{"id":23520,"date":"2026-01-06T23:03:55","date_gmt":"2026-01-06T23:03:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23520"},"modified":"2026-01-06T23:03:58","modified_gmt":"2026-01-06T23:03:58","slug":"inilah-pas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/01\/06\/inilah-pas-2\/","title":{"rendered":"Inilah PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Semalam saya dihubungi oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Ketua Dewan Ulamak PAS yang datang ke Terengganu bersama beberapa orang lagi pimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis ke Rusila. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bertanya khabar dan berhajat untuk mengajak saya berjumpa, sambil-sambil minum. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebetulannya saya tiada di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dan Bendahari BPNPs, Sarudin Abu Bakar kemudiannya memberitahu kemelut dalaman di Perlis, alhamdulillah sudah mencapai titik noktah hasil dari perbincangan dengan TS Tuan Guru Presiden PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan resolusinya ialah PAS Perlis akan melangkah terus membawa Islam dan membela rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tentu sahaja tidak dimaklumkan apa yang dibincangkan kerana ia khusus untuk yang hadir sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi apa yang menariknya dalam PAS ialah wala&#8217; atau ketaatan kepada kata putus Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada perkara yang tidak diketahui pimpinan di peringkat bawahan yang kemudiannya diterangkan, maka isu akan menjadi mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum mendengar apa-apa yang muktamad daripada Presiden, semua puzzles yang ada, biasanya tidak lengkap dan akan ada kekosongan petak puzzles yang sebenarnya ada di dalam tangan Presiden sebagai nakhoda. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka beliau akan meletakkan puzzles yang tertinggal itu sebagai pelengkap keseluruhan gambar. <\/p>\n\n\n\n<p>Teringat akan peristiwa lama antara TS TG Presiden PAS, Dato&#8217; Mustafa Ali dan alamarhum TGNA yang sering dilihat bagaikan bertelingkah secara terbuka di media perdana.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila perjumpaan diadakan, isu selesai. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi akan timbul semula isu apabila tidak bersama. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupa-rupanya ada penghasut yang dekat dengan almarhum, sentiasa menjalankan kerja-kerja mengacum. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila penghasut ditendang keluar, baharulah semuanya baik-baik sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu kepercayaan mengenai apa-apa sahaja yang berlaku dalam PAS dan keputusannya apabila diambil, maka kami amat yakin bahawa pimpinan PAS telah mengukur setiap inci risiko, keburukan, kebaikan mahupun keuntungan kepada jemaah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan semenjak puluhan tahun ia berlalu, bertukar-tukar presiden sekalipun, hal yang sama berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS ada bantuannya iaitu mesyuawarah dan istiqarah yang mana ada jaminan Rasulullah, kita tidak akan rugi dan menyesal dengan keduanya. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga mempunyai kumpulan ulamak yang sentiasa memikirkan hala tuju PAS ke arah kebaikan dan tetap di atas jalan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak akan terkumpul sekumpulan ulamak atas jalan penipuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan PAS mempunyai ribuan ulamak sebagai tonggak.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga mendapat nasihat atas ijtihad-ijtihad yang dipilih berdasarkan ilmu yang disatukan dari kefaqihan ulamaknya dalam pertemuan sesama mereka bagi mencapai keputusan yang lebih menepati keadaan semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka apa sekalipun tuduhan liar dari pihak luar ke atas ijtihad PAS, adalah diibaratkan hanya salakan anjing kepada kafilah yang sedang berjalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kafilah tidak akan berhenti hanya kerana salakan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada keceriaan wajah-wajah pimpinan PAS Perlis seusai pertemuan dengan TG Presiden ini, jelas kepada kita, ia menjadi suatu lambang kekecewaan kepada musuh-musuh PAS yang begitu sekali tinggi keinginan mereka mahu melihat PAS tersungkur. <\/p>\n\n\n\n<p>Sungguh, mereka hanya terdaya melihat dengan mengetap bibir sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah PAS, insya Allah atas nama Islam, kami akan beristiqamah, bersatu dan berjuang menegakkan agama yang lurus ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada dalam parti lain, kerana matlamat mereka mengejar dunia sahaja, tanpa akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam saya dihubungi oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, Ketua Dewan Ulamak PAS yang datang ke Terengganu bersama beberapa<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23521,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-23520","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23520","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23520"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23520\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23522,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23520\/revisions\/23522"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23521"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23520"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23520"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23520"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}