{"id":2454,"date":"2020-09-23T14:13:10","date_gmt":"2020-09-23T14:13:10","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2454"},"modified":"2020-09-23T14:13:11","modified_gmt":"2020-09-23T14:13:11","slug":"ahli-politik-jangan-terlalu-berpolitik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/23\/ahli-politik-jangan-terlalu-berpolitik\/","title":{"rendered":"Ahli Politik Jangan Terlalu Berpolitik"},"content":{"rendered":"\n<p>Ahli-ahli politik kita perlu berfikir lebih panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>Perebutan kuasa melalui propaganda ini akan menyebabkan rakyat muak. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila rakyat muak, tiada lagi jalan pulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedarlah, rakyat tak perlukan sangat ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ahli politiklah yang selalu memberi gambaran bahawa jika mereka tiada maka kita akan huru hara.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila berlaku deadlock pada hujung Februari 2020 yang menyebabkan negara tiada kabinet menteri, segala urusan kerajaan masih berjalan dengan sempurna. <\/p>\n\n\n\n<p>Perbendaharaan masih membayar gaji, hospital masih berfungsi, sekolah tetap beroperasi dan pihak berkuasa masih bekerja menjaga keamanan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku kerana wujudnya pemerintah sebenar negara &#8211; Yang Di Pertuan Agong dan dibantu perkhidmatan awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri &#8211; as powerful as he can be &#8211; hanyalah wakil YDPA sahaja dalam menjalankan kerja-kerja eksekutif. <\/p>\n\n\n\n<p>Wakil. Tidak lebih dan tidak kurang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kewujudan YDPA yang walaupun tidak berkuasa mutlak sepertimana Arab Saudi dan Brunei, tetapi juga tidak sekadar simbol sepertimana Sweden dan Jepun. <\/p>\n\n\n\n<p>YDPA mempunyai keseimbangan tersendiri dalam gelut demokrasi negara berbanding Raja-Raja negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Raja Sepanyol contohnya walaupun juga merupakan raja berpelembagaan, tetapi baginda hanya mempunyai kuasa terhad. <\/p>\n\n\n\n<p>Raja negara ini tiada kawalan kepada angkatan tentera dan masih bertanggungjawab kepada pendapat umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Salah seorang rajanya (Juan Carlos) terpaksa turun takhta (abdicated the throne) apabila terbabit dengan skandal.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlembagaan negara kita pula menggariskan terlalu banyak peranan dan kuasa YDPA yang boleh digunakan ketika berlaku krisis. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya perkataan &#8216;pada hematnya&#8217; dan &#8216;mungkin&#8217; pada Perkara 43(2) menunjukkan luasnya budi bicara YDPA dalam melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>YDPA tidak memerlukan surat akuan sumpah atau undi parlimen bagi membuat keputusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kejadian deadlock pada 2 bulan lepas membuktikan bagaimana YDPA menjalankan tugas dengan hati-hati tanpa berpihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan perkhidmatan awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara paling jelas yang menonjolkan ketaatan penjawat awam kepada YDPA adalah berdasarkan frasa &#8216;Saya Yang Menurut Perintah&#8217; (sebelum ditukar kepada Saya Yang Menjalankan Amanah).<\/p>\n\n\n\n<p>Perintah disini bukan arahan ketua jabatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah perintah Ketua Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Perintah ini datang melalui Perkara 132 Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah raison d&#8217;etre (reason for existence) kepada penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan itu apabila terdapat arahan daripada Menteri yang bercanggah dengan prosedur sedia ada, maka penjawat awam akan menolak. <\/p>\n\n\n\n<p>Disinilah timbul tuduhan &#8216;deepstate&#8217; suatu ketika dahulu kononnya terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Atas sebab itu selagi mana wujudnya YDPA, Majlis Raja-Raja dan Perkhidmatan awam, negara tidak terlalu bergantung kepada ahli politik untuk bergerak.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tiada masalah sekiranya berlaku pertukaran kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat akan lebih kenal siapa yang berprinsip dan siapa yang meletakkan rakyat di bawah telapak kaki sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ingatlah, propaganda berlebihan hanya akan menyebabkan luka yang dalam kepada keharmonian dan kestabilan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah saudara semua ingat YDPA ini kerjanya hanya menemuduga 222 ahli parlimen 6 bulan sekali hanya untuk memuaskan nafsu sesetengah manusia?<\/p>\n\n\n\n<p>Semua keadaan ini hanya akan menzahirkan rasa benci rakyat kepada sistem politik semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Berubahlah jika mahu hayat politik saudara terus panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Rahim Hilmi Zakariya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli-ahli politik kita perlu berfikir lebih panjang. Perebutan kuasa melalui propaganda ini akan menyebabkan rakyat muak. Apabila rakyat<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2455,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-2454","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2454","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2454"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2454\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2456,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2454\/revisions\/2456"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2455"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2454"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2454"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2454"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}