{"id":25447,"date":"2026-07-20T11:06:10","date_gmt":"2026-07-20T03:06:10","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25447"},"modified":"2026-07-20T11:06:13","modified_gmt":"2026-07-20T03:06:13","slug":"mengapakah-pas-selalu-kahwin-cerai-dalam-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/07\/20\/mengapakah-pas-selalu-kahwin-cerai-dalam-politik\/","title":{"rendered":"Mengapakah PAS Selalu \u2018Kahwin\u2019, \u2018Cerai\u2019 Dalam Politik?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Soalan ini sangat kerap ditanya oleh rakyat Malaysia, terutama golongan muda. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka melihat kerjasama politik ini bagaikan ikatan sebuah cinta atau perkahwinan yang memerlukan kesetiaan yang kekal abadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah yang sering hadir dalam pemikiran anak-anak muda atau juga orang-orang tua yang tidak faham hakikat sebuah hubungan dalam politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ironinya, tuduhan kaki selingkuh, penyondol, perampas, gila talak, main dua kolam, semuanya ditimbunkan ke atas PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya PAS yang menanggung semua label itu, tiada parti lain. Benarkah begitu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suka saya menulis bagi memahamkan kepada semua yang meminati atau mengikuti arus politik negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada istilah seperti Taj Mahal, Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet, Uda dan Dara dalam ikatan \u2018kasih sayang\u2019 antara parti-parti politik ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka, jelas sekali mempunyai dasar perjuangan berbeza dalam menentukan hala tuju gerakan mereka bagi mencapai maksud akhir pencapaian tertinggi politik mereka iaitu menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan semua dasar atau asas perjuangan itu berlainan, tiada yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika ada yang sama, pastinya mereka bergabung menjadi satu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita tarik ke belakang berkenaan sejarah, kita dapati bagaimana perjuangan itu memerlukan sebahagian yang lain; pastinya semua sudah maklum berkenaan kisah hijrah Rasulullah ke Madinah yang menggunakan Abdullah bin Uraiqi\u2019, seorang bukan Islam, dalam membantu baginda melepasi kepungan Quraisy Mekah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini adalah contoh sirah yang sering dilaungkan berkenaan dengan bagaimana keharusan kita menerima bantuan daripada golongan yang berlainan asas dan kepercayaan aqidah mereka, demi sebuah cita-cita membina sebuah negara Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Tanah Melayu, dinukilkan sejarah bagaimana orang Melayu Islam yang dipimpin ulama pernah bergabung dengan Belanda melawan Portugis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudiannya, Belanda itu pula menjadi musuh Melayu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada pembesar Melayu yang terpaksa menyokong salah satu kongsi Gee Hin atau Hai San kerana kepentingan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melayu Islam juga pernah menyokong Jepun menghambat British, akhirnya terpaksa menerima British sebagai pentadbir di Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ulamak masuk parti politik<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk memahami kenapa PAS dilihat sebagai sebuah parti yang sering bertukar-tukar pasangan politik mereka, kita mesti membaca sejarah politik tanah air, sekurang-kurangnya bermula pada zaman tertubuhnya parti politik Melayu pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun asas kepada KMM ini bukan Islam, namun beberapa nama ulama ada tercatat di dalam senarai keahlian KMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, mantan YDP PAS ke-3, Maulana Nuh dari Kelantan, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Fuad Hassan, YDP PAS pertama dan ramai lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah KMM diharamkan, mereka menyertai pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso, seorang yang berfahaman komunis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr. Burhanuddin kemudiannya dilantik sebagai Presiden PKMM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr Burhanuddin secara perlahan-lahan cuba membentuk sayap agama dalam PKMM. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PKMM pernah bersama parti-parti Melayu lain menyertai Umno, namun keluar kerana tujuan perjuangan Umno dilihat jauh tersasar daripada apa yang PKMM mahukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau bersama Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan beberapa pimpinan PKMM bergabung dengan AMCJA pertubuhan Cina yang diketuai oleh Tan Cheng Lock bagi membentuk gerakan bersama rakyat seramai 600 ribu ahli, mendesak British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui Perlembagaan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka kemudiannya berpecah selepas gagal menekan British. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulama-ulama ini kemudiannya menubuhkan pula Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) sebagai sayap agama PKMM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemuncaknya pimpinan Melayu Islam dalam PKMM ini berjaya menubuhkan sebuah parti politik berasaskan Islam iaitu Hizbul Muslimin (Hamim) pada Mac 1948. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hamim kemudiannya diserang oleh musuh politik mereka dengan fitnah akibat gerakan mereka mendapat sambutan hebat daripada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sokongan rakyat beralih kepada Hamim kerana asasnya Islam, sehingga membawa kepada kebimbangan British. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pimpinan Hamim kemudiannya ditangkap dengan tipu helah, disabitkan sebagai komunis dan pengisytiharan darurat bagi mengaburi mata rakyat. Hamim terkubur kerana ketiadaan pimpinan untuk meneruskan perjuangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Pilih mudarat lebih ringan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekas ulama-ulama Hamim terpaksa memilih antara tiga pilihan penting. