{"id":23009,"date":"2025-10-31T09:20:33","date_gmt":"2025-10-31T09:20:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23009"},"modified":"2025-10-31T09:23:19","modified_gmt":"2025-10-31T09:23:19","slug":"situasi-semasa-konflik-sudan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/10\/31\/situasi-semasa-konflik-sudan\/","title":{"rendered":"Situasi Semasa Konflik Sudan"},"content":{"rendered":"\n<p>Situasi di Sudan kini kembali meruncing berikutan serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militia Rapid Support Force (RSF) bagi menawan bandar el-Fasher, barat wilayah Darfur, Sudan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan kerajaan Sudan, dalam masa tiga hari militia RSF melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika warga el-Fasher cuba melarikan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut laporan, serangan ini meragut nyawa lebih 2,000 orang dan serangan juga dilakukan ke atas hospital dan masjid iaitu Hospital Saudi dan Masjid Al-Safiya di bandar el-Fasher meragut nyawa lebih dari 500 orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan kali pertama militia RSF melakukan &#8216;massacre&#8217; di bandar el-Fasher. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih kurang satu setengah tahun lalu, lebih 14,000 orang terkorban akibat serangan, kebuluran dan hukuman bunuh secara terancang dan sistematik untuk menawan bandar tersebut yang merupakan satu-satunya bandar di wilayah Darfur yang berada di bawah kawalan tentera Sudan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan utama serangan di atas adalah bagi menguasai wilayah Darfur seterusnya menjadikannya sebagai pengkalan bagi memerangi Kerajaan Sudan yang berpusat di Khourtum.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, beberapa buah negara seperti Qatar, Turkiye, Jordan, Mesir dan Arab Saudi mengecam serangan tersebut serta menyeru masyarakat antarabangsa masuk campur bagi menyelesaikannya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kronologi Ringkas Konflik Sudan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pada April 2019, Tentera Sudan dan RSF telah mengambilalih pemerintahan Sudan berikutan satu rampasan kuasa ke atas Omar Al Bashir, Presiden Sudan yang telah berkuasa selama tiga dekad. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Tentera Sudan dan RSF menubuhkan Majlis Peralihan Kuasa Tentera untuk mentadbir Sudan namun menerima tentangan hebat daripada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Warga Sudan bangkit menentang pemerintahan tentera dengan mengadakan protes di seluruh negara terutamanya di Khartoum dan Darfur. <\/p>\n\n\n\n<p>Penentangan terhadap pemerintahan tentera mencapai kemuncaknya apabila berlaku Khartoum Massacre pada Jun 2019 di mana RSF telah menyerang rakyat Sudan yang mengadakan protes di Khartoum hingga mengakibatkan lebih seratus orang terkorban dengan ratusan lagi cedera dan ditangkap.<\/p>\n\n\n\n<p>Akibat desakan masyarakat antarabangsa dengan dimediasi oleh Ethopia, akhirnya pada Jun 2019 Tentera Sudan dan RSF akur untuk menubuhkan satu kerajaan interim bersama tentera dan awam dengan melantik Abdalla Hamdok sebagai Perdana Menteri Interim sebagai persediaan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 2023 dalam usaha merealisasikan pentadbiran awam sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun pada Oktober 2021, tentera Sudan dan RSF melakukan satu lagi rampasan kuasa yang menumbangkan kerajaan Interim dan menubuhkan Majlis Pemerintahan Tentera yang diterajui oleh Jeneral Abdel Fattah Al Burhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran itu beberapa perundingan telah berlangsung dengan dimediasi oleh negara-negara dari Kesatuan Afrika, PBB dan juga beberapa negara lagi untuk mengembalikan pemerintahan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya pada penghujung 2021, tentera Sudan dan RSF telah menandatangani perjanjian rangka kerja peralihan kuasa selama dua tahun dengan parti-parti politik di Sudan di mana pada akhir tempoh peralihan kuasa tersebut akan diadakan pilihan raya umum yang akan memastikan seorang Perdana Menteri baharu akan dilantik untuk mentadbir kerajaan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi pada awal April 2023 berlakunya pertikaian antara Tentera Sudan dan RSF yang membabitkan proses intergrasi RSF ke dalam Tentera Sudan yang seterusnya membawa kepada tercetusnya pertempuran yang berlarutan hingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>RSF pada asalnya adalah kumpulan militia yang mewakili pelbagai cabang kumpulan dan qabilah namun setelah perselisihannya dengan Tentera Sudan, ia diresapi oleh anasir luar yang mempunyai kepentingan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Sudan mendakwa, RSF mendapat sokongan kewangan dan peralatan ketenteraan daripada UAE seterusnya mengheret negara tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada awal tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apa di sebalik konflik Sudan?