{"id":25544,"date":"2026-08-08T15:08:06","date_gmt":"2026-08-08T07:08:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25544"},"modified":"2026-08-08T15:08:09","modified_gmt":"2026-08-08T07:08:09","slug":"pru-16-mana-lagi-anwar-nak-lari-mujahid-dan-rci-nya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/08\/08\/pru-16-mana-lagi-anwar-nak-lari-mujahid-dan-rci-nya\/","title":{"rendered":"PRU-16: Mana Lagi Anwar Nak Lari? Mujahid Dan RCI nya?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agak tertarik dengan dua isu terbaharu ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu mengenai kedudukan kerusi PMX, Tambun yang dikatakan sangat goyah sekarang ini oleh pakar dari universiti dan juga isu RCI Tabung Haji yang diulas oleh mantan Menteri Agama, Dr Mujahid Yusof Rawa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling menarik berkenaan isu bonus haram yang diterima oleh pengguna. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasanya mungkin boleh dirangkumkan kedua isu ini dalam satu penulisan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita kupas berkenaan Mujahid dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dilaporkan terkejut kerana penipuan duit umat Islam dalam laporan RCI itu masih belum dipanggil sakau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dipercayai membalas kenyataan YB Dr. Akmal Salleh yang bertanyakan di mana dalam laporan itu menyebut wang TH telah disakau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wujud dalam laporan itu beberapa cadangan oleh panel RCI yang mendapati ada kelemahan serius dana salah urus, gagal memantau yang membuka ruang kepada penyelewengan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mujahid juga kecewa kerana walaupun mengalami kerugian, TH tetap membayar dividen yang tinggi dan ia dibolot oleh sesetengah daripada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Mujahid, bonus sebegini adalah haram kerana melanggar undang-undang dan tidak membuat kiraan yang betul, jadi tiada maruah sebagai seorang Islam yang berasa gembira dengan bayaran dividen yang tinggi itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mujahid dilihat mengeluarkan kenyataan itu sebagai tindak balas kepada mereka yang menuduh beliau menjual aset-aset TH sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang masanya bagi beliau untuk membuktikan dirinya mempunyai integriti yang tinggi, amanah, rahmatan lil alamin, bukan sebagaimana yang dituduh oleh para pembencinya yang cukup ramai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS dengan melalui Ketua Penerangannya bersetuju supaya kes sebegini jangan disapu di bawah karpet. Terus jalankan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Berapa RCI telah dibuat, berapa yang didakwa?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, jika kebagusan beliau dalam hal ini tidaklah lagi mencukupi kerana bukti-bukti di mahkamah masih belum dibentangkan lagi atau dalam bahasa mudahnya, selagi tiada perbicaraan, maka kes ini hanyalah di awan-awangan sahaja; tiada siapa yang bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak sedikit kes-kes sebegini akhirnya tidak berjumpa dengan pelaku sebenar dan hanya kambing-kambing yang berkeliaran berwarna hitam sahaja yang ditangkap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RCI kerugian BNM 1992 yang dikatakan melibatkan PMX menjadi satu contoh klasik di mana tiada pesalah dari kalangan politikus yang didakwa dan dihukum, tetapi wang rakyat tetaplah hangus berbilion-bilion ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga RCI Teoh Beng Hock yang diperjuangkan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, RCI ini hanyalah sebagai bahan kempen bagi menuding jari kepada sesiapa sahaja tanpa dibicarakan kerana jika dibicarakan, jatuh hukum, bahan kempen hanya setakat itu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk rekod, kira-kira 15 RCI telah dibuat sebelum ini dan hanya satu yang ada pesalah secara khusus, iaitu Tan Sri Rahim Noor kerana menumbuk DS Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, RCI seperti Projek IC di Sabah, Teoh Beng Hock, Forex BNM, VK Linggam, Pulau Batu Putih, tiada yang didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan PH sendiri yang melalak menyatakan mahu RCI ditubuhkan, apabila berkuasa, tidak juga menggali semula kes-kes ini, sedangkan merekalah yang telah mendakwa berlaku penyelewengan termasuk Skandal BMF. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, Mujahid jika benar mahu melaksanakan keadilan, beliau juga perlu fokus kepada isu-isu lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang beliau perlu lakukan antaranya ialah mempertahankan hak Ahli-Ahli Parlimen yang disekat oleh PMX sehinggakