{"id":22909,"date":"2025-10-23T15:41:53","date_gmt":"2025-10-23T15:41:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=22909"},"modified":"2025-10-23T15:41:55","modified_gmt":"2025-10-23T15:41:55","slug":"lrt-pulau-pinang-lpt3-antara-kemudahan-dan-keperluan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/10\/23\/lrt-pulau-pinang-lpt3-antara-kemudahan-dan-keperluan\/","title":{"rendered":"LRT Pulau Pinang &amp; LPT3: Antara Kemudahan Dan Keperluan"},"content":{"rendered":"\n<p>Ketika pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang akan diteruskan dan diletakkan secara rasmi di bawah agenda pembangunan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, di sebalik sorakan pembangunan untuk wilayah utara itu, satu projek penting di Pantai Timur, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) langsung tidak disebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat, khususnya di Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di media sosial, suara sinis kedengaran, merendahkan harapan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam), yang berulang kali menggesa kerajaan Persekutuan memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan projek LPT3.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara sindiran yang kedengaran, <em>\u201cMudoh jadi MB dih\u2026 bleh mitok ngn pusat\u2026 xyg pening2 cari pitih utk negeri.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Namun persoalannya: Sejak bila pembinaan lebuh raya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Janji Lama yang Masih Tergantung<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, hasrat pembinaan LPT3 bukanlah perkara baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia telah diumumkan seawal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2006, dengan kos asal sekitar RM2.867 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun selepas beberapa kali penangguhan, kos kini dianggarkan meningkat kepada RM9.8 bilion, hampir tiga kali ganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Penangguhan demi penangguhan bukan sahaja menjejaskan kelancaran perancangan infrastruktur di Pantai Timur, tetapi turut memperlihatkan ketiadaan garis masa yang jelas (milestone) oleh kerajaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam bahasa mudah: projek ini masih kabur, tiada tarikh, tiada hala tuju.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kemajuan di Barat, Penantian di Timur<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa menafikan bahawa LRT Pulau Pinang merupakan satu inisiatif yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bakal menjadikan negeri itu lebih maju dan berdaya saing dari segi ekonomi serta pelancongan.<br><\/p>\n\n\n\n<p>Namun, di saat satu wilayah menikmati kemudahan moden, wilayah lain terus menunggu keperluan asas yang belum tertunai.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada awal tahun 2024, kerajaan Persekutuan mengumumkan pengambilalihan penuh projek tersebut, kini dikenali sebagai LRT Laluan Mutiara dengan jajaran yang dipanjangkan dari Macallum ke Penang Sentral.<br><\/p>\n\n\n\n<p>Menjelang Disember 2024, kerajaan meluluskan siling bajet RM16.8 bilion, berbanding anggaran asal RM10 bilion pada tahun 2016.<\/p>\n\n\n\n<p>Bandingkan dengan LPT3, yang telah disebut sejak hampir dua dekad lalu, tetapi masih belum bermula walau sebatang jalan dibuka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kerjasama Antara Negeri dan Persekutuan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dr Ahmad Samsuri berkali-kali menegaskan bahawa kerjasama antara negeri dan kerajaan Persekutuan perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama, bukan pertentangan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama ini harus bersifat melintasi partai dan melintasi sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat di Pantai Timur juga rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bukan mengemis. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menuntut hak yang sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika projek LRT di Pulau Pinang dilaksanakan atas dasar kemudahan, maka projek LPT3 adalah soal keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ketidakseimbangan Wilayah: Luka Lama yang Belum Sembuh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perbahasan Belanjawan baru-baru ini, Dr Sam menegaskan dengan tegas:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cTiada negara yang mampu mencapai kemajuan sebenar tanpa penyertaan wilayah secara saksama. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>Bagaimana Malaysia ingin mencapai status negara maju menjelang 2030 jika ketidakseimbangan wilayah masih wujud?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Kata-kata itu bukan sekadar retorik. Ia mencerminkan realiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mungkin Malaysia mahu bergerak sebagai satu negara maju, jika pembangunan hanya berpusat di sebelah barat Semenanjung sementara Pantai Timur terus menunggu giliran yang entah bila tiba?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Antara Kemajuan dan Keadilan Sosial<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak menolak pembangunan Pulau Pinang. Ia wajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dalam merancang pembangunan negara, perlu ada penyusunan keutamaan <em>(priority setting)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Pantai Timur, yang selama puluhan tahun menyumbang hasil minyak negara, sewajarnya mendapat perhatian yang adil.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti diingatkan oleh rakyat Terengganu,<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cTanpa Terengganu, tiadalah menara berkembar KLCC.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Puluhan tahun hasil minyak disedut dari bumi negeri ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun rakyatnya tetap bersabar, tidak mendesak hingga mahu berpisah daripada Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang diminta hanyalah keadilan sosial dan pembangunan yang saksama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rakyat Sedang Menilai<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Zaman sudah berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat kini bukan lagi kelompok yang buta maklumat. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala fakta, bajet dan pengumuman kerajaan boleh dicapai di hujung jari.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap tindakan, termasuk keutamaan pembangunan diperhatikan dan dinilai.<\/p>\n\n\n\n<p>LPT3 bukan sekadar projek. Ia simbol keadilan wilayah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan kemudahan tambahan, tetapi keperluan asas untuk lebih 3.14 juta penduduk Pantai Timur.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan perlu bertindak bijak, bukan sekadar menampung tekanan politik, tetapi menyeimbangkan pembangunan secara strategik dan adil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana akhirnya, rakyat menilai dan sejarah akan mencatat siapa yang benar-benar memahami makna pembangunan untuk semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang akan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":22910,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[97],"tags":[98],"class_list":["post-22909","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kemajuan","tag-kemajuan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=22909"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22909\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":22911,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/22909\/revisions\/22911"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/22910"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=22909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=22909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=22909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}