{"id":22229,"date":"2025-09-13T03:01:51","date_gmt":"2025-09-13T03:01:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22229"},"modified":"2025-09-13T03:01:54","modified_gmt":"2025-09-13T03:01:54","slug":"pemilihan-pas-pusat-ada-mata-yang-mengintai-ada-mulut-yang-mengata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/09\/13\/pemilihan-pas-pusat-ada-mata-yang-mengintai-ada-mulut-yang-mengata\/","title":{"rendered":"Pemilihan PAS Pusat: Ada Mata Yang Mengintai, Ada Mulut Yang Mengata"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya begitu yakin, nama-nama utama saf kepimpinan PAS Pusat dan sayap-sayapnya yang dipilih menang tanpa bertanding oleh perwakilan adalah manifestasi kesungguhan PAS merampas pentadbiran Putrajaya dalam PRU-16 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ribuan perwakilan yang berkumpul, yang sekarang ini terdiri daripada kalangan cerdik pandai, cukup matang untuk memilih barisan kepimpinan terbaik PAS, untuk dipersembahkan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Betapa kecewanya para musuh-musuh PAS yang mengintai dari balik lubang dinding apabila perwakilan sebulat suara menolak sebarang pertandingan jawatan Presiden dan timbalannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala jawatan Naib Presiden dan ketua-ketua dewan dipastikan sendiri oleh muka baharu yang dicalonkan untuk menyerahkan jawatan itu secara sukarela kepada penyandangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu bersuaralah musuh-musuh PAS melalui mahkluk yang berpakaian pensyarah, ulamak, atas pagar bahawa budaya ini tidak memberikan nafas baharu dalam kepimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Idea-idea segar, tidak mungkin dihasilkan kerana pemikiran ketua yang usang, tidak bertukar semenjak puluhan tahun lamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tepu jemaah ini nanti, anak muda makin menjauh, ugut musuh PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kita perlu ingat pesan allahyarham Dato&#8217; Ustaz Fadzil Noor, jika musuh seperti menunjukkan simpati, kebimbangan atau menyokong kita, mesti ada sesuatu yang tidak kena. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak menolak sebarang teguran dan kritikan oleh pihak luar terhadap PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kita juga tidak menolak kemungkinan kritikan itu, ada disebaliknya cerita lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya mereka mahu melihat sekali lagi keributan melanda PAS sebagaimana pemilihan 2015 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mulut yang mengata<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Presiden PAS diserang oleh musuh, cara yang halus ialah dengan memuji timbalan atau figura hebat yang lain dalam parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kes ini, musuh PAS akan mengata buruk terhadap Presiden PAS begitu dan begini. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala mereka memuja dan memuji Dato&#8217; Tuan Ibrahim sebagai seorang yang &#8216;cool&#8217; dan mudah dibawa berbincang.<\/p>\n\n\n\n<p>Terkadang nama Dato&#8217; Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula diratib bagi menggambarkan kesesuaian dan kebolehan Dr Sam sebagai pengganti Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja mereka lupa, Dr Sam inilah yang sering dikutuk oleh mereka, konon kerana tidak pandai mentadbir Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tikam, dia ubat luka tikaman itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekejap tak pandai, sekejap terbaik, errmmm.<\/p>\n\n\n\n<p>Taktik sebegini adalah taktik lapuk yang hanya digunakan oleh bocah dalam politik sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana perwakilan PAS sudah terlalu matang dalam berpolitik, maka kenyataan-kenyataan kebudak-budakan sebegitu, tidaklah termakan oleh mereka, kerana tidak membawa makna apa-apapun.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, ada sindiran lebih tajam seperti menyamakan PAS mengamalkan Wilayatul Faqih konon mengikut sistem syura dari syiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ulamak diibaratkan pengganti imam dan berbagai hal negatif lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia semua pada ghalibnya akan muncul ketika waktu pemilihan PAS Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi sekadar komen bocah politik terhadap ketiadaan pemilihan pimpinan utama PAS, apalah sangat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Atasan PAS sebenarnya sering berebut jawatan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada musuh politik PAS cuba melagakan pimpinan dalam PN dengan bertanyakan siapakah calon PM dari PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan tenang soalan itu dijawab oleh Timbalan Presiden PAS, bahawa ia menggambarkan PMX sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat untuk memimpin negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pemimpin PAS dilihat sebagai calon sesuai untuk menerajui pentadbiran negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Insyaallah calonnya ada dan sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PAS, tiada kempen kerana calon merasa malu dilihat bagaikan meminta-minta jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam melarang meminta-minta jawatan kerana Allah tidak akan membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kempen-kempen agresif hanya berlaku pada dan sebelum 2015, dimana beberapa sosok utama pimpinan PAS bergerak dengan ejennya mencari perwakilan untuk meminta undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, selepas 2015, ada segelintir pimpinan PAS yang tidak mahu taat kepada Presiden PAS, telah ditendang keluar oleh perwakilan PAS yang bijaksana. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu, tiada lagi kedengaran kempen-kempen menggunakan ejen kepada calon-calon yang bertanding. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ia adalah satu kebetulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah pimpinan PAS yang merebut jawatan telah diceritakan oleh almarhum Tuan Guru Dato&#8217; Dr Haron Din apabila ditanya oleh wartawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, sebenarnya dalam PAS ini ramai yang berebut jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Wartawan mendekatkan mikrofon untuk merakam dengan lebih jelas sikap berebut itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sambung Dato Dr Haron, mereka berebut menolak jawatan daripada terpaksa memikul amanahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka diamlah wartawan ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS sangat faham berkenaan pemilihan bagaimana dan siapa yang paling utama dipilih kerana kesannya PAS tahu, ada dosa dan pahala disebalik semua itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi ketiadaan pemilihan jawatan tertinggi PAS Pusat dan juga sayap itu adalah kerana merekalah yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan yang penting pemimpin PAS tidak akan berjoget atau menari disebalik kesusahan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS pernah memecat keahlian pemimpinnya kerana terlibat dalam majlis tari menari dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu PAS tidak melayangkan kerusi meja kerana tidak berpuashati dalam muktamar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita ada adab dan hukum untuk dijaga. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapapun pemimpin yang diangkat oleh perwakilan, itulah yang akan ditaati ahli PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Muktamar ke 71 ini dirahmati dan diberkati Allah, amiin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd NasirAbdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya begitu yakin, nama-nama utama saf kepimpinan PAS Pusat dan sayap-sayapnya yang dipilih menang tanpa bertanding oleh perwakilan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-22229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22231,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22229\/revisions\/22231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}