{"id":24676,"date":"2026-04-07T02:37:43","date_gmt":"2026-04-07T02:37:43","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=24676"},"modified":"2026-04-07T02:37:46","modified_gmt":"2026-04-07T02:37:46","slug":"membuli-balik-pembuli-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/04\/07\/membuli-balik-pembuli-politik\/","title":{"rendered":"Membuli Balik Pembuli Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Beberapa hari lalu, bekas pembantu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, telah dilaporkan berkata bahawa apa yang berlaku kepada Rafizi sekarang ini adalah kifarah terhadap perbuatannya dalam Langkah Kajang dahulu yang terkenal itu, bagi menjatuhkan Allahyarham dari kerusi MB Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui hantaran di FBnya, Faekah mendakwa Langkah Kajang ialah langkah yang jijik, menjadi titik tolak kepada pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR dan melakar sebagai sejarah yang paling hitam dalam politik dan pentadbiran Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Allahyarham menang dalam kes saman fitnah terhadap Saifuddin Nasution berkaitan isu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi tidak menunggu lama, segera menjawab kenyataan Faekah itu dengan berkata beliau tidak menyesal memulakan Langkah Kajang itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jika diberikan kembali kesempatan itu, beliau tetap akan melakukannya lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana bagi beliau, tindakan yang diambil ketika itu adalah atas dasar integriti PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Sambil beliau menafikan tujuan utama langkah itu yang dimaklumi semua iaitu untuk mengangkat DS Anwar sebagai MB Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi menambah lagi bahawa peristiwa itu diputar belit oleh sesetengah pihak bagi menggambarkan pengosongan kerusi Kajang itu adalah bagi memberi laluan kepada DS Anwar menjadi MB, sedangkan soal utama mempertahankan integriti itu diketepikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi juga menasihatkan Faekah supaya berhenti menunggang nama Allahyarham.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, beliau kemudiannya menunggang nama ulama PAS dengan memetik nasihat mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Dato\u2019 Dr. Haron Din berkenaan menentukan seseorang yang dihukum oleh Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesuatu yang sangat berat untuk dilakukan oleh pemimpin PKR, merujuk kepada ulama PAS bagi hal dosa dan pahala, kecuali dalam keadaan terdesak yang amat sangat. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, Rafizi memberi amaran kepada musuh politiknya untuk tidak menggunakan Faekah sebagai senjata menyerangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku tidak mengenali kedua-dua mereka secara peribadi, tetapi tahu akan karakter masing-masing melalui pentas politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi sebagaimana kita tahu, seorang yang tidak akan mengaku kesilapan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya, beliau sanggup memanggil rakyat sebagai bodoh kerana mempersoalkan kegagalan formula-formula idea beliau sewaktu menjadi pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mengalami tekanan, beliau akan mengungkit dan menyalahkan orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah banyak kali terkena dengan sikap beliau ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu PAS duduk bersama PKR, PAS meyakini idea dan menyokong formula beliau dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah gagal dan PAS menarik diri, beliau akan mengungkit, dahulu PAS lah yang memperjuangkan idea beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Seolah-olah sekali kita sokong, kena kekal sokong walaupun sudah terbukti salah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam alasan beliau tidak menyesal dengan Langkah Kajang itu kerana kononnya atas nama integriti, beberapa isu penting yang pada pendapat aku, sengaja sembunyikan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah menegaskan PRK itu akan membazirkan wang rakyat dan sebarang isu berkenaan menukar MB tidak berbangkit. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan PAS akan menyokong PKR dalam PRK.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak isu dalaman seperti gangguan kepada pentadbiran TS Khalid ketika itu yang diketahui umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya keputusan berkenaan isu projek bekalan air. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi yang paling kuat yang dibincangkan pemerhati politik ialah berkenaan hasrat DS Anwar untuk menjadi MB Selangor dan dikatakan akan mendapat imuniti yang mana beliau ketika itu dijangka akan dipenjarakan kerana kes liwat 2.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita lihat lebih mendalam kepada isu integriti yang ditekankan oleh Rafizi konon sebagai alasan terbesar menjatuhkan TS Khalid, kita dapat mengesan sesuatu yang tidak selari apabila perintah Tuanku Sultan Selangor supaya menamakan lebih dua nama calon MB, tidak diendahkan oleh PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa adab dan melanggar adat, PKR tetap menamakan hanya satu nama dan memaksa PAS yang memberikan tiga nama agar mengikut \u2018integriti\u2019 mereka menderhakai Sultan Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibat besar selepas itu, PR berpecah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada dijumpai dalam mana-mana laporan berita yang merekodkan Rafizi menentang keputusan PKR yang ketika itu jelas melanggar perintah Sultan Selangor dengan tetap menamakan hanya satu nama. Jika Rafizi ingin mempertahankan diri, beliau yang begitu berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pertemuan antara PKR dan PAS bagi memberitahu hasrat mereka itu, PAS sudah menyatakan amaran bahawa langkah mengosongkan kerusi ini akan mengundang kemarahan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ada wakil PKR yang mendakwa orang Malaysia hanya akan marah dalam dua tiga minggu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkinkah itu \u2018standard\u2019 integriti yang diamalkan dan dipaksakan kepada pihak lain oleh PKR, tidaklah kita ketahui.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila beliau gagal melaksanakan janji-janji formula beliau dalam PRU lalu, maka rakyat dibodohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kesalahan langsung dari beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika nampak salah, maka akan dipesongkan supaya tidak kelihatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beginilah antara ciri-ciri pembuli. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang kena ikut kehendaknya. Jika tidak, akan dipulau, dikutuk, dipaksa dan berbagai lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua perkara hanya dia yang paling hebat, paling betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pun ada orang lain yang betul, maka orang itu tetap tidak betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan kini, apabila Rafizi sedang berperang dengan partinya, beliau kelihatan memperlekehkan pembangkang kerana tidak mengambil peluang menyertai beliau menyerang PKR, atas nama integriti yang semakin hilang dalam PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelihatannya beliau mencari sokongan dan mencemuh jika tidak menyokongnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak terhenti setakat itu, diugutnya pula sesiapa yang cuba menggunakan Faekah dalam cubaan menyerang beliau, boleh menyebabkan kisah lama yang sepatutnya dikuburkan akan diungkit. <\/p>\n\n\n\n<p>Melengkapi ciri-ciri pembuli, Rafizi kemudiannya menggunakan nama Allahyarham Dato\u2019 Dr. Haron Din sebagai perisai diri agar jangan menghukum orang lain dengan mendakwa sebagai kifarah atau bukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan di waktu hayat Allahyarham Dato\u2019 Dr. Haron, tidak pernah dirujuk, malah ramai daripada PKR yang mengutuk Allahyarham.<\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya tidaklah sehebat mana kerana nampaknya goyah Rafizi dengan kenyataan pendek Faekah sehinggakan beliau terpaksa segera menjawab isu ini panjang lebar bersekali dengan ugutan, walaupun beliau mendakwa sangat yakin bahawa TS diturunkan kerana masalah integriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku fikir Faekah sedang membuli kembali si pembuli dengan gaya yang sangat santai, ringkas tetapi menikam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa hari lalu, bekas pembantu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, telah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24677,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-24676","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24676","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24676"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24676\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24678,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24676\/revisions\/24678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24677"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}