{"id":25095,"date":"2026-05-25T11:55:50","date_gmt":"2026-05-25T11:55:50","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25095"},"modified":"2026-05-25T11:56:02","modified_gmt":"2026-05-25T11:56:02","slug":"pas-bersatu-perlu-perkukuh-kesepakatan-demi-masa-depan-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/05\/25\/pas-bersatu-perlu-perkukuh-kesepakatan-demi-masa-depan-pn\/","title":{"rendered":"PAS, Bersatu Perlu Perkukuh Kesepakatan Demi Masa Depan PN"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perikatan Nasional (PN) berjaya mencipta momentum tersendiri dalam pilihan raya lalu, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu dan generasi muda yang mengharapkan pendekatan politik lebih stabil, segar dan berteraskan semangat kebersamaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sokongan tersebut membuktikan masih wujud harapan rakyat agar PN berkembang sebagai gabungan yang matang, inklusif dan diyakini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), cabaran utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana parti-parti komponen dalam PN dapat memperkukuh kerjasama politik secara lebih tersusun dan strategik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks ini, hubungan antara PAS dan Bersatu amat penting kerana kedua-dua parti merupakan tunjang utama kekuatan PN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerjasama yang diperkukuhkan lebih awal sebelum pilihan raya mampu memberi banyak kelebihan kepada gabungan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya termasuklah pembahagian kerusi yang lebih tersusun, pengelakan pertembungan sesama sendiri, pengurangan risiko perpecahan undi, serta peningkatan keberkesanan gerak kerja kempen di lapangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengalaman pilihan raya lalu menunjukkan bahawa persefahaman awal antara parti-parti komponen amat penting bagi memastikan jentera dapat digerakkan secara lebih teratur dan fokus. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya rundingan dilakukan lebih awal dan secara harmoni, setiap parti dapat memberi tumpuan kepada kekuatan masing-masing tanpa menimbulkan ketegangan yang boleh menjejaskan keyakinan akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam politik gabungan, kestabilan tidak hanya bergantung kepada kekuatan sesebuah parti, tetapi juga kepada kemampuan semua pihak mengurus perbezaan secara matang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, PAS dan Bersatu perlu mengamalkan pendekatan \u201cbuang yang keruh, ambil yang jernih\u201d demi memastikan agenda besar penyatuan ummah dan kestabilan politik dapat diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS sememangnya mempunyai kekuatan organisasi dan pengalaman luas dalam pengurusan pilihan raya, manakala Bersatu pula mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan pengundi atas pagar serta kelompok profesional dan generasi muda. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gabungan kekuatan ini perlu dimanfaatkan secara kolektif dan bukannya dilihat dalam kerangka persaingan dalaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa yang sama, setiap parti komponen juga perlu diberikan ruang yang seimbang dalam proses membuat keputusan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semangat saling menghormati dan keterbukaan penting supaya PN terus dilihat sebagai gabungan yang inklusif dan stabil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebarang perbezaan pandangan sewajarnya diselesaikan melalui saluran dalaman secara berhikmah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat hari ini bukan sahaja menilai kekuatan sesebuah gabungan melalui retorik politik, tetapi juga berdasarkan kemampuan mengurus konflik, memilih calon berwibawa dan membina kerjasama yang meyakinkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, kerjasama politik yang berkesan perlu berasaskan matlamat bersama seperti memperkukuh kebajikan rakyat, menawarkan pentadbiran yang stabil serta membina alternatif politik yang diyakini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parti-parti dalam gabungan juga perlu mengelakkan polemik berpanjangan terhadap isu-isu sensitif yang boleh merenggangkan hubungan sesama sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan yang lebih tersusun melalui dokumen persefahaman, mekanisme pengurusan konflik dan strategi kempen bersama boleh membantu memperkukuh lagi kesepakatan dalam PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini termasuk penyelarasan jentera pilihan raya, perkongsian sumber dan penetapan strategi komunikasi yang lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, kerjasama politik yang dimeterai lebih awal sebelum pilihan raya memberi kelebihan besar kepada mana-mana gabungan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain membantu meningkatkan peratusan undi, ia juga mampu memberi keyakinan kepada pengundi bahawa gabungan tersebut benar-benar bersedia mentadbir negara secara stabil dan tersusun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atas sebab itu, PAS dan Bersatu perlu terus memperkukuh hubungan serta menilai semula bentuk kerjasama sedia ada demi memastikan PN kekal relevan dan kompetitif menjelang PRN dan PRU akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penambahbaikan dalam gabungan tidak harus dilihat sebagai tanda kelemahan, sebaliknya, sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan daya tahan politik jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya semua pihak kembali kepada semangat asal penubuhan PN, iaitu keterbukaan, kebersamaan dan penyatuan kekuatan politik Melayu-Islam, tidak mustahil gabungan ini mampu terus berkembang sebagai alternatif yang diyakini rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa depan PN bergantung kepada kebijaksanaan semua pihak dalam mengurus perbezaan, memperkukuh perpaduan dalaman dan membina politik yang lebih matang, inklusif serta berorientasikan kestabilan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Dr Nur Ayuni Mohd Isa ialah Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik\u00a0Universiti Putra Malaysia (UPM), Penyelidik Pasca Doktoral, Jabatan Politik dan Pengajian Antarabangsa, Pusat Asia Tenggara (SEAC), SOAS University of London<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) berjaya mencipta momentum tersendiri dalam pilihan raya lalu, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu dan generasi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25096,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[102],"class_list":["post-25095","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-perikatan-nasional","tag-perikatan-nasional"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25095","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25095"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25095\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25097,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25095\/revisions\/25097"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25095"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25095"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25095"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}