{"id":22232,"date":"2025-09-13T03:16:47","date_gmt":"2025-09-13T03:16:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22232"},"modified":"2025-09-13T03:16:50","modified_gmt":"2025-09-13T03:16:50","slug":"sifat-mulia-pas-antara-sebab-pandangan-saya-terhadap-mereka-berubah-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/09\/13\/sifat-mulia-pas-antara-sebab-pandangan-saya-terhadap-mereka-berubah-2\/","title":{"rendered":"Sifat Mulia PAS Antara Sebab Pandangan Saya Terhadap Mereka Berubah"},"content":{"rendered":"\n<p>Sebelum saya kenal PAS, apa yang tidak saya kutuk atau cerca PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menceritakan balik, saya rasa malu pada diri sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada yang tahu, mereka akan tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dulu antara sebab saya tidak menyukai PAS adalah kerana saya tidak menyukai perangai segelintir pemimpin2 PAS seperti, Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar dan geng2 anwarinas. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya cukup2 benci kepada mereka ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana saya boleh berubah pandangan terhadap PAS?<\/p>\n\n\n\n<p>Pertamanya selepas geng2 anwarinas tidak lagi berada dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu PAS juga tidak lagi keras terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib apabila puak2 itu tidak ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya selepas BN dan UMNO kalah PRU 2018. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu satu demi satu parti2 komponen meninggalkan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari berbelas hingga tinggal beberapa sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu juga Datuk Seri Najib diasak teruk oleh Kerajaan PH.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS datang menghulurkan tangan persahabatan kepada UMNO. PAS berkunjung ke PWTC.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga pergi ke rumah DSNR memberi sokongan moral kepada beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu pemimpin2 UMNO sendiri pun menjauhkan diri dari DSNR.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada yang meraung2 meminta DSNR meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya masih ingat lagi, ketika saya dan beberapa teman2 mengunjungi DSNR di rumah beliau di Jalan Duta pada 12. Sept. 2018, DSNR memberitahu tentang sikap UMNO terhadap beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu saya memberitahu DSNR;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak mengapa, DS kuatkan balik diri DS, Insyallah apabila DS kuat, mereka2 ini akan datang kembali\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya apa yang saya katakan menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Datang jilat dan melaung2 BOSSKU\u2026BOSSKU.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbalik kepada cerita PAS;<\/p>\n\n\n\n<p>Pada ketika itu PAS mempunyai hubungan yang baik dengan Tun M. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ketika itu juga Tun M agak pening dengan sikap DAP dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS boleh memilih untuk hulurkan tangan kepada Tun.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun tidak, PAS memilih untuk bersama UMNO melalui MN. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara logiknya kita fikir, untuk apa PAS hendak berbaik dengan UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangan PAS puluhan tahun berlawan dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Patutnya PAS tepuk tangan apabila UMNO kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah mulia sikap PAS terhadap pihak yang pernah berlawan dengan mereka puluhan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS berlawan dengan UMNO puluhan tahun wahai kawan2 ku semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi PAS tunjukkan sikap mulia terhadap UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang UMNO pula baru berlawan Bersatu setahun dua sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia punya sifat dendam kesumat dan hati busuknya macam bangkai.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kerana PAS meletakkan agenda agama, bangsa dan negara mengatasi agenda politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka PAS jalinkan hubungan dengan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Diringkas cerita, Kerajaan PH runtuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu wujudlah kerajaan gabungan UMNO, PAS dan Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Demi untuk mengelak masyarakat melayu Islam berpecah belah, PAS ajak Bersatu bersama dalam MN. <\/p>\n\n\n\n<p>Bersatu terima, namun UMNO menentangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Maklumlah dah dapat kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dah boleh jadi menteri, dah boleh jadi timbalan menteri, dah mula bernafas kembali, dan Tun M sebagai orang yang digeruni pun telah tiada, UMNO mula berkepak.<\/p>\n\n\n\n<p>Waktu jadi pembangkang berpimpin tangan dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS datang hulur nyawa mereka terima. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila telah jadi kerajaan dan mereka merasakan kerajaan itu perlukan mereka, maka mereka mula berubah sikap 180 darjah.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada sifat mulia itulah, saya mula mengkaji dengan lebih mendalam mengenai PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu saya akui saya tidak ambil tahu tentang cara PAS menguruskan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Maklumlah apabila saya kenal dunia politik saya terus mengenali UMNO dan BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Di rumah kita televisyen dan radio RTM. <\/p>\n\n\n\n<p>Bapa saya baca suratkhabar jawi Utusan Melayu dan Utusan Zaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya pula baca Utusan Malaysia. Masa itu harganya 35 sen. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu berita2 mereka semua mengenai UMNO dan BN.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlahan2 saya ambil masa untuk memahami PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru saya tahu bahawa ahli2 PAS diberi pembentukan bersifat perkaderan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS bukan sebuah gerakan politik semata2. <\/p>\n\n\n\n<p>Ianya juga gerakan dakwah dan tarbiyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang mana tarbiyah adalah sebuah proses bimbingan yang melibatkan jasad, akal, emosi dan jiwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah ahli2 PAS setia dan tidak akan melawan pemimpin. <\/p>\n\n\n\n<p>Adalah satu dua kes2 terpencil yang nakal2.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian saya mendalami pula dasar PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Dasar mereka adalah Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan perjuangan mereka adalah mewujudkan sebuah pemerintahan yang ada nilai2 Islam, mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila bercakap mengenai pemerintahan Islam ianya bukan semata2 semua kena pakai jubah dan purdah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan menghalang kebebasan penganut lain beragama.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemerintahan Islam juga adalah memberi kebebasan kepada penganut lain beragama dan kita harus melindungi mereka dari sebarang pengkhianatan atau kezaliman.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah yang Islam tuntut\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Diringkaskan cerita, perjuangan PAS mencakupi semua perkara. <\/p>\n\n\n\n<p>Memperjuangkan Agama, Bangsa, Tanahair, Keadilan, Kebebasan dan Demokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu PAS tidak hairan dengan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka telah lama jadi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka telah merasai pedih dan perih dalam perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka tidak pernah mengalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin PAS tidak akan mati. PAS akan terus hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana badan2 yang memperjuangkan Islam tidak akan mati.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan pergi jauh, ambil contoh terdekat dalam negara. ABIM, JIM, PERKIM, hatta Pergerakan Puteri Islam pun semua masih hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>HAMAS yang lebih teruk ditekan oleh zionis pun tidak pernah layu. Sentiasa kuat\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada yang mengharap PAS akan mati, lupakanlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalah itu biasa. Namun mati itu tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu tak ramai ahli pun mereka hidup dan membesar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi sekarang mempunyai ahli yang ramai, disokong pula oleh orang2 berduit. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah pula dengan dunia teknologi di hujung jari sekarang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Takbirrrrrrrrrr\u2026\u2026..<\/p>\n\n\n\n<p>Nota : Saya bukan ahli PAS<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Faisal<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebelum saya kenal PAS, apa yang tidak saya kutuk atau cerca PAS? Untuk menceritakan balik, saya rasa malu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22233,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-22232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22232"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22234,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22232\/revisions\/22234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}