{"id":23870,"date":"2026-02-02T09:15:38","date_gmt":"2026-02-02T09:15:38","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=23870"},"modified":"2026-02-02T09:15:41","modified_gmt":"2026-02-02T09:15:41","slug":"pas-terbuka-disiplin-dan-iktibar-tabuk-asas-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/02\/02\/pas-terbuka-disiplin-dan-iktibar-tabuk-asas-tindakan\/","title":{"rendered":"PAS Terbuka: Disiplin Dan Iktibar Tabuk Asas Tindakan"},"content":{"rendered":"\n<p>Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah sebuah parti yang mengamalkan dasar terbuka, termasuk menerima sesiapa sahaja yang ingin bersamanya memperjuangkan Islam dalam pentadbiran negara. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tidak pernah menyekat mana-mana individu yang ingin menjadi ahli, sama ada permohonan baharu, mereka yang pernah dipecat, atau mereka yang terhenti keahlian.<\/p>\n\n\n\n<p>Keyakinan rakyat Malaysia terhadap prinsip PAS dan kestabilannya terus terserlah apabila PAS menerima lebih 2,000 permohonan keahlian baharu setiap bulan, termasuk permohonan menyertai Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).<\/p>\n\n\n\n<p>Berhubung status tiga bekas ADUN di Perlis yang telah terhenti keahliannya, wajar saya jelaskan bahawa sebarang permohonan mereka untuk menjadi ahli PAS akan diproses mengikut prosedur biasa parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan tiga ADUN berkenaan telah memberi kesan kepada kestabilan dan penguasaan PAS sebagai kerajaan di negeri Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kita kesal dengan apa yang berlaku, yang lebih penting pada ketika ini ialah pengajaran yang perlu diambil daripada peristiwa tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan PAS bukan dibuat secara gelojoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Asas tindakan diambil berdasarkan ibrah sirah tiga sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai peperangan Tabuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam peristiwa tersebut, Rasulullah SAW mengenakan tindakan disiplin yang tegas: mereka dipulau oleh masyarakat, tidak ditegur oleh sahabat-sahabat lain, dan tidak dibenarkan menggauli isteri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam sehingga mereka merasakan kehidupan seakan terasing; penyesalan dan tangisan mengiringi hari-hari mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketidakhadiran tiga sahabat itu mungkin tidak memberi kesan besar kepada kekuatan tentera kerana peperangan tidak berlaku seperti yang dijangka. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ketegasan Rasulullah SAW menjadi peringatan bahawa ketaatan kepada arahan kepimpinan dan disiplin jemaah tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n\n\n\n<p>Firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u064a\u064e\u0640\u0670\u06e4\u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u06df \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0642\u0650\u064a\u0644\u064e \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0646\u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0627\u06df \u0641\u0650\u06cc \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0671\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0671\u062b\u064e\u0651\u0627\u0642\u064e\u0644\u06e1\u062a\u064f\u0645\u06e1 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u06e1\u0623\u064e\u0631\u06e1\u0636\u0650\u06da \u0623\u064e\u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u062a\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0671\u0644\u06e1\u062d\u064e\u064a\u064e\u0648\u0670\u0629\u0650 \u0671\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u06e1\u064a\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0640\u064e\u0654\u0627\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650\u06da \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u062a\u064e\u0640\u0670\u0639\u064f \u0671\u0644\u06e1\u062d\u064e\u064a\u064e\u0648\u0670\u0629\u0650 \u0671\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u06e1\u064a\u064e\u0627 \u0641\u0650\u06cc \u0671\u0644\u06e1\u0640\u064e\u0654\u0627\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0642\u064e\u0644\u0650\u064a\u0644\u064c<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cWahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: \u2018Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah\u2019, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.\u201d<\/em> (Surah At-Taubah, Ayat 38)<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, keadaan mereka dipulau tidak berpanjangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik turunnya ayat yang menerima taubat mereka, para sahabat segera mendekati dan memeluk mereka sambil mensyukuri rahmat Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ukhuwah kembali bertaut, kasih sayang kembali subur, dan nikmat berjemaah kembali bersinar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga-tiga sahabat tersebut terus istiqamah menggandakan amal serta perjuangan untuk mendaulatkan agama Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah sejarah yang sentiasa diulang sebagai iktibar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas berjuang menegakkan Islam, menyeru manusia kepada perintah Allah, membina negara yang adil, dan menjamin kemakmuran yang sejahtera bukanlah perkara yang kecil dan boleh dibuat sambil lewa. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah besar dan perlu perhatian serius.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita yakin dengan tugasan dan amanah besar ini, tentulah kita akan berhadapn dengan segala cabaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun dengan disiplin, kesatuan dan pertolongan Allah, PAS yakin ia akan berjaya dan akan kekal teguh sebagai wadah perjuangan yang berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Sri Tuan Ibrahim Tuan Man<br>Timbalan Presiden PAS<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah sebuah parti yang mengamalkan dasar terbuka, termasuk menerima sesiapa sahaja yang ingin bersamanya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":23805,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[71],"tags":[72],"class_list":["post-23870","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-minda-pemimpin","tag-minda-pemimpin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23870","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23870"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23870\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23871,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23870\/revisions\/23871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23870"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23870"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23870"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}