{"id":23683,"date":"2026-01-17T05:10:17","date_gmt":"2026-01-17T05:10:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23683"},"modified":"2026-01-17T05:13:22","modified_gmt":"2026-01-17T05:13:22","slug":"pohon-besar-di-tengah-kampung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/01\/17\/pohon-besar-di-tengah-kampung\/","title":{"rendered":"Pohon Besar Di Tengah Kampung"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung besar, berdirilah sebatang pohon tua di tengah-tengah padang. <\/p>\n\n\n\n<p>Pohon itu sangat besar. Batangnya tegap, daunnya merimbun dan bayangnya luas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak turun-temurun, orang kampung berlindung di bawahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila panas, mereka berteduh, bila hujan, mereka menumpang dan bila letih, mereka bersandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang kampung menamakan pohon itu <em>&#8216;Pohon Warisan&#8217;<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali ada orang bertanya, <em>\u201ckenapa kita semua duduk bawah pokok ini?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya mudah: <em>\u201csejak dulu lagi, pokok inilah yang jaga kampung kita.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Amaran Orang Tua<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di hujung kampung, tinggallah seorang orang tua yang terkenal dengan kebijaksanaan dan sifat zuhudnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Rambutnya putih, tutur katanya lembut, tetapi tajam maksudnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suatu hari, beliau berkata kepada orang kampung:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cAku tidak risau pada daun pohon itu, Aku risau pada akarnya.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Dari luar nampak hijau, tapi di bawah tanah, akarnya sedang reput.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Ramai orang kampung ketawa kecil.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cOrang tua ni kuat beragan,\u201d<\/em> kata mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPokok ni besar. Mana mungkin tumbang.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang menyindir, <em>\u201ckalau akar reput, masakan daun masih hijau?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Orang tua itu tidak marah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau hanya berkata perlahan:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPokok yang akarnya reput tidak tumbang serta-merta. ia tumbang bila tiba masanya dan bila ia tumbang,<br>orang yang berteduh di bawahnya akan ditimpa bahaya.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Daun Masih Hijau, Tapi Ranting Mula Gugur<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tahun demi tahun berlalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada awalnya, pokok itu masih kelihatan gagah tetapi orang kampung mula perasan sesuatu:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Ranting kecil mula patah bila angin kuat<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Daun gugur lebih cepat daripada biasa<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bayangnya tidak lagi seteduh dahulu<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Namun penjaga pokok berkata:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cTak apa. Pokok kita masih hidup. Lihat daunnya, masih hijau.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Orang kampung pun percaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hari demi hari, orang mula meninggalkan bawah pokok itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mencari teduhan lain. Ada yang mendirikan pondok sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang berkata: <em>\u201cPokok ini tidak seperti dulu.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pelampung di Tengah Laut<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pada suatu musim tengkujuh, kampung dilanda banjir besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Air naik sampai ke pinggang. Orang kampung bertempiaran mencari keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penjaga pokok membawa keluar pelampung lama sambil berkata:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPegang pelampung ini. Inilah yang selama ini menyelamatkan kita.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pelampung itu nampak besar, diwarnai cantik, dan tertulis perkataan <em>&#8216;Keselamatan&#8217;<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai orang berpaut. Tetapi tidak lama kemudian, mereka mula terasa sesuatu yang pelik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelampung itu perlahan-lahan tenggelam.<\/p>\n\n\n\n<p>Air masuk sedikit demi sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan tenggelam terus tetapi cukup untuk membuat orang panik.<\/p>\n\n\n\n<p>Barulah mereka sedar bahawa pelampung itu bocor.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang tua di hujung kampung berkata:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPelampung bocor bukan menyelamatkan, ia hanya melambatkan orang daripada tenggelam.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pohon Mencari Sokongan Aneh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bila angin makin kuat dan tanah makin lembut, penjaga pokok melakukan sesuatu yang pelik. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mengikat pohon itu dengan tali dari pokok lain, pokok yang selama ini mereka kata beracun dan berbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang kampung terkejut.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cBukankah pokok itu yang selalu kamu larang kami dekati?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cBukankah dulu kamu kata pokok itu musuh kampung?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Penjaga menjawab:<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cIni demi kelangsungan. Sekarang kita perlu bekerjasama.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi akar pohon Warisan semakin lemah. Tali tidak menyembuhkan akar. Ia hanya menangguhkan rebah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Akhirnya Orang Kampung Faham<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kini, orang kampung tidak lagi bertanya: <em>\u201cKenapa pokok ini tumbang?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya mereka bertanya: <em>\u201cKenapa kita terlalu lama berteduh di bawah pokok yang akarnya reput?