{"id":23414,"date":"2025-12-28T07:30:05","date_gmt":"2025-12-28T07:30:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23414"},"modified":"2025-12-28T07:32:35","modified_gmt":"2025-12-28T07:32:35","slug":"petunjuk-baharu-kemelut-di-perlis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2025\/12\/28\/petunjuk-baharu-kemelut-di-perlis\/","title":{"rendered":"Petunjuk Baharu Kemelut Di Perlis?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya masih mencari-cari kepada petunjuk yang boleh dikaitkan kepada sebab berlakunya krisis di Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada beberapa perkara yang saya jumpai yang membuatkan saya berfikir kembali, adakah benar Adun-Adun ini begitu berani bertindak melanggar baiah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah seorang daripada mereka, Fakhrul Anuar Ismail, telah saya mengenali semenjak 2004 lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan peribadi yang baik, tidak ada masalah besar dengan rakan-rakan, membuatkan saya terfikir-fikir kenapa ia terjadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka keluarlah satu tulisan yang agak panjang dari Dato\u2019 Mufti Perlis mengenai politik dan istana di Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa kali dalam tulisan beliau menafikan yang tulisan beliau itu membodek istana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu menarilah jarinya menaip dengan mengatakan bahawa Raja Muda Perlis lebih mengenali denai dan alur di kampung-kampung daripada wakil rakyat kerana sering menjengah rakyat untuk dibantu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alhamdulillah Raja Muda Perlis hebat, boleh hafal denai dan alur di 15 Dun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Raja Muda juga dikatakan sentiasa penuh dengan program sehingga bagaikan tidak reti berehat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah gambaran yang beliau berikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan jika rakyat memerlukan bantuan, maka MAIPs dahulu diingat daripada YB-YB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Elaun Raja Muda kurang berbanding elaun Exco tetapi kerja Raja Muda berkali ganda melebihi kerja wakil rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap minggu kayuhan beliau membabitkan semua ketua-ketua jabatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata Dato\u2019 Mufti lagi dalam kenyataan yang beliau jelaskan tiada niat mengampu ini, institusi istana Perlis sangat berpegang teguh dengan agama Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan yang paling utama, ialah istana Perlis tidak bermewah-mewah hidup dengan sederhana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka begitulah antara perkara yang beliau luahkan dalam tulisan beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya rasa kagum dengan pengakuan beliau yang berada sangat dekat dengan istana itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastinya beliau tidak akan menipu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi, tulisannya tidak dapat lari dari kekhilafan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau ada menyebut jika berlaku pertukaran MB di negeri lain, \u201cbayangkan kegawatan yang bakal berlaku\u201d untuk bandingan ketenangan di Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suka saya nyatakan bahawa, pernah berlaku di Terengganu rampasan kuasa kerajaan pada tahun 1961 dan pertukaran MB pada tahun 2014. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Selangor juga terjadi Langkah Kajang yang menjatuhkan TS Khalid Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Melaka dan Johor juga berlaku pertukaran MB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Sabah, jangan cakaplah, lompat sana, lompat sini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan pada waktu itu, tidak terjadi kegawatan apa-apapun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya, ada berlaku sedikit kegawatan ketika di Terengganu 2008 dan di Perak 2009 tetapi melibatkan ahli mereka sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang lain hanya jadi penonton.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia cuma gelagat nakal sesetengah mereka sahaja dan terhenti selepas majlis angkat sumpah selesai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang jadi betul-betul gawat ialah bila DS Anwar dipecat dari jawatan TPM pada 1998. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermakna, Malaysia ini semua negerinya aman dan tenang Dato\u2019, bukan Perlis sahaja, insyaAllah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apapun kritikan Dato\u2019 Mufti terhadap YB-YB Perlis, itu adalah atas pemerhatian beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya sahaja, perlembagaan kita ialah istana berada di luar politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi pada pandangan saya, membandingkan keduanya amatlah tidak kena gelanggangnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Istana, jika ada rakyat datang dan pagarnya tertutup, semua orang faham, bahawa ia tidak boleh diganggu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi YB, jika menutup pintu rumahnya sewaktu rakyat datang, maka siaplah nanti ditularkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Belum lagi YB kena kata depan-depan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Istana juga boleh dikata hampir kekal jawatannya, tetapi YB-YB setiap lima tahun, boleh bertukar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu bandingan mudahnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustahil