{"id":24839,"date":"2026-04-20T03:30:12","date_gmt":"2026-04-20T03:30:12","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=24839"},"modified":"2026-04-20T03:30:15","modified_gmt":"2026-04-20T03:30:15","slug":"mengapa-ramai-exco-terengganu-terkenal-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/04\/20\/mengapa-ramai-exco-terengganu-terkenal-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Mengapa Ramai Exco Terengganu Terkenal Di Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>Kalau kita mengemukakan soalan secara rambang kepada pemerhati politik di Malaysia yang bukan orang Perak, siapakah nama salah seorang Exco di negeri Perak? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin dan percaya hampir keseluruhan daripada mereka tidak dapat menjawabnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga, jika ditanya nama salah seorang Exco Johor kepada pemerhati politik yang bukan orang Johor, amat pasti hampir 100 peratus gagal mencari jawapannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi dengan Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p><br>Malah Kelantan, yang sudah lama menjadi tumpuan politik negara, juga sukar bagi pemerhati politik untuk memberikan nama Exco-nya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sabah dan Sarawak, jangan cakaplah. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang mungkin agak dikenali atau ingat-ingat lupa ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, ia berbeza dengan Terengganu, negeri yang paling bahagia yang diakui oleh organisasi yang sah dan juga rakyat dan pelancong yang ada di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ditanya siapakah MB bagi Negeri Terengganu, pastilah majoriti orang akan tahu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika ditanya siapa salah seorang Exco Kerajaan Terengganu, pasti ramai yang boleh menjawabnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling minimal, nama-nama seperti Dato&#8217; Dr. Azman Ibrahim, Dato&#8217; Haji Hanafiah bin Mat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, Hishamuddin Abdul Karim, Dato&#8217; Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Dato&#8217; Ustaz Saiful Bahri akan terlintas dalam fikiran pemerhati politik luar Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala empat lagi nama, Dato&#8217; Ustaz Ariffin Deraman, Dato&#8217; Razali Idris, Hj. Khuz dan Ustaz Maliaman bin Kassim juga dikenali. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka lupa sekalipun dan kita menyebut nama-nama ini, paling kurang mereka akan berkata panjang\u2026 \u2018oooooo ya, betul\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apa penyebab mereka terkenal?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ada beberapa sebab utama populariti Exco-Exco Terengganu ini naik dalam kalangan pemerhati politik Tanah Air. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya sebab utama adalah kerana kejayaan mereka dalam menunaikan tugasan dan manifesto yang dijanjikan dalam dua PRU lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada yang menyangka bahawa selama ini janji-janji PRU sebenarnya boleh ditunaikan jika peruntukan tidak disekat sebagaimana yang pernah dialami oleh Terengganu dan Kelantan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>20 manifesto PAS di Terengganu berjaya disempurnakan dalam penggal 2018-2023. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekaligus menaikkan nama MB Terengganu dan barisan Exco beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu kerana kepercayaan rakyat, pada PRU 2023, tiada kerusi bagi parti selain dari PN di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian dalam penggal terkini, Terengganu mulai disekat dengan peruntukan yang tidak diberikan dengan cukup dan sebahagiannya tidak terus ke tangan Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Hutang-hutang Negeri kepada Pusat diarahkan dibayar dengan disiplin. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hutang Pusat kepada Negeri, seperti dilupakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau banyak perancangan yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna, Kerajaan Terengganu tetap menjalankan tanggungjawabnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan paling manis, rakyat Terengganu mengetahui bahawa ini adalah mainan Pusat bagi menyusahkan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam memaklumkan tugasan yang dijalankan oleh Exco-Exco bagi portfolio masing-masing, mereka diserang dengan hebat semenjak 2018. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sahaja projek yang baik untuk rakyat akan diberitakan sebaliknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Exco-Exco ini berjaya mengharunginya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita semua faham yang tidak akan semua perancangan akan berjaya atau tidak mencapai sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita diakui ada kecacatannya dan amat sedikit peratusan tersasar matlamat itu terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan jika projek-projek yang sangat baik berjaya diperlekehkan, dikutuk, dihina, diperbodohkan oleh penyokong PH, apa lagi yang kurang berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>GLC yang rugi, diuntungkan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang paling banyak serangan dihalakan ialah kepada Dato\u2019 Dr. Azman Ibrahim yang memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sangat aktif dalam media sosial dengan hantaran-hantaran yang memberikan kesedaran bagi mendidik rakyat apa yang berlaku dalam pentadbiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Tentu sahaja isu-isu panas seperti pertikaian Felda dengan Kerajaan Negeri berkaitan isu tanah yang tidak dibayar diingati.