\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Mereka teringat kata-kata orang tua dahulu:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerteduhlah di bawah pohon yang akarnya kuat, bukan yang daunnya cantik, tetapi yang akarnya mencengkam bumi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pengajaran Cerita<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Cerita ini bukan tentang sebatang pokok.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia tentang kuasa yang hidup terlalu lama dengan akar yang rosak.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Daun boleh dicat hijau<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Batang boleh disokong dengan tali<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Pelampung boleh dicantikkan dengan slogan<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Tetapi akar yang reput tidak boleh menipu hukum alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan bila tiba masanya, yang rebah bukan sekadar pokok tetapi harapan orang yang masih berteduh di bawahnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penutup: Akar yang Kuat, Amanah yang Selamat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Seperti mana yang pernah disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 2010 bahawa UMNO ibarat pohon yang sedang mereput akarnya, ramai yang anggap ia cuma sindiran politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari luar nampak masih gagah, daunnya masih merimbun, batangnya masih besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Tuan Guru sangat tajam membaca hakikat: yang rosak bukan dahan tetapi yang mereput itu adalah akar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, kekuatan bukan diukur pada zahir semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah SWT mengajar manusia melihat akar, bukan sekadar daun; melihat amanah, bukan hanya penampilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah SWT berfirman:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0623\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0631\u064e \u0643\u064e\u064a\u0652\u0641\u064e \u0636\u064e\u0631\u064e\u0628\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u062b\u064e\u0644\u064b\u06ed\u0627 \u0643\u064e\u0644\u0650\u0645\u064e\u0629\u064b\u06ed \u0637\u064e\u064a\u0651\u0650\u0628\u064e\u0629\u064b\u06ed \u0643\u064e\u0634\u064e\u062c\u064e\u0631\u064e\u0629\u064d\u06e2 \u0637\u064e\u064a\u0651\u0650\u0628\u064e\u0629\u064d \u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u064f\u0647\u064e\u0627 \u062b\u064e\u0627\u0628\u0650\u062a\u064c\u06ed \u0648\u064e\u0641\u064e\u0631\u0652\u0639\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0671\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0653\u0621\u0650 \u0662\u0664 \u062a\u064f\u0624\u0652\u062a\u0650\u0649\u0653 \u0623\u064f\u0643\u064f\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e \u062d\u0650\u064a\u0646\u064d\u06ed \u0628\u0650\u0625\u0650\u0630\u0652\u0646\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0647\u064e\u0627<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cTidakkah engkau melihat bagaimana Allah membuat perumpamaan: kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya.&#8221;<\/em> (Surah Ibrahim: 24\u201325)<\/p>\n\n\n\n<p>Ayat ini meletakkan prinsip siyasah Islam yang jelas: akar yang teguh melambangkan aqidah, nilai dan amanah, bukan sekadar struktur kuasa atau jenama politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam siyasah, kuasa yang kehilangan akar nilai akan cuba bertahan dengan slogan tanpa isi, pakatan tanpa prinsip dan <em>&#8216;realpolitik&#8217;<\/em> tanpa arah.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun Islam mengingatkan, matlamat tidak menghalalkan cara, dan kelangsungan tanpa kebenaran hanyalah penangguhan kejatuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah \ufdfa bersabda:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0643\u064f\u0644\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0627\u0639\u064d \u0648\u064e\u0643\u064f\u0644\u0651\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0633\u0652\u0624\u064f\u0648\u0644\u064c \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0631\u064e\u0639\u0650\u064a\u0651\u064e\u062a\u0650\u0647\u0650<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cSetiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.\u201d<\/em> (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks siyasah, hadis ini menegaskan bahawa kepimpinan bukan soal siapa paling lama memerintah, tetapi siapa paling amanah menjaga rakyat dan prinsip.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka bagi rakyat bawahan, pesanan Islam ini jelas dan mudah difahami, jangan berteduh di bawah pohon hanya kerana bayangnya besar, tetapi pilihlah pohon yang akarnya mencengkam bumi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan bagi pemimpin, peringatannya lebih berat, kuasa yang tidak dibina di atas kebenaran, akhirnya akan runtuh oleh hukum Allah dan sunnatullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana pohon yang akarnya reput tidak mampu berdiri lama, begitulah juga kuasa yang kehilangan kepercayaan, kejujuran dan hala tuju.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam siyasah Islam, kemenangan sebenar bukan sekadar menang pilihan raya, tetapi menang di sisi Allah dengan amanah, istiqamah dan keberanian mempertahankan kebenaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung besar, berdirilah sebatang pohon tua di tengah-tengah padang. Pohon itu sangat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23684,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[161],"tags":[162],"class_list":["post-23683","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-motivasi","tag-motivasi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23683","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23683"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23683\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23687,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23683\/revisions\/23687"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23684"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23683"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23683"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23683"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}