{"id":25444,"date":"2026-07-20T10:47:19","date_gmt":"2026-07-20T02:47:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25444"},"modified":"2026-07-20T10:47:22","modified_gmt":"2026-07-20T02:47:22","slug":"biru-mata-hitamku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/07\/20\/biru-mata-hitamku\/","title":{"rendered":"Biru mata hitamku"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menghadapi PRN Negeri Sembilan, agak jelas kekuatan dilihat memihak kepada gabungan baharu yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Melayu Islam iaitu BN dan PN. Gabungan kedua ini telah mula disemai pada PRN Johor dahulu, walaupun dinafikan oleh BN kerana tidak mahu terlalu nyata pakatan ini dilihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua pihak sedia maklum yang usaha untuk menggabungkan PN dan BN telah berjalan semenjak PRU-14 lagi apabila mereka pernah tinggal sebumbung dalam Kerajaan Pusat Muafakat Nasional dan kedua-dua pihak pernah memegang jawatan PM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya sahaja apabila tiba keputusan PRU-15 pada November 2022, usaha gabungan yang sangat hampir berlaku, digagalkan oleh PH dengan berbagai helah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini telah diterangkan oleh Presiden PAS bagaimana ada pihak yang telah berjaya menghalang hasrat pembentukan Kerajaan Pusat yang terdiri daripada BN dan PN. PH berjaya memujuk BN lalu, mereka membentuk kerajaan yang akhirnya dikesali BN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Koalisi politik adalah perlu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam politik, usaha untuk mencari kuasa, kekuatan dan juga sokongan sentiasa bergerak. Ini akan dilakukan oleh semua parti-parti politik yang tahu akan perlunya kekuatan dalam mencapai maksud itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling dicari ialah kekuatan akar umbi seperti mendaftar ahli-ahli baharu dan kemudiannya menubuhkan cawangan. Dengan adanya ahli dan cawangan baharu, penguasaan sesebuah parti politik di kawasan itu terjamin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun usaha lain juga mesti digerakkan seperti mencari rakan koalisi baharu untuk memantapkan lagi kerjasama yang sedia ada. PN contohnya tidak pernah putus asa mengajak Umno, parti Melayu terbesar untuk bergabung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha tidak pernah terhenti bagi tujuan perpaduan yang watak utamanya dimainkan oleh PAS. Malah mana-mana parti yang tidak ekstrem atau menggugat jati diri Melayu dan kedaulatan Islam, pasti diajak sama. Dalam hal ini, DAP dikecualikan kerana sikap mereka terhadap Melayu Islam yang sangat kita maklumi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam politik, jika sesebuah parti itu berjaya membesarkan empayar dan mengurangkan musuh, ia menunjukkan yang parti itu sangat berjaya. Ditambah jika ia sebuah parti yang dominan dalam persada politik setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Wajib ikhlas bukan perlian<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi hubungan ini mestilah diasaskan kepada keikhlasan bagi menjamin hubungan yang berkekalan. Rakyat Malaysia dapat menghidu ada ugutan dan tidak jujur dalam pakatan antara BN dan PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BN dalam masa digunakan sebagai rakan bagi membina kerajaan, sering diungkit-ungkit, diperli sebagai biawak hidup dalam pakatan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terkadang ada pimpinan BN digunakan sebagai pencari deposit sokongan bagi PH dengan berbagai ugutan dan juga hinaan. Jelas dan terang jika kenaikan ekonomi berlaku, PH mengaku ia kerana kepandaian mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan jika ada kegagalan yang terjadi, hatta disebabkan PH sekalipun, maka mereka akan segera mendakwa ia kerana korupnya kerajaan lama, BN dalam mentadbir sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapa yang tidak rasa terhina? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun ternyata BN mempunyai banyak ahli, namun kehadiran mereka sekadar untuk dijadikan anak tangga bagi PH memijak mereka untuk naik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Berani berubah untuk Melayu Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan keberanian BN untuk melepas dan menarik tali ikatan persis si pemancing yang sedang menggulung tali mahu menaikkan ikan besar, ia memberikan satu tamparan hebat ke muka PH. PH terkejut dengan kemenangan besar BN yang dibantu sokongan undi dari ahli-ahli PN di Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Belum sempat kejutan itu hilang, datang lagi kejutan yang lebih besar iaitu BN dan PN telah mengisytiharkan tidak akan bertembung di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan. Isyarat jelas gabungan bagi membentuk Muafakat Nasional 2.0 semakin hampir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlu diakui usaha keras ini dijalankan oleh Presiden PAS tanpa mengenal penat lelah. Hasilnya muafakat ini telah mendatangkan kegusaran yang amat kepada PH. Akibatnya mereka menggelabah dan memulakan kempen yang mengarut bagi tujuan memancing undi, tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka ditertawakan pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua hari lalu, Tony Phua mendakwa Zahid akan menjadi PM jika gabungan ini menang di Negeri Sembilan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini dakwaan PH Najib akan dibebaskan jika BN menang di Johor telah menjadi lelucon. Tiada kaitan langsung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas sekali kegelabahan mereka ini membuktikan yang perpaduan antara Melayu Islam di Malaysia adalah igauan ngeri bagi mereka yang bencikan kaum Melayu dan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada rakyat tidak sedar yang kedua ini adalah tonggak kepada terdirinya Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak zaman berzaman, Melayu Islam inilah yang mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta ini dengan berbekalkan sokongan dari ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggalah datangnya penjajah yang memisahkan agama dan politik, maka Melayu Islam yang mengikut formula ini mula tercicir dari kemuliaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Buktikan ketaatan demi Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga gabungan biru tua dan biru muda ini akan mengalahkan kumpulan merah yang kita sudah dapat mengagak akan kekuatan mereka yang semakin melemah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Negeri Sembilan sekarang ini, golongan biru sudah menjadi tarikan kepada rakyat di sana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasrat dan cita-cita pengundi bagi menyelamatkan Negeri Sembilan dari kekacauan politik dan mengekalkan ia ditadbir oleh Melayu Islam yang lebih adil, sentiasa membara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu ketepikan sebarang prasangka terhadap keputusan pucuk pimpinan PN terutamanya PAS dalam menentukan hala tuju gerakan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketaatan ahli kepada pimpinan wajib diberikan di saat getir sebegini apatah lagi setelah banyak kali dibuktikan bahawa pimpinan kita tidak pernah gagal membawa hasil yang baik sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dengan keputusan siasah yang mereka buat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Birukan mata hitam semua pengundi Negeri Sembilan dihari mengundi nanti, jangan dibiarkan ada merah dan kita kembangkan pula perpaduan ini ke Melaka dan seterusnya ke negeri-negeri lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ingatlah pesan ini dan ia sudah dibuktikan yang PAS secara peribadinya, tidak mahukan jawatan. DS Ismail Sabri pernah mengesahkannya. PAS hanya mahukan perpaduan sesama bangsa dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kerana itu, usaha perpaduan tidak pernah PAS tinggalkan dan sentiasa memaafkan musuh-musuhnya. Musuh tidak akan berdiam diri, jadi jangan kita pula terpengaruh dengan cerita rekaan mereka semasa berkempen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menghadapi PRN Negeri Sembilan, agak jelas kekuatan dilihat memihak kepada gabungan baharu yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Melayu Islam<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25445,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25444","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25444","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25444"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25444\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25446,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25444\/revisions\/25446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25445"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25444"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25444"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25444"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}