{"id":25208,"date":"2026-06-15T12:06:30","date_gmt":"2026-06-15T04:06:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25208"},"modified":"2026-06-15T12:06:33","modified_gmt":"2026-06-15T04:06:33","slug":"ketawa-ayah-chik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/06\/15\/ketawa-ayah-chik\/","title":{"rendered":"Ketawa Ayah Chik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seingat aku, aku pernah lihat sebelum ini, Ayah Chik bertenaga dan gembira dengan keputusan politiknya pada ceramah mengumumkan nama calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu, pada 2009 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau memberikan butiran jelas kenapa beliau memilih Mohd Abdul Wahid Endut berbanding seorang lagi calon PAS yang mengada-ngada dan dikatakan sudah awal-awal lagi mengisytiharkan diri sendiri menjadi calon.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara sebab beliau membuat keputusan itu ialah kerana beliau menunaikan solat istiqarah dan melihat tanda yang jelas untuk memilih Dato&#8217; Mohd Abdul Wahid Endut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan benar, PAS menang dengan majoriti lebih 2000, mengalahkan Ketua Hakim Negara sekarang, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai calon Umno.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia bukan suatu pencapaian yang mudah kerana waktu itu Umno masih kuat dan nama bekas Ahli Parlimen, Allahyarham Datuk Razali Ismail, yang sangat dikenali sebagai tokoh yang disegani. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS ketika itu sedang sembuh dari luka kehilangan negeri pada 2004. Kuala Terengganu kekal bersama PAS sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kali ini dalam ceramah di Tanah Merah, ketika mengumumkan lantikan semula Ketua Pembangkang, Datuk Hamzah Zainudin, Ayah Chik sekali lagi kelihatan bertenaga dan gembira, dengan jelas kedengaran suara ketawa beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketawa gembira itu yang menjadi bunyi gangguan memeritkan kepada musuh PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keputusan itu membuktikan bahawa PAS bukan gila jawatan atau mahu membolot kuasa seorang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia dikongsikan kepada yang layak, apa sahaja amanah dan tanggungjawab bagi perjuangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS juga dilihat dihormati oleh semua komponen PN ( kecuali Bersatu yang tidak berhenti mengkritik) dengan sokongan daripada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lalu dituduhlah Presiden PAS sebagai &#8216;mullah&#8217;, ayatollah dan berbagai lagi gelaran bagi membentuk persepsi negatif gila kuasa kerana keputusan itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi serangan kali ini, bukan datang dari ceplos aras bawah; ia datang dari pimpinan ceplos sendiri yang mungkin sudah tidak mengharapkan ceplos yang tidak mampu lagi melaksanakan tugas menghapuskan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Terengganu, tiada penglibatan Presiden PAS dalam keputusan Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah lagi projek atau apa-apa keuntungan yang dikembalikan kepada beliau kerana mahu mengambil harta rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanah, balak, sumber asli dan banyak lagi, bukan sahaja sekarang, malahan sewaktu beliau menjadi MB, beliau boleh mengambilnya jika beliau benar-benar mullah atau ayatollah. Tetapi ia tidak berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi tuduhan &#8216;mullah&#8217; dan ayatollah hanyalah tuduhan murahan bagi menyatakan betapa bimbangnya melihat gerakan demi gerakan PAS yang semakin diyakini rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semakin teruk PAS dikecam, semakin ramai yang ingin bersama PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gaya menakut-nakutkan PAS ini tidak ada beza dengan suara Chua Soi Lek. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang dilihat di sini, gambaran yang sama juga diluahkan oleh seorang yang pernah menjadi pembantu pemimpin Bersatu, Presiden PAS buat keputusan sendiri, tanpa penglibatan parti-parti lain dalam PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan gabungan PAS dan RESET jelas gabungan terbanyak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau adakah ia satu gerakan bersama bagi golongan yang bimbangkan kemaraan PAS untuk mereka terpaksa melancarkan serangan yang hampir sama ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika benar, ia bermaksud PAS berada di jalan yang tepat untuk mencapai kejayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam waktu difitnah hebat, semalam, bertambah lagi keluarga besar PAS dengan kemasukan belasan figura yang insya-Allah akan memberikan kekuatan tambahan kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tiada takut, mereka tiada percaya bohongan jahat terhadap PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seingat aku, aku pernah lihat sebelum ini, Ayah Chik bertenaga dan gembira dengan keputusan politiknya pada ceramah mengumumkan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25209,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25208","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25208","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25208"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25208\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25210,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25208\/revisions\/25210"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25209"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25208"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25208"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25208"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}