{"id":22165,"date":"2025-09-08T05:26:50","date_gmt":"2025-09-08T05:26:50","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22165"},"modified":"2025-09-08T05:26:53","modified_gmt":"2025-09-08T05:26:53","slug":"pas-tepu-atau-pensyarah-yang-tepu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/09\/08\/pas-tepu-atau-pensyarah-yang-tepu\/","title":{"rendered":"Pas Tepu Atau Pensyarah Yang Tepu?"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya merujuk kepada satu laporan Sinar Harian, seorang pensyarah UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob yang mengatakan bahawa PAS akan tepu kerana tiada perubahan pimpinan tertinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya, ia adalah satu kenyataan yang dangkal dan jelas tidak berpijak di bumi politik yang nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Menambahkan lagi kenyataan songsang tu ialah dakwaan mengatakan bahawa PAS boleh hilang idea yang segar kerana pemimpin tidak bertukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tahu, dalam organisasi akan ada kumpulan penasihat-penasihat atau &#8216;think tank&#8217; . <\/p>\n\n\n\n<p>Kesegaran idea pemikir-pemikir ini boleh digunakan dan ditukar untuk membantu pemimpin membuat keputusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Adapun aura dan karisma seorang pemimpin parti, ia adalah isu yang lain, tidak mudah ditukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya yang perlu ditegur ialah pemimpin yang semenjak dahulu berjanji dan menipu, terbukti begitu banyak penipuan yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga lama pegang jawatan presiden parti keluarga beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mungkin Dr Tawfik takut untuk menegur penipuan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu diheret lagi teori ini dengan ugutan, disebabkan kepimpinan tidak ditukar ini, maka anak muda yang tidak berparti akan lari daripada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang melihat secara zahir kenyataan ini, ia seperti mengambil berat masalah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dakwaan ini bagaikan mewakili ketakutan musuh-musuh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan terbukti, pada dua PRU lalu, PAS membolot undi anak muda, walaupun Presiden PAS masih orang yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Walak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dr Tawfik mengambil isu walak sebagai satu sebab kepada tiadanya pertandingan dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas ia sangat salah dalam memahami konsep walak. <\/p>\n\n\n\n<p>Khairy Jamaluddin jauh lebih memahami erti walak dalam PAS dalam podcast Keluar Sekejap beliau, tidak lama dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Walak bukan bermaksud ahli PAS DILARANG menukar pemimpin, ia tidak pernah diwartakan begitu oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sudah banyak kali ia dipertandingkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi walak bermaksud, apabila keputusan sudah dibuat oleh pemimpin, ahli mesti taat dan patuh, tiada lagi keputusan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Laksanakan keputusan samada senang atau susah. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak pasti jika di UM, Dr Tawfik masih boleh melawan keputusan Senat apabila sudah diputuskan dan mengambil tindakan sendiri berlawanan dengan Senat.<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya begitu banyak sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila PAS dahulu memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP, ahli PAS patuh dan taat, hatta sanggup memasang bendera DAP sekalipun. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan PKR, ahli PAS ada yang sanggup menjadi calon PKR kerana PKR tiada calon yang sesuai waktu mereka miskin dan hina dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih dari itu, wang deposit calon PKR juga ahli PAS yang bayarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sekarang, hutang deposit belum dibayar.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ada masalah dengan PKR yang suatu waktu sudah besar kepala, ahli PAS mengadu kepada Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu Presiden PAS memujuk ahli bahawa mereka adalah rakan tahaluf kita, kerana itu jika mereka susah kita wajib membantu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka ahli PAS walak dengan keputusan Presiden, walau tidak berpuas hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan ketika Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ahli PAS sentiasa walak dan bersedia menjalankan amanah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah dengan Umno, musuh ketat PAS, ahli PAS taat apabila keputusan muafakat dengan Umno dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang perlu difahami oleh semua, walak ini adalah hanya kepada keputusan pimpinan yang tidak menyalahi hukum dasar Islam seperti PAS menyuruh ahlinya berjudi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka ketika itu, tiada lagi walak kepada pemimpin. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun jika keputusan itu berdasarkan perselisihan ulamak sahaja dan bukan hal dosa, maka ahli mesti mengikut keputusan pemimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Walak ini adalah hal yang paling bernilai dalam sesuatu organisasi dan ada dalam Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada dalam organisasi lain, lalu dicemburui dengan meletakkan walak ahli PAS itu dalam pemahaman yang sangat negatif seperti taat membuta tuli. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun apabila ahli parti mereka melawan, tahu pula mereka menyuruh ahli taat kepada pemimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga slogan No DAP, No Anwar, menipu dengan bersumpah atas nama Allah juga disuruh ahli mereka taat. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah disekat sesiapa yang mahu bertanding dalam pemilihan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini yang kita panggil walak yang sesat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ulamak vs profesional<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Umpan lama yang masih dimainkan oleh Dr Tawfik berkaitan ulamak dan profesional. <\/p>\n\n\n\n<p>Sayang sekali kerana Dr Tawfik ketinggalan hampir suku abad dalam isu yang telah dimainkan Umno sejak 2000 lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau tepu idea dalam politik PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengapa, kita maafkan beliau kerana mungkin tidak menyedari akan hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sekali lagi jawapan yang tuntas bagi isu ini ialah walak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli PAS akan walak kepada sesiapa sahaja yang diputuskan oleh muktamar menjadi pemimpin PAS. Noktah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam panjang ulasan Dr Tawfik mengenai kelemahan PAS, beliau lupa beberapa perkara penting yang jika beliau ambil dan hadamkan, maka beliau akan merasa malu menulis kritikan terhadap PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua yang mengikuti rapat perkembangan politik tanahair pasti akan menyedari bahawa PAS telah diakui sendiri oleh musuh-musuh mereka yang PAS tidak ada isu berkenaan rasuah atau menipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti paling konsisten dengan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada juga isu salah laku walaupun cuba dibuktikan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS dilihat sebagai mangsa, tetapi tidak pernah memangsakan musuh politiknya dengan memberikan agihan yang adil, sama rata kepada lawannya di negeri-negeri yang diperintah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Rumusannya, pihak lawan PAS begitu cemburu melihat PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibawah Presiden PAS sekarang ini, PAS telah menambah ratusan kerusi dan menang kerusi parlimen terbanyak dalam sejarah PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS juga diakui dunia sebagai Timbalan Ketua Ulamak Sedunia, sekaligus membuktikan beliau antara sosok terpuji, tanpa masalah akhlak. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pencapaian yang terhebat diantara Presiden-Presiden PAS yang Tan Sri Dato\u2019 Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang capai ini, sebagai seorang yang waras dan berakal, kami ahli PAS, tidak akan menukar pimpinan terbaik kami, paling kurang buat masa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula dengan Dr Tawfik yang cerdik dan pandai ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya Dr Tawfik mendakwa Dr Sam adalah calon terbaik menggantikan Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi beliau juga menaikkan isu ahli PAS sukar menerima profesional sebagai presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tu, kenapa gatal mulut suruh ahli PAS tukar Presiden seorang ulamak dunia? Tak ke pening tu?<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya merujuk kepada satu laporan Sinar Harian, seorang pensyarah UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakob yang mengatakan bahawa PAS<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22166,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-22165","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22165","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22165"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22165\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22167,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22165\/revisions\/22167"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}