{"id":24977,"date":"2026-05-07T05:42:17","date_gmt":"2026-05-07T05:42:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=24977"},"modified":"2026-05-07T05:42:20","modified_gmt":"2026-05-07T05:42:20","slug":"pas-dari-sesat-kepada-kebanggaan-umat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/05\/07\/pas-dari-sesat-kepada-kebanggaan-umat\/","title":{"rendered":"PAS: Dari Sesat Kepada Kebanggaan Umat"},"content":{"rendered":"\n<p>Pernah dengar berkenaan orang kata PAS dari akronim Parti Ajaran Sesat? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada dengar kisah lama berkenaan Amanat Haji Hadi yang kemudiannya tanpa gagal, dalam tiap kali PRU akan digunakan sebagai bahan kitar semula kempen musuh PAS, membakar dan menggali semula luka lama bagi menakut-nakutkan pengundi? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan maksud kepada perkataan itu mudah difahami, jika benar-benar menggunakan akal.<\/p>\n\n\n\n<p>Masihkah anda ingat Peristiwa Memali yang sebahagiannya disiarkan di televisyen? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau jika anda belum lahir waktu ia terjadi, pernahkah anda mendengar kisahnya? <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkisar tentang naratif ajaran sesat, ganas yang kononnya dibawa oleh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga ada golongan agama yang menggelarkan PAS sebagai bughah kerana kononnya mati menentang kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak cukup dengan itu, isu kafir mengkafir, solat dua imam adalah antara ramuan politik kotor yang digunakan oleh musuh terhadap PAS setelah mereka gagal berhujah membentengi kemaraan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, benar, ia terkesan kepada ramai orang, terutama yang tinggal di sebelah pantai barat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka digambarkan betapa jahatnya PAS yang menyeleweng dari agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak salah kerana hanya surat khabar dan televisyen yang menjadi rujukan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sahaja pilihan maklumat yang mereka ada waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kedua-duanya dimiliki oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lesen penyiaran yang diberikan kepada pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya monopoli pihak berkepentingan sahaja yang menerima lesen bagi menyiarkan sesuatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak puas hanya di dalam berita, dalam hiburan juga ia bukan lagi diselitkan secara sembunyi, tetapi dituding secara nyata sebagai yang berkopiah, berserban, berjubah, wajib dari golongan yang menyesatkan masyarakat dengan rakus sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang ditandai sebagai watak pengedar dadah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi paling meriah watak golongan agama ini, gila atau kuat seks. <\/p>\n\n\n\n<p>Wanita-wanita mereka sering menjadi mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala pihak lawan PAS, dengan rambut mengerbang dan mengurai, berpasang-pasangan dengan kekasih, tidak dilihat sebagai pendosa, tetapi ditontonkan sebagai pihak yang menjadi mangsa kepada kekejaman golongan berserban dan berjubah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebebasan mereka disekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Persepsi ini melekat selama puluhan tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jenama serban, jubah atau menjalankan usaha dakwah itu sebagai penyamaran sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana Kelantan yang dimenangi oleh PAS pada 1990 dikatakan bakal tersungkur dalam masa tiga bulan? <\/p>\n\n\n\n<p>Segala kemiskinan, kemunduran, hanya berada di Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan pernah orang Perlis mentertawakan Kelantan kerana percaya mereka miskin dan mundur. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan di Kangar sendiri pada awal 1990-an hanya bangunan empat tingkat paling tinggi yang mereka miliki.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak sedikit kebimbangan ibu bapa dari luar Kelantan yang membekalkan beras dan makanan asas kepada anak mereka yang diletakkan belajar di IPTA atau IPTS di Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bimbang anak-anak mereka mengalami kebuluran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, kisah ini benar-benar terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulan yang mudah, Islam itu mundur, kolot, miskin, hina ditambah jika dibawa oleh PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, itu berlaku sekitar puluhan tahun yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang masa itu, PAS tetap istiqamah berjalan tenang dan perlahan, mengatur langkah dengan berhati-hati, meneruskan dakwah, tarbiyah dan juga politik bagi memahamkan masyarakat kehendak Islam, walaupun halangan yang amat perit.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya kebenaran kata-kata allahyarham Dato&#8217; Ustaz Harun Taib, jangan isti&#8217;jal (gopoh) dalam berdakwah kerana ia satu proses yang panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sabar menanti hasil itu amat manis. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS kini diakui bukan sahaja di Malaysia, malahan di dunia luar kerana agenda Islam yang dibawa dan terbukti penuh integriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mendapat kepercayaan rakyat di seluruh Malaysia dengan menang kerusi Parlimen terbanyak.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling tidak kita percayai ialah Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS sedang menunggu kelulusan dari JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan Tafsir al-Tibyan. <\/p>\n\n\n\n<p>KDN bukan mencari kesesatan ajaran dalam tafsir itu, tetapi mereka memeriksa untuk meluluskan tafsir ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan TS Presiden PAS pernah digelar sesat oleh orang dalam kerajaan lama dan baharu melalui peristiwa-peristiwa hitam yang disebutkan di atas.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbukti tohmahan sesat itu hanya usaha bagi menyekat kemaraan PAS sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan satu kebenaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Golongan yang memfitnah beliau dahulu, ada yang sudahpun meninggal dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, nama mereka tidak dikenang pun sebagai pembela agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan TS Presiden PAS kekal mendidik masyarakat masuki tahu ke-50 (semenjak 1976) dengan dua kali khatam kuliah tafsir beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku merasa amat bangga, sekurang-kurangnya terbukti dan bukti itu dibuktikan pula oleh pihak lawan PAS sendiri yang TS Presiden PAS bukan golongan sesat atau penyesat umat dan aku duduk di bawah kepimpinan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu aku teringat kisah Rasulullah yang dituduh sesat, ahli sihir, gila dan berbagai lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, musuh Baginda sendiri yang mengakui Rasulullah itu benar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukti apa lagi yang kamu mahukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah dengar berkenaan orang kata PAS dari akronim Parti Ajaran Sesat? Ada dengar kisah lama berkenaan Amanat Haji<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":24978,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-24977","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24977"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24979,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24977\/revisions\/24979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24978"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}