{"id":25388,"date":"2026-07-13T10:17:13","date_gmt":"2026-07-13T02:17:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25388"},"modified":"2026-07-13T10:17:16","modified_gmt":"2026-07-13T02:17:16","slug":"pas-yang-pelik-sudah-tahu-akan-kalah-tetap-bertanding","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/07\/13\/pas-yang-pelik-sudah-tahu-akan-kalah-tetap-bertanding\/","title":{"rendered":"PAS Yang Pelik, Sudah Tahu Akan Kalah, Tetap Bertanding"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS bukan sekadar sebuah parti politik seperti parti-parti lain yang wujud semata-mata untuk menyertai pilihan raya dan merebut kuasa pemerintahan negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara umumnya, PAS bergerak berasaskan tiga paksi utama, iaitu Tarbiyah, Dakwah dan Siyasah (Politik).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiyah ialah mekanisme dalaman jemaah PAS untuk membentuk fikrah, jati diri serta komitmen ahli dan pimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiyah lazimnya bermula dengan usrah, diikuti tamrin mengikut peringkat, seterusnya taklif (pemberian tanggungjawab). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika hendak dihuraikan secara terperinci, penjelasannya agak panjang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan, majoriti ahli PAS sendiri mempunyai tahap penglibatan yang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada yang tidak pernah mengikuti sistem tarbiyah, ada yang mengikutinya separuh jalan, ada yang sekadar mengikut rakan, dan ada juga yang benar-benar memberikan komitmen sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cabang dakwah pula merupakan mekanisme parti atau jemaah dalam membawa risalah Islam berupa ilmu, amal, adab dan akhlak kepada masyarakat melalui pelbagai pendekatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelbagai bentuk dakwah telah dan sedang dilaksanakan dalam pelbagai sektor. Antaranya ialah sektor pendidikan seperti PASTI, SRITI, SMITI dan KIDS, sektor belia dan sukan melalui DACS, sektor kebajikan menerusi Jabatan AMAL, serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping itu, penyampaian ilmu melalui kuliah dan ceramah terus menjadi rutin para pendakwah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cabang siyasah (politik) pula ialah medan yang menguji kekuatan tarbiyah serta tahap penerimaan masyarakat terhadap PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyertaan PAS dalam politik bukan sekadar bertanding dalam pilihan raya, bahkan menjadi Tamrin Umum kepada ahli. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun ramai ahli tidak mengikuti sistem usrah dan tamrin secara formal, pilihan raya menjadi medan latihan sebenar untuk mereka mempelajari cara menyusun organisasi, menggerakkan jentera, mengurus kewangan, mempraktikkan wala&#8217; dan kepatuhan kepada arahan, bekerja secara berjemaah, menyelesaikan masalah, merangka strategi, serta menyampaikan dakwah dan maklumat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah ramai orang di luar PAS kurang memahami mengapa PAS tetap menyertai pilihan raya, malah sanggup bertanding di kawasan yang diketahui sukar untuk dimenangi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain mempunyai strategi tertentu yang ditentukan oleh pimpinan, penyertaan tersebut juga merupakan sebahagian daripada susun atur Tamrin Umum kepada ahli dan penyokong. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika menang, itu merupakan satu bonus. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kalah, PAS tetap memperoleh kemenangan dari sudut tarbiyah kerana berjaya mendidik ahli, khususnya golongan pemuda dan pemudi, sebagai persediaan untuk meneruskan legasi perjuangan pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itulah petugas PAS sentiasa konsisten dan terlatih walaupun berlaku pertukaran ahli serta pimpinan dari semasa ke semasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Latihan tarbiyah bukan sahaja berlaku dalam organisasi, malah diperkukuhkan melalui pengalaman di medan pilihan raya yang penuh dengan cabaran sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah ahli diuji dari segi istiqamah, kesungguhan berusaha dan tawakal kepada Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usrah dan tamrin dalam organisasi hanyalah simulasi dalaman, manakala pilihan raya sebagai tamrin umum merupakan medan sebenar yang mempertemukan ahli, pimpinan dan petugas dengan pelbagai cabaran realistik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya ialah keperluan mematuhi arahan pimpinan, berdepan dengan kecaman pihak lawan, maki hamun daripada cybertrooper upahan, tekanan emosi dan fizikal serta pelbagai bentuk ujian yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan, ia turut menguji keupayaan ahli dan penyokong untuk terus istiqamah dalam beribadah, menjaga solat pada waktunya, menunaikan solat berjemaah, bersedekah serta berbuat baik sesama umat Islam walaupun sibuk melaksanakan tugas-tugas pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, PAS tidak menganggap kekalahan sebagai satu kerugian kerana dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiyah menentukan bagaimana ahli dan pimpinan PAS memberikan reaksi ketika menang atau kalah; sama ada menjadi sombong ketika menang atau hilang pertimbangan ketika kalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiyah PAS mendidik ahlinya supaya kekal tenang, sabar dan berlapang dada kerana kemenangan dan kekalahan merupakan ketentuan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana yang dinyatakan dalam lagu PAS:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>&#8220;Kalah menang bukan alasannya,<\/em><br><em>Biar syahid ataupun kemenangan.&#8221;<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbeza dengan sesetengah parti yang memasuki gelanggang politik semata-mata untuk mengejar kuasa dan jawatan, kekalahan sudah tentu menjadi sesuatu yang amat mengecewakan dan boleh melemahkan semangat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun cuba disembunyikan dengan senyuman atau gelak ketawa, rasa kecewa itu tetap ada. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, PAS terus bergerak seperti air sungai yang mengalir. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila alirannya disekat, ia mungkin terhenti seketika. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, jika sekatan itu berterusan, air akan mula melimpah dan mencari laluan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarbiyah diibaratkan seperti enjin sebuah kereta yang sentiasa hidup. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila lampu isyarat bertukar merah, kereta berhenti, tetapi enjinnya tidak dimatikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila lampu kembali hijau, perjalanan diteruskan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah juga dengan perjuangan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalah dalam pilihan raya hanyalah ibarat berhenti di lampu merah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila tiba masanya, lampu akan kembali hijau dan perjalanan perjuangan akan dilanjutkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh: Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS bukan sekadar sebuah parti politik seperti parti-parti lain yang wujud semata-mata untuk menyertai pilihan raya dan merebut<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25389,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25388","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25388","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25388"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25390,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25388\/revisions\/25390"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25389"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}