{"id":24003,"date":"2026-02-19T06:57:00","date_gmt":"2026-02-19T06:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=24003"},"modified":"2026-02-19T06:57:05","modified_gmt":"2026-02-19T06:57:05","slug":"perundingan-amerika-syarikat-dan-republik-islam-iran-perang-atau-damai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/02\/19\/perundingan-amerika-syarikat-dan-republik-islam-iran-perang-atau-damai\/","title":{"rendered":"Perundingan Amerika Syarikat Dan Republik Islam Iran: Perang Atau Damai"},"content":{"rendered":"\n<p>Perundingan fasa kedua antara Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat baru sahaja berakhir di Geneve, Switzerland.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum perundingan bermula; Amerika Syarikat meletakkan tiga syarat utama ke atas Republik Islam Iran; menamatkan program nuklear, menghentikan teknologi roket dan memutuskan rangkaian proksi khususnya kumpulan yang mendokong perjuangan pembebasan Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Republik Islam Iran pula menegaskan bahawa mereka hanya akan berunding untuk mengurangkan proses pengkayaan urinium sahaja, adapun dua topik lagi tidak akan dibincang sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun proses perundingan sedang berjalan, ia seolah-olah meletakkan \u2018pisau di leher\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua syarat-syarat yang diletakkan oleh Amerika Syarikat di atas adalah tali hayat Republik Islam Iran. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, agak mustahil Republik Islam Iran akan menerimanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat masa ini, pintu rundingan dijangka akan menemui jalan buntu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua negara bersiap siaga dari sudut ketenteraan bagi menghadapi senario peperangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini, Amerika Syarikat mengerahkan ketumbukan tentera yang terdiri daripada pelbagai jenis armada tentera laut dan berpuluh-puluh jet pejuang canggih seperti F-22, F-35, B-2, dan lain-lain lagi aset ketenteraan terkini.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara haram Israel juga meletakkan tenteranya dalam keadaan bersiap siaga dan akan menyertai serangan ke atas Republik Islam Iran jika Trump memutuskan untuk menyerangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Republik Islam Iran belajar daripada pengalaman lepas apabila dikhianati oleh Amerika Syarikat ketika perundingan sedang berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini Republik Islam Iran berada dalam keadaan bersiap siaga ke tahap paling maksimum sama ada dari sudut politik, ekonomi, apatah lagi ketenteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut politik dalaman, Republik Islam Iran membentuk kabinet perang dengan meletakkan beberapa individu penting pada posisi strategis.<\/p>\n\n\n\n<p>Ali Syamakhani dilantik sebagai penasihat pertahanan kepada Ayatollah Ali Khameni; beliau adalah tokoh penting di belakang tabir kejayaan Republik Islam Iran membina sistem pertahanan ke tahap sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut beberapa penganalisa politik; posisi terkini beliau adalah satu langkah bagi mengisi kekosongan sekiranya pemimpin utama Republik Islam Iran terbunuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Ali Larijini pula dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Republik Islam Iran yang berperanan sebagai penyelaras antara Tentera Republik Islam Iran dan Tentera Pengawal Revolusi Republik Islam Iran (IRGC).<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua individu di atas menjadi sasaran utama serangan rejim penjajah Zionis Israel dalam serangannya ke atas Republik Islam Iran pada Jun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut ketenteraan pula; Republik Islam Iran mengadakan latihan ketenteraan bersama Rusia dan China serta mengisytiharkan bahawa sebahagian daripada Teluk Parsi ditutup.<\/p>\n\n\n\n<p>Ayatollah Ali Khamenei menegaskan dalam kenyataan balasnya ke atas Donald Trump; <em>&#8220;Bukan armada tentera laut Amerika Syarikat yang perlu ditakuti, sebaliknya yang perlu dibimbangi ialah roket-roket Republik Islam Iran yang akan menenggelamkan kapal-kapal perang Amerika Syarikat di Laut Parsi&#8221;<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada berlaku peperangan ataupun tidak bergantung sejauh mana pengaruh lobi Zionis menekan Donald Trump bagi melancarkan perang ke atas Republik Islam Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah sikap Yahudi yang telah didedahkan dalam al-Quran sejak 1400 tahun lalu; mereka adalah kaum pengecut dan sentiasa mencipta peperangan dengan menggunakan pihak lain bagi mencapai cita-cita mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua, gerakan Zionis mempergunakan Imprealisme Barat bagi mencapai cita-cita mereka sehingga berjaya merampas Palestin dan menubuhkan negara haram Israel di bumi Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini mereka mempergunakan Amerika Syarikat yang berada pada tahap yang kritikal, khususnya krisis kepimpinan yang melanda ekoran pendedahan file Jeffrey Epstein yang juga melibatkan Donald Trump.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasa berikutnya yang sedang berlangsung ialah meluaskan wilayah negara haram Israel selari dengan kenyataan Benjamin Netanyahu yang mengisytiharkan agenda Israel Raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mudah-mudahan konflik yang berlangsung menjadi asbab penyatuan umat Islam tanpa mengira mazhab dan jalur pemikiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Marilah bersama-sama kita berdoa di bulan Ramadan yang mulia ini agar Allah menggagalkan perancangan musuh-musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Yakinlah bahawa Allah SWT pasti bersama dengan orang beriman dan akan memberikan kemenangan kepada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKembali Kepada Penyelesaian Islam\u201c<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.<br>Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perundingan fasa kedua antara Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat baru sahaja berakhir di Geneve, Switzerland. Sebelum perundingan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24004,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-24003","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24003","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24003"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24003\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24005,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24003\/revisions\/24005"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24004"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}