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berehat dari politik atau berjuang dalam hutan bersama komunis atau menyambung harapan mereka duduk di dalam Umno, sementara mendapat jalan perjuangan yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majoriti mereka memilih menyertai Umno sementara kerana mudarat yang paling ringan untuk kesinambungan perjuangan politik Islam mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulama-ulama ini nyata berpegang teguh kepada asas Islam dan akan keluar atau bercerai daripada kumpulan yang gagal mendaulatkan Islam sebagai ad-din. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada dua isu besar dalam Umno waktu itu: kutipan dana melalui jualan tiket loteri kebajikan masyarakat yang jelas satu bentuk perjudian yang diharamkan oleh Islam dan isu Natrah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulama yang ada telah membantah hal ini sekeras-kerasnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, pimpinan Umno waktu itu tidak ingin berubah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaik sahaja ulama-ulama ini mendapat ruang terbuka untuk mendirikan jemaah sendiri, pada November 1951, mereka menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya, kemudiannya ditukar namanya kepada Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan keluar dari Umno.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas berjaya didaftarkan, PAS terus melaksanakan strategi-strategi politik bagi mencari ruang Islam didaulatkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parti Negara pimpinan Dato\u2019 Onn pernah bersama PAS, namun Parti Negara terkubur kerana terlalu bergantung kepada Dato\u2019 Onn dan tiada pelapis yang berjaya mengangkatnya semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PAS bergabung kerana Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS bergabung dengan Perikatan yang diketuai Umno pada 1973. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun campurtangan Umno dalam pemilihan MB di Kelantan, serta kekecohan di Kota Bharu, menjadi alasan bagi kerajaan menubuhkan MAGERAN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS terpisah dari Barisan Nasional pada 1978. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, berjaya menerapkan banyak nilai Islam dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian pada 1987 dengan Semangat 46 setelah berjaya mengambil kembali Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka yang beronar untuk berpisah dan akhirnya kembali ke pangkuan Umno setelah Rais Yatim mendakwa jambatan dengan Umno yang dibakar dahulu, telah dibina semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS bersama DAP dan PKR dalam Barisan Alternatif. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DAP memilih untuk berpisah kerana takut tempias 11 September 2001. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DAP kembali bersama dalam Pakatan Rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PKR melaksanakan rancangan memfitnah TS Khalid Ibrahim menerusi Langkah Kajang dan kemudiannya menjadi pencetus kepada perpecahan PR.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersatu pula bersama PAS berjaya mendirikan sebuah kerajaan pusat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah bertahun-tahun, mereka mengkhianati PAS dengan peristiwa di Perlis dan Negeri Sembilan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno pula memilih PH sebagai rakan kongsi untuk mendirikan Kerajaan Pusat seusai PRU-15, di mana sebelum itu telah bersama PAS dalam MN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah nasib PAS, sentiasa terbuang kerana mempertahankan prinsip Islamnya yang sangat utuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bukan omong kosong kerana hanya kerajaan yang ditadbir PAS yang tiada kes salah laku. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS dengan cara Islam, tidak pernah meletakkan syarat untuk mengejar jawatan apa jika gabungan menang walau mempunyai banyak kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli PAS sentiasa taat membantu parti rakan jika bersama kerana diarahkan pimpinan, tanpa bantahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Tiada parti boleh perintah berseorangan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya semua parti politik di Malaysia memerlukan gabungan dengan parti lain bagi mendirikan sebuah Kerajaan Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno parti paling dominan hanya pernah direkodkan sekali sahaja melepasi bilangan kerusi majoriti mudah pada tahun 1964 dengan menang 59 kerusi daripada 104.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah itu, tidak pernah ada parti secara berseorangan yang memenangi kerusi melepasi bilangan majoriti mudah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua parti pernah bergabung, lantas membuktikan betapa perlunya pernikahan politik bagi membentuk Kerajaan Pusat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, fahamkah anda semua kenapa PAS bernikah dan bercerai dalam politik? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan anda juga kena tahu yang banyak parti-parti lain juga bernikah dan bercerai dalam politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya mereka tidak diserang sebagaimana PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masih relevankah tuduhan sebegitu hanya kepada PAS? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS jelas tidak pernah menukar prinsip Islamnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukti mudah, tidak pernah ada muslimat atau Ameerah PAS membuka aurat mereka semata-mata mahu menarik pihak lain datang kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, wanita mereka yang terpaksa berpakaian sopan, bertudung jika mahu berkawan, tanda hormat kepada prinsip Islam PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan walaupun PAS dituduh jahat, khianat, namun setiap kali PRU, pasti ada parti politik akan mencari PAS untuk bergabung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana mereka tahu betapa baiknya PAS melayan rakannya kerana Islam. Nampak tak?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Soalan ini sangat kerap ditanya oleh rakyat Malaysia, terutama golongan muda. Mereka melihat kerjasama politik ini bagaikan ikatan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25448,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25447","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25447"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25447\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25449,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25447\/revisions\/25449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}