{"id":22473,"date":"2025-10-02T05:50:53","date_gmt":"2025-10-02T05:50:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22473"},"modified":"2025-10-02T05:50:55","modified_gmt":"2025-10-02T05:50:55","slug":"malaysia-mengecam-penahanan-aktivis-global-sumud-flotilla-oleh-rejim-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/10\/02\/malaysia-mengecam-penahanan-aktivis-global-sumud-flotilla-oleh-rejim-israel\/","title":{"rendered":"Malaysia Mengecam Penahanan Aktivis Global Sumud Flotilla Oleh Rejim Israel"},"content":{"rendered":"\n<p>Situasi getir misi kemanusiaan <em>Global Sumud Flotilla<\/em> kembali mencuri perhatian dunia apabila rejim Israel bertindak menyekat dan menahan sebuah kapal yang membawa aktivis antarabangsa serta bantuan kemanusiaan ke Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan, sekitar jam 2 pagi waktu Malaysia, kapal tersebut telah dipintas dan seramai 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi bersejarah itu ditahan bersama aktivis antarabangsa lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang ditahan ialah dua anak jati Terengganu, <strong>Nurfarahin Romli (lebih dikenali sebagai Farah Lee)<\/strong> dan <strong>Rusydi Ramli<\/strong>, aktivis muda yang berasal dari <strong>Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu<\/strong>. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya menyertai flotila tersebut dengan penuh keberanian demi membela nasib rakyat Palestin yang tertindas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Terengganu, <strong>YAB Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar<\/strong>, dalam satu kenyataan tegas mengecam keras tindakan zalim rejim Zionis tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan, tindakan menahan aktivis dan menghalang penghantaran bantuan jelas merupakan pelanggaran hak asasi manusia serta pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote is-layout-flow wp-block-quote-is-layout-flow\">\n<p><em>\u201cTindakan tidak berperikemanusiaan ini sekali lagi memperlihatkan sikap angkuh rejim Zionis terhadap undang-undang dunia,\u201d<\/em> katanya.<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bermunajat dan berdoa untuk keselamatan semua aktivis yang kini ditahan, selain mengharapkan agar kapal-kapal lain dalam misi flotila tersebut selamat sampai ke Gaza untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sedang menderita akibat kepungan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin tidak akan pernah goyah, malah doa, sokongan moral serta tekanan daripada masyarakat antarabangsa adalah kunci utama untuk memastikan misi kemanusiaan ini mencapai kejayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi perkembangan terkini mengenai misi flotila tersebut, orang ramai boleh mengikuti laporan rasmi melalui saluran media sosial <em>Global Sumud Flotilla<\/em>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Situasi getir misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla kembali mencuri perhatian dunia apabila rejim Israel bertindak menyekat dan menahan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22474,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-22473","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22475,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22473\/revisions\/22475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}