{"id":24930,"date":"2026-05-02T12:39:49","date_gmt":"2026-05-02T12:39:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=24930"},"modified":"2026-05-02T12:41:41","modified_gmt":"2026-05-02T12:41:41","slug":"penganalisis-lihat-pas-semakin-mendapat-tempat-di-kubu-kuat-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/05\/02\/penganalisis-lihat-pas-semakin-mendapat-tempat-di-kubu-kuat-umno\/","title":{"rendered":"Penganalisis Lihat PAS Semakin Mendapat Tempat Di Kubu Kuat Umno"},"content":{"rendered":"\n<p>Sasaran PAS untuk bertanding sehingga 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, walaupun tewas di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) lima tahun lalu, dilihat mungkin didorong oleh keyakinan parti itu semakin mendapat tempat di kawasan tradisi Umno, menurut penganalisis.<\/p>\n\n\n\n<p>James Chin dari University of Tasmania berkata hasrat tersebut juga berkemungkinan dipengaruhi oleh kedudukan Bersatu yang dilihat semakin lemah akibat krisis dalaman sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan tokoh parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, sasaran tersebut dianggap realistik kerana PAS kini dikatakan semakin diterima di negeri yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno, termasuk Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cPAS sedang mendapat tempat di negeri di mana Umno kuat. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Sebab utama yang lain adalah kerana Bersatu menjadi semakin lemah.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cApabila Bersatu semakin lemah, kebanyakan penyokong mereka lebih rela menyokong PAS berbanding kembali mengundi Umno,\u201d<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">PAS tambah sasaran kerusi di Melaka<\/h4>\n\n\n\n<p>Minggu lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor, berkata parti itu menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi pada PRN Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, kelmarin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail, mengumumkan tambahan satu lagi kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 16 DUN.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi yang dinamakan ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi Tanjung Bidara ketika ini disandang Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sasaran tersebut dianggap realistik susulan kemenangan PAS di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Jasin dan Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ab Rauf, PRN Melaka dijangka diadakan pada bila-bila masa bermula Mei hingga Disember tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Penganalisis ingatkan risiko terlalu optimistik<\/h4>\n\n\n\n<p>Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, namun jumlah itu berkurangan selepas Adun Rembia, Jailani Khamis, menyertai PAS kira-kira dua tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakatan Harapan pula memenangi lima kerusi, manakala dua lagi dimenangi PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Awang Azman Pawi berpandangan bahawa sasaran PAS tersebut lebih dilihat sebagai strategi psikologi untuk meningkatkan moral penyokong menjelang PRN Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis dari Universiti Malaya itu bagaimanapun memberi amaran bahawa langkah tersebut berisiko menjadi <em>&#8216;overreach&#8217; <\/em>sekiranya tidak disokong oleh<em> <\/em>data mikro kerusi dan kekuatan akar umbi sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kemenangan di Melaka memerlukan sokongan rentas etnik serta naratif ekonomi yang meyakinkan kerana struktur pengundi negeri itu lebih bercampur berbanding Kedah atau Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cJika diterjemah sebagai sasaran menang yang realistik, ia kelihatan terlalu optimistik, malah boleh dianggap syok sendiri.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cMomentum PRU15 tidak boleh dijadikan sandaran mutlak kerana logik PRN lebih dipengaruhi faktor calon tempatan dan persepsi kestabilan kerajaan,\u201d <\/em>katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sasaran PAS untuk bertanding sehingga 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, walaupun tewas di semua Dewan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24931,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-24930","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24930","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24930"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24933,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24930\/revisions\/24933"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}