{"id":23550,"date":"2026-01-08T23:19:55","date_gmt":"2026-01-08T23:19:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23550"},"modified":"2026-01-08T23:19:58","modified_gmt":"2026-01-08T23:19:58","slug":"2026-era-baru-imperialisme-barat-atau-pengakhiran-yang-hina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/01\/08\/2026-era-baru-imperialisme-barat-atau-pengakhiran-yang-hina\/","title":{"rendered":"2026 Era Baru Imperialisme Barat Atau Pengakhiran Yang Hina?"},"content":{"rendered":"\n<p>Imperialisme Barat bermula pada abad ke 16 dengan penguasaan Perancis dan Great Britain ke atas sebahagian besar muka bumi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas kemunduran Perancis pada abad ke 17, Great Britain mengambil tampuk kuasa dengan menakluk dua pertiga muka bumi sehingga empayarnya digelar sebagai \u2018Empayar di mana Matahari Terbit\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Penguasaan Great Britain tidak kekal lama dan berakhir pada pertengahan abad ke 18.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada abad ke 18 dan 19, negara-negara utama Barat ketika itu khususnya di Eropah saling berperang sesama sendiri seperti Perancis, Great Britain, Sepanyol, Austria dan Prussia (Jerman) untuk mengambil-alih tampuk kuasa imperialisme dunia manakala Amerika Syarikat pula sedang membina kekuatannya selepas berakhir <em>&#8216;American Revolutionary War&#8217;<\/em> pada akhir kurun ke 17.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, Amerika Syarikat mengambil tampuk kuasa di sebelah Barat, manakala Soviet Union pula di sebelah Timur.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1989 berakhirnya era Soviet Union, dengan itu menjadikan Amerika Syarikat kuasa besar tunggal dunia sehingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu sepuluh tahun kebelakangan ini pengaruh Amerika Syarikat semakin pudar berikutan bebanan hutang yang amat tinggi, krisis keyakinan dunia terhadapnya dan masalah politik dalaman yang kian parah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama kebangkitan kuasa-kuasa baharu makin menyerlah khususnya China, Rusia, India, Turki dan Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>Amerika Syarikat mempunyai kelebihan melalui penguasaan sendi-sendi utama ekonomi seperti &#8216;Petrodollar&#8217; dan matawang Dollar yang menjadi sandaran utama perdagangan dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama kekuatan ketenteraannya yang serba canggih khususnya dalam aspek teknologi persenjataan terkini seperti jet pejuang &#8216;stealth&#8217; dan sudah tentu senjata nuklear yang menjadi sandaran utama bagi memeras ugut negara-negara lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kini kebangkitan kuasa baharu seperti China yang kini telah mampu bersaing dan hampir memintas Barat dari sudut ekonomi, ketenteraan dan teknologi telah menimbulkan kegerunan Amerika Syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada beberapa bahagian dari tiga sudut di atas, China lebih maju dan terkehadapan dari Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa) yang dipelopori oleh China dan Rusia kini telah memintas blok ekonomi Barat G7 dari sudut perdagangan dan ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan BRICS makin bertambah menjadikannya blok perdagangan dan ekonomi terbesar di dunia saat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Amerika Syarikat selaku peneraju hegemoni Barat mula panik serta berjuang habis-habisan agar kekal ditampuk kuasa sama ada melalui ugutan, paksaan mahupun peperangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlanggaran Amerika Syarikat ke atas Venezuela amat mengejutkan banyak pihak kerana ianya jelas salah di sisi undang-undang antarabangsa sebagaimana kenyataan dari kebanyakan negara seperti Rusia, China, Brazil dan lain-lain lagi termasuk negara sekutu Amerika Syarikat sendiri seperti Perancis.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelanggaran ini memberi lampu hijau dan &#8216;tanda aras&#8217; baharu (precedent) kepada mana-mana negara untuk menceroboh negara lain dengan pelbagai alasan demi kepentingan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas ini tidak mustahil negara haram Israel akan menyerang kembali Iran dan Lubnan, China akan merampas semula Taiwan, Rusia akan meluaskan operasi ketenteraannya di Ukraine dan seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan yang sedang berlaku ini memberi bayangan bahawa dunia sedang berada di persimpangan perubahan geopolitik berskala besar dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi umat Islam, apa yang berlaku bukanlah suatu yang pelik kerana ianya adalah salah satu sunnatullah yang berlaku dalam kehidupan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kuasa manusia yang kekal selama-lamanya, setiap yang bermula akan pasti ada pengakhirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan pentadbiran Donald Trump melanggar Venezuela disambut dengan penuh kegembiraan oleh kuncu-kuncunya namun adakah ia juga akan berakhir dengan kegembiraan? Kita tunggu dan lihat.<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Kembali Kepada Penyelesaian Islam&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Imperialisme Barat bermula pada abad ke 16 dengan penguasaan Perancis dan Great Britain ke atas sebahagian besar muka<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23551,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-23550","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23550"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23550\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23552,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23550\/revisions\/23552"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23551"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}