{"id":23232,"date":"2025-11-27T01:26:20","date_gmt":"2025-11-27T01:26:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23232"},"modified":"2025-11-27T01:26:22","modified_gmt":"2025-11-27T01:26:22","slug":"apabila-negara-dijual-dalam-dua-arah-kuasa-yang-murah-undi-yang-lebih-murah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/11\/27\/apabila-negara-dijual-dalam-dua-arah-kuasa-yang-murah-undi-yang-lebih-murah\/","title":{"rendered":"Apabila Negara Dijual Dalam Dua Arah: Kuasa Yang Murah, Undi Yang Lebih Murah"},"content":{"rendered":"\n<p>Episod terbaru melibatkan seorang pegawai kanan kepada pemimpin tertinggi negara membuktikan satu perkara yang rakyat sudah lama fikir. <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Rasuah bukan lagi kejutan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya bab baharu dalam cerita lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Di media sosial, orang ramai mempersendakan butiran kecil yang didakwa terlibat seperti kerusi urut, mesin basuh dan renovasi rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nilainya kecil tetapi mesejnya keras. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menunjukkan betapa rendahnya harga sebuah kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat marah kerana perbezaan hidup terlalu jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membayar bil, sewa dan pinjaman dengan titik peluh. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, ada pegawai politik yang didakwa meminta barang rumah sebagai syarat membantu urusan tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jurang moral itu menimbulkan rasa meluat. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktivis menuntut siasatan bebas. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bimbang episod ini akan berakhir seperti kebanyakan kes lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Bising, senyap, hilang tanpa pembetulan sistem.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun episod ini hanya permukaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di bawahnya ada masalah lebih besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam politik Malaysia, rasuah jarang bermula dengan wang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bermula dengan akses dan budi kecil yang dianggap tidak memudaratkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu panggilan. Satu surat sokongan. Satu janji untuk \u201ctolong urus\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Lama-kelamaan sempadan moral bergerak. <\/p>\n\n\n\n<p>Permintaan mula melibatkan barangan nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian lesen. Kemudian tender. Rasuah tidak muncul dalam sehari. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia memakan masa untuk menjinakkan hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Kos politik yang tinggi mempercepatkan proses itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kempen memerlukan dana besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti memerlukan sumbangan berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyumbang pula tidak pernah memberi tanpa expectasi balasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tekanan ini, sesetengah individu melihat jawatan sebagai peluang mencipta modal politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan modal untuk rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Budaya diam mula terbentuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakan sekerja melihat tetapi tidak menegur. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak atasan tahu tetapi tidak bertindak. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasuah akhirnya menjadi norma.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi rasuah tidak hidup tanpa pembeli. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah dimensi yang sering diabaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pemberi rasuah bukan sekadar tamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berdepan sistem yang menekan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sektor berlesen tinggi seperti perlombongan, pembinaan dan logging, satu lesen boleh menentukan hidup atau mati syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Prosedur rumit. Tafsiran longgar. Pegawai tertentu menjadi pintu tunggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan begini, pemberi melihat rasuah sebagai premium insurans. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membayar untuk mengurangkan risiko permohonan tergantung atau ditolak.<\/p>\n\n\n\n<p>Duit kopi pula menjadi norma. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai membayar bukan untuk dapat sesuatu yang mereka tidak layak. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membayar untuk mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat tanpa bayaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Undang-undang melarang bayaran fasilitasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun realitinya, ramai melihatnya sebagai pelincir sistem. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa bayaran itu, fail lambat bergerak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang sengaja diperam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemberi merasionalisasikan tindakan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cAku bayar untuk cepat, bukan untuk curi.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pemain besar pula membayar untuk akses dan perlindungan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahu hubungan yang boleh dihubungi ketika audit, cukai atau isu alam sekitar timbul. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah rasuah menjadi lebih sofistikated. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia disalurkan melalui donasi politik, yayasan, program rasmi atau CSR. <\/p>\n\n\n\n<p>Semuanya kelihatan sah. Namun quid pro quo tetap wujud walaupun tidak pernah ditulis.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga pemberi yang dipaksa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka diberi isyarat halus bahawa lesen atau kontrak mungkin tidak diperbaharui jika mereka tidak faham-faham. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini mirip duit perlindungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membayar bukan untuk manfaat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membayar untuk mengelak mudarat. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah no choice equilibrium. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka tidak bayar, pesaing lain akan bayar. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pesaing bayar, mereka kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah rasuah menjadi sistemik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan lagi tentang individu jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tentang struktur yang menolak kedua-dua pihak masuk ke dalam permainan yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi dunia perniagaan menganggap tak bayar, tak jalan, selagi itu rasuah kekal walaupun kerajaan berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasuah bertapak apabila kuasa menjadi barang jualan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akses kepada pemimpin. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat awal projek. <\/p>\n\n\n\n<p>Surat sokongan. Kelulusan senyap. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua menjadi produk yang ada harga. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara akhirnya menjadi pasar gelap yang beroperasi dalam pejabat berhawa dingin. <\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan tidak lagi berdasarkan merit. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berdasarkan siapa sanggup membayar lebih. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat terpinggir dalam pertandingan yang mereka tidak mampu masuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun pasar gelap itu tidak berakhir di bangunan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit yang dikutip daripada lesen dan projek gelap turun semula ke kampung dan flat PPR sebagai \u201cbantuan musim pilihan raya\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Hamper. Kupon minyak. Bantuan tunai yang tiba-tiba muncul sebulan sebelum mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi miskin percaya mereka menerima rezeki. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya, mereka membeli semula wang mereka sendiri dengan harga yang mahal. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dapat RM50 hari ini tetapi membayar semula dalam bentuk hospital yang tidak siap, sekolah rosak dan inflasi yang memakan pendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti mana kuasa pejabat jatuh harga kepada peralatan rumah, undi rakyat juga jatuh harga kepada barang yang habis dalam beberapa hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pengundi miskin, pilihan raya kelihatan seperti pasar malam kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Politikus menjadi penjual yang menawarkan bantuan segera. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi datang dengan poket kosong dan memilih penyelesaian jangka pendek. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan kerana mereka tidak bermoral. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia kerana mereka hidup dalam keadaan yang tidak memberi ruang untuk sabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah kitaran yang memerangkap negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasuah melahirkan salah urus. <\/p>\n\n\n\n<p>Salah urus melahirkan kemiskinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemiskinan melahirkan politik wang. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik wang melahirkan pemimpin yang perlu lebih banyak rasuah untuk kekal berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kitaran itu berputar dari satu penggal ke satu penggal.<\/p>\n\n\n\n<p>Selagi rakyat miskin hidup dalam keadaan cukup-cukup makan, rasuah politik akan sentiasa ada pembeli. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan kegagalan moral rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kegagalan struktur ekonomi dan kebajikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila parti dibiayai dengan duit kotor dan kempen dijana oleh hadiah segera, pilihan raya tidak lagi menjadi medan menilai dasar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia menjadi hari jualan murah kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Demokrasi akhirnya tidak runtuh kerana rakyat tidak peduli. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia runtuh kerana keadaan memaksa mereka menerima tawaran yang hanya menyelesaikan minggu ini tetapi merosakkan masa depan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia hanya akan pulih apabila kita melihat rasuah bukan sebagai skandal individu tetapi sebagai masalah struktur. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi yang miskin terpaksa memilih antara prinsip dan makan malam, selagi itu undi dan kuasa akan terus jatuh harga.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Episod terbaru melibatkan seorang pegawai kanan kepada pemimpin tertinggi negara membuktikan satu perkara yang rakyat sudah lama fikir.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23233,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-23232","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23232","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23232"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23232\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23234,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23232\/revisions\/23234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23232"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23232"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23232"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}