{"id":2288,"date":"2020-09-21T12:37:44","date_gmt":"2020-09-21T12:37:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2288"},"modified":"2020-09-21T12:37:45","modified_gmt":"2020-09-21T12:37:45","slug":"tentera-tolak-dakwaan-serang-ayam-anjing-dalam-konflik-lahad-datu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/21\/tentera-tolak-dakwaan-serang-ayam-anjing-dalam-konflik-lahad-datu\/","title":{"rendered":"Tentera Tolak Dakwaan \u2018Serang Ayam, Anjing\u2019 Dalam Konflik Lahad Datu"},"content":{"rendered":"\n<p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan rasa terkesan berhubung kenyataan seorang ahli politik yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 sebagai \u201csandiwara\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa menamakan ahli politik yang dimaksudkan, namun dipercayai ia merujuk kepada pemimpin kanan Warisan dan bekas menteri pusat Mohamaddin Ketapi.<\/p>\n\n\n\n<p>ATM dalam satu kenyataan hari menafikan dakwaan bahawa anggotanya hanya membuat serangan ke atas \u201cayam dan anjing\u201d dalam insiden berdarah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dakwaan tersebut memperlekehkan tugas serta tanggungjawab tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan berkenaan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik ATM mahupun di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah ditegaskan ATM berperanan sebagai benteng pertahanan negara dengan organisasi ini sentiasa bersedia pada sebarang masa dalam melaksanakan tugas, terutamanya dalam mendepani pelbagai ancaman,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam klip video kira-kira 2 minit yang tular sebelum ini, Mohamaddin, ketika berkempen bersempena pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini berkata, pasukan keselamatan \u201cmengebom kelapa sawit dan rumah\u201d, dan \u201cpasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila pilihan raya (PRU 2013) berakhir, tiada lagi perang,\u201d katanya, dengan menambah semasa berkhidmat sebagai Adun sebelum ini, beliau tidak pernah menemui lanun bersenjata atau warga Filipina yang mahu mengisytiharkan perang atau mengambil semula Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ramai orang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu kerana ia \u201csandiwara\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 11 Februari 2013, kira-kira 200 pengganas Sulu memasuki perairan Sabah dan mendarat di Lahad Datu, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden itu berakhir dengan kematian 56 pengganas, 10 anggota keselamatan dan 6 orang awam. Pengganas yang hidup ditangkap atau menyerah diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Konflik itu diisytihar tamat pada 10 April 2013.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu ATM berkata, walau apa pun halangan atau cabaran mendatang, aspek pertahanan negara sentiasa didahulukan bagi mengekalkan kesejahteraan dan kedaulatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkata, ATM yang berusia 87 tahun pada 16 Sep 2020 lalu, telah menyaksikan banyak darah, pengorbanan dan keringat anggota terdahulu yang dicurahkan bagi memastikan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan rakyat pada hari ini sentiasa terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah diingatkan agar rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkata, rakyat seharusnya bersama-sama dengan pasukan keselamatan dalam menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>FMT<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g81d42b\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g81d42b gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/Tentera1.jpeg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<div id=\"section-g86bb0d\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g86bb0d gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2020\/09\/Tentera2.jpeg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan rasa terkesan berhubung kenyataan seorang ahli politik yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2291,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-2288","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2288","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2288"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2292,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2288\/revisions\/2292"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2291"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}