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beberapa laporan, Sudan kaya dengan rare earth minerals (REE) khususnya wilayah Darfur dan beberapa lagi sumber asli yang belum diterokai sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru tindakan ini sudah tentu menyukarkan kerajaan Sudan untuk memanfaatkan sumber tersebut dan dalam masa yang sama militia RSF mengeksploitasinya untuk kepentingan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pergolakan yang sedang berlangsung di Sudan tidak dapat tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan beberapa konflik lagi yang sedang berlangsung sama ada secara langsung ataupun tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kedudukan Sudan sangat penting kepada geopolitik Dunia Islam yang menjadi idaman kepada perebutan antara kuasa-kuasa besar ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedudukan Sudan yang bersempadan dengan Ethopia menjadikannya sangat signifikan kepada Mesir dalam krisis empangan al-Nahdhah yang menjadi isu utama hubungan antara Mesir dan Ethopia. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Mesir penerusan projek tersebut oleh Ethopia mengancam sumber air Sungai Nil yang menjadi nadi utama sejak zaman berzaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai langkah strategik Mesir mengeratkan hubungan dengan Sudan pasca Omar al-Basyir dengan menghantar tenteranya di beberapa lokasi di Sudan. <\/p>\n\n\n\n<p>Konflik yang berlaku ini sikit sebanyak merencatkan perancangan Mesir dalam menghadapi seterunya Ethopia.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Rusia pula melihat Sudan satu rakan strategik kerana kedudukannya yang signifikan sebagai pintu ke benua Afrika melalui pelabuhan di Laut Merah. <\/p>\n\n\n\n<p>Buat masa ini media Barat melakukan propaganda kononnya Rusia terlibat dalam konflik di Sudan melalui tentera upahan Wagner yang membantu pihak yang sedang bertelagah di Sudan.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala China pula melihat Sudan sebagai sebuah negara yang penting baginya kerana sumber buminya yang kaya dengan pelbagai bahan galian khususnya REE.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsrael pula sangat khuatir dengan perkembangan yang berlaku di Sudan kerana ia bakal merencatkan perancangan normalisasi dengan negara-negara Arab dan Islam yang ditaja oleh Barat dan beberapa negara Arab yang bersekongkol dengannya khususnya UAE. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibimbangi jika situasi ini berterusan, ia bakal mengembalikan Sudan seperti zaman Omar al-Basyir yang menyokong kuat perjuangan pembebasan Palestin dari cengkaman negara haram Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru senario terbaik buat masa ini bagi Israel adalah mengekalkan Sudan dalam keadaan tidak stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bagi memberikan ruang kepadanya untuk menumpukan konflik di Gaza, Selatan Lubnan dan menghadapi musuh utamanya iaitu Republik Islam Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>Barat meneliti dengan penuh berhati-hati perkembangan yang sedang berlaku kerana ia bakal mengancam banyak kepentingannya di Asia Barat dan benua Afrika. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan utama Barat adalah untuk menyekat pengaruh Rusia dan China dan memastikan keselamatan negara haram Israel terjamin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dunia Islam sedang berada di persimpangan sangat penting setelah melalui pelbagai konflik berdarah yang memilukan sejak lebih dari satu abad lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun apa yang berlaku memilukan namun Insya-Allah ia adalah satu proses peralihan yang bakal mengembalikan semula kegemilangan Islam satu hari nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kembali Kepada Penyelesaian Islam&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.<br>Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Situasi di Sudan kini kembali meruncing berikutan serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militia Rapid Support Force (RSF) bagi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23010,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-23009","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23009","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23009"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23009\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23011,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23009\/revisions\/23011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23010"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23009"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23009"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23009"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}