{"id":22679,"date":"2025-10-09T15:58:35","date_gmt":"2025-10-09T15:58:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22679"},"modified":"2025-10-09T15:58:37","modified_gmt":"2025-10-09T15:58:37","slug":"dr-burhanuddin-helmi-anak-melayu-pertama-berjuang-dan-dipenjara-di-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/10\/09\/dr-burhanuddin-helmi-anak-melayu-pertama-berjuang-dan-dipenjara-di-palestin\/","title":{"rendered":"Dr. Burhanuddin Helmi, Anak Melayu Pertama Berjuang Dan Dipenjara Di Palestin!"},"content":{"rendered":"\n<p>Ramai tak tahu, sebelum Malaysia merdeka lagi, ada seorang anak Melayu yang berani menjejak kaki ke bumi Palestin untuk menentang penjajahan British dan kezaliman Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>Namanya Dr. Burhanuddin al-Helmi, tokoh politik besar yang kemudian menjadi Presiden PAS dan antara suara kemerdekaan paling lantang di Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 1936, ketika berusia 25 tahun, Dr. Burhanuddin menuntut di Aligarh Muslim University di India. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu beliau menyertai pergerakan menentang penjajahan terinspirasi oleh tokoh besar seperti Muhammad Ali Jinnah dan Mahatma Gandhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari situ, beliau bertolak ke Palestin untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin di bawah British dan Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sampai di sana, beliau sertai perarakan besar-besaran yang dipimpin oleh Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Amin al-Husayni, menentang Deklarasi Balfour 1917 iaitu perjanjian yang membuka jalan kepada penubuhan negara Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi keberaniannya dibalas dengan penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau ditahan beberapa hari oleh pihak British atas tuduhan menyertai perhimpunan haram menentang pentadbiran mereka di Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Singapura pada tahun 1937 dan menerbitkan majalah Taman Bahagia, sebuah naskhah politik dan Islam yang membongkar kezaliman British terhadap umat Islam termasuk isu Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi majalah itu segera diharamkan. British takut kebangkitan kesedaran nasionalisme berlaku dalam kalangan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Burhanuddin ditahan lagi dan dipenjara enam bulan di Singapura tetapi dibebaskan dengan wang jaminan dibayar oleh keluarga al-Sagoff.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan dan keberanian Dr. Burhanuddin membakar semangat generasi muda Tanah Melayu waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam era di mana dunia Melayu masih dijajah, beliau sudah bercakap tentang kemerdekaan bangsa dan kebebasan Palestin serentak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangannya jelas, penjajahan di Palestin dan Tanah Melayu datang dari akar yang sama iaitu imperialisme Barat dan British.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi beliau bukan satu-satunya. Tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an sebenarnya menyaksikan gelombang kesedaran Palestin dalam dunia Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhbar Semangat Islam melaporkan bagaimana pelajar Melayu di Mesir seperti Abu Bakar Ashaari dan Abdul Kahar Muzakkir ke Palestin pada 1930 untuk menyertai Suruhanjaya Buraq al-Sharif, sebuah badan anjuran Liga Bangsa bagi meredakan ketegangan agama di Baitulmaqdis.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 1931 pula, Mufti Amin al-Husayni menganjurkan Muktamar Alam Islami dan Abdul Kahar, seorang pelajar Melayu dilantik sebagai setiausahanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelang tahun 1940-an, nama-nama seperti Sardon Jubir, Abdullah Yahaya dan A. Mohd Hussein pula menyambung legasi perjuangan itu di Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menubuhkan Jawatankuasa Anti-Pemisahan Palestin pada tahun 1947 di Singapura, membantah rancangan Resolusi 181 PBB yang memecah Palestin kepada dua wilayah kepada wilayah Arab dan Yahudi.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO juga secara rasmi membantah penjajahan Zionis dalam Perhimpunan Agung 1948, manakala Hizbul Muslimin dan PKMM menjadikan isu Palestin antara topik utama dalam Persidangan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) di Gunung Semanggol.<\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan rakyat Melayu terhadap Palestin waktu itu membara macam sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 1949, Singapore Muslim Palestine Relief Committee berjaya kumpulkan $14,000, jumlah yang amat besar pada waktu itu untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang menderita.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Burhanuddin menjadi lambang bahawa kesedaran Palestin dalam jiwa Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia lahir daripada hati seorang pejuang yang melihat perjuangan menentang penjajahan sebagai satu, sama ada di Tanah Melayu atau di Baitulmaqdis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bukan sahaja doktor, tapi juga penulis, ulama, nasionalis dan idealis yang menyatukan perjuangan agama dan kemerdekaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sejarah, beliau sepatutnya bukan hanya diingati sebagai Presiden PAS, tetapi juga sebagai anak Melayu pertama yang berjuang dan ditahan di bumi Palestin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai tak tahu, sebelum Malaysia merdeka lagi, ada seorang anak Melayu yang berani menjejak kaki ke bumi Palestin<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22680,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-22679","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22679","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22679"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22679\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22681,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22679\/revisions\/22681"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22680"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22679"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22679"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22679"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}