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berjaya menyelesaikan isu lapuk 40 tahun itu dengan Kerajaan Terengganu mendapat bayaran dari Felda. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun ada usaha membohongi rakyat dengan cubaan bermain sentimen bahawa Kerajaan Terengganu zalim menghambat warga peneroka Felda.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian dengan isu kejayaan-kejayaan lain pertanian Terengganu sehingga diberikan agenda khusus Tahun Pertanian Terengganu 2023, kejayaan menjadikan TADC dari sebuah GLC bermasalah kepada menguntungkan, kesanggupan beliau turun bagi melihat semua perancangan berjalan mengikut jadualnya mendapat pujian rakyat dalam dan luar Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengkinya lawan kepada beliau sehingga pernah Exco di negeri jiran menyindir berkenaan kejayaan mereka merekodkan jumlah pendaratan ikan lebih tinggi dari Terengganu, sedangkan nelayan-nelayan negeri mereka masuk ke perairan Terengganu bagi menangkap ikan yang banyak di Terengganu kerana Dr. Azman berjaya menyediakan tukun-tukun bagi pembiakan ikan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Minyak kita tidak lalu Selat Hormuz<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Terkini, isu minyak kita tidak melalui Selat Hormuz. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan beliau begitu jelas, \u2018minyak kita\u2019 yang merujuk kepada minyak yang diperolehi dari carigali di perairan negara Malaysia dan khususnya di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Marah para lawan dengan segera membelasah konon beliau tidak tahu geografi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan beliau telah jelaskan dan sememangnya benar yang minyak kita tidak melalui Selat Hormuz.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kerana perangai musuh yang suka merampas hak orang, jadi perkataan \u2018kita\u2019 itu dia keliru dikira sebagai hak dia walaupun sebenarnya hak orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Contoh royalti petroleum hak Terengganu, tetapi mereka merampas kerana merasakan hak &#8216;kita&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah terbiasa begitu, mengaku kepunyaan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini keluar satu VTT yang menggelarkan Dr. Azman sebagai lembu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sebagai manusia yang diberikan Allah akal yang waras, jika berlaku pertikaian yang memerlukan fakta dan kita di pihak yang benar, tindakan yang betul ialah kita kemukan fakta bagi membuktikan kebenaran kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala jika dia di pihak yang salah, tidak ada bukti dan fakta untuk melawan balik dan ditambah dia seorang yang tidak berfikiran betul, maka menghina, mengutuk, memfitnah adalah satu jawapan yang dia akan anggap benar dan memuaskan hati mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Rakyat Terengganu tidak mudah percaya fitnah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Amat mudah dibuktikan, semua kes yang dipalitkan dengan Exco-Exco Kerajaan Terengganu, tidak pernah berjaya dibuktikan bersalah di mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada rekod pecah amanah, salah laku, salah urus. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang terkenal ialah isu surat sokongan bagi projek runding terus benteng penahan ombak di Batu Rakit. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya surat sokongan sebegitu dibenarkan jika ia penting dan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan Audit Negara jelas memuji cara pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila PMX datang ke Terengganu, beliau malah memuji pula Kerajaan Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecewa sungguh pembenci Kerajaan Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah pelancong juga bertambah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini semua dilaksanakan dalam keadaan peruntukan tidak diberikan dengan betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu fahamlah anda dengan semua bukti dan fakta yang dinyatakan di atas, jelas menjadi sebab utama populariti Exco-Exco Kerajaan Terengganu begitu tinggi dikenali ramai kerana kejayaan merealisasikan perancangan yang terbaik kepada rakyat dan juga kerana lawan politik mengutuk, menghina mereka dengan anggapan mereka berjaya memusnahkan keperibadian Exco-Exco ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, rakyat semakin benci terhadap cara politik kotor sebegini dan pastinya akan menambahkan lagi sokongan terhadap Kerajaan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau kita mengemukakan soalan secara rambang kepada pemerhati politik di Malaysia yang bukan orang Perak, siapakah nama salah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24840,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[51],"class_list":["post-24839","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terengganu","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24839"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24839\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24841,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24839\/revisions\/24841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24840"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}