Dato\u2019 Mufti tidak tahu hal ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya juga suka mengingatkan Dato&#8217; bahawa, Perlis adalah negeri miskin, sangat sedikit hasil dan kebergantungannya terhadap Pusat pula sangat tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlis belum diuji dengan kekayaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka berbicara tentang kesederhanaan sewaktu miskin, amatlah mudah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bak kata orang, kalau pasal harta benda, adik beradikpun boleh bergolok berparang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya teringat ucapan Saidina Abu Bakar yang mengatakan ketika mereka miskin, mereka boleh bersabar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi mereka hampir-hampir tewas apabila kaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga mereka yang bersederhana itu dilindungi Allah jika kaya nanti. Amiin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya yang saya sendiri nampak dan berani puji ialah Presiden PAS, Mursyidul Am PAS dan juga sebahagian besar pimpinan PAS yang lain, kekal tidak bermewah walaupun pernah menduduki kerusi MB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang menjadi kehairanan bagi saya ialah, kenapa tiba-tiba Dato\u2019 Mufti membandingkan kehebatan khidmat istana Perlis sambil merendah-rendahkan YB-YB di Perlis? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seingat saya, dalam laporan berita, tiadapun hal yang mengaitkan istana Perlis dalam krisis pentadbiran Perlis ini kecuali mengenai SD sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah kaitan tulisan Dato\u2019 Mufti mengenai istana dengan krisis ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya mencari lagi petunjuk lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu saya dapati, Presiden Bersatu, TS Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Bersatu tidak pernah mengarahkan Adun-Adun mereka menandatangani SD. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya beliau dilaporkan berkata Adun mereka diarahkan istana menghantar nama calon MB yang baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Pemuda PAS yang juga Adun Beseri mendakwa ada &#8216;broker&#8217; yang mengaturkan untuk tandatangan SD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya kemudiannya berjumpa dengan petunjuk lain iaitu daripada Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sepertinya tidak menunjukkan kemarahan beliau dalam isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbanding dengan pengkhianatan yang dilakukan Adun PAS ketika Langkah Kajang dengan melawan arahan tidak menyokong calon MB lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga beliau menggelarkan mereka sebagai BROKER dan BARUA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun dalam isu di Perlis ini baik kepada Adun-Adun berkenaan dan juga kepada Adun Bersatu, beliau hanya bersikap tenang sahaja, tidak memarahi tiga Adun-Adun itu dan meminta Bersatu menguruskan Adun-Adunnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata beliau, ada isu berkenaan projek dan jawatan yang menekan MB Perlis, YAB Mohd Shukri ketika itu, tanpa beliau memaklumkan dari pihak mana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MB Perlis dizalimi, bukan menzalimi dan beliau bangga dengan sikap MB Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala YB Fakhrul Anuar Ismail pula dalam satu kenyataan berkata beliau akan segera membuat rayuan dengan segera atas isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelihatannya seperti beliau terpaksa melakukan dan tekanan yang dikenakan terhadap beliau itu sangat berat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itu beliau kelihatan tidak berkelahi dengan parti, sebaliknya ingin mencari penyelesaian segera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya semakin yakin, seperti sudah mendapat petunjuk lagi apabila membaca kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil berkenaan isu ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, apakah penyebab, apakah penekan, yang menjadi punca terhadap apa yang berlaku di Perlis? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga semua rakan-rakan PAS saya di Perlis dirahmati Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepada semua penyokong PAS, bersabarlah, tidak perlu menghina mereka, kerana dari pencarian saya di atas, berkemungkinan besar ada terdapat unsur-unsur lain yang tercampur dalam krisis ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insya Allah ia akan terzahir nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastinya PAS Perlis lebih maklum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya masih mencari-cari kepada petunjuk yang boleh dikaitkan kepada sebab berlakunya krisis di Perlis. Ada beberapa perkara yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23417,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[74],"class_list":["post-23414","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23414","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23414"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23414\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23416,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23414\/revisions\/23416"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23417"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23414"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23414"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23414"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}