di saat pemimpin DAP dan UMNO rancak bergaduh, manakala PKR pula sibuk berbalas ugutan dalaman parti, Dr. Sam hadir membawa solusi yang berguna untuk masa depan negara. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Kalau pemimpin lain pun membawa idea yang sama, saya juga akan menyokong 100%,\u201d<\/em> ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, sokongan beliau terhadap cadangan itu telah mengundang reaksi negatif daripada segelintir pihak, yang menurutnya lebih bersifat politik daripada berasaskan fakta. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara sindiran yang diterima termasuklah saranan supaya Terengganu melaksanakan cadangan tersebut terlebih dahulu, sambil merendahkan pencapaian negeri dengan menyatakan kononnya kerajaan negeri hanya sibuk dengan isu nikah kahwin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Talahah menolak dakwaan itu dengan tegas, sambil menjelaskan bahawa cadangan Dr. Sam berkaitan secara langsung dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan, yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sesuatu perubahan besar seperti ini hanya boleh dilaksanakan di peringkat Persekutuan sebelum negeri-negeri boleh mengadaptasinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa Terengganu tidak hanya menumpukan isu-isu sosial seperti yang diperkatakan, sebaliknya telah menunjukkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara contoh jelas, katanya, adalah pelancaran T-NEXT, gabungan pelan ekonomi dan pendapatan baharu negeri yang diumumkan beberapa minggu lalu, suatu inisiatif yang belum pernah diwujudkan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, pada tahun 2024, Terengganu berjaya merekodkan pendapatan baharu bukan cukai berjumlah RM77 juta. <\/p>\n\n\n\n<p>Setakat pertengahan tahun 2025, jumlah tersebut telah mencecah RM62 juta, dan diyakini mampu menembusi sasaran RM100 juta menjelang hujung tahun.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cIni pendapatan baharu bukan cukai sahaja, bukan keseluruhan pendapatan negeri. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Fakta-fakta seperti ini seharusnya dikongsi kepada rakyat, tanpa mengira fahaman politik. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Jangan hanya kerana cadangan datang dari pemimpin parti lain, kita menutup mata terhadap kebenaran,\u201d<\/em> tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Talahah mengakhiri kenyataannya dengan menyeru agar masyarakat lebih rasional dan terbuka dalam menilai sesuatu cadangan, berpandukan kepada manfaatnya kepada negara, bukan sekadar warna bendera politik yang membawanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang tokoh korporat, Dato\u2019 Talahah tampil menjelaskan pendiriannya berhubung sokongan terhadap cadangan yang dibawa oleh Dr. Samsuri Mokhtar,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22053,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-22052","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22052","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22052"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22052\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22054,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22052\/revisions\/22054"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22053"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22052"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22052"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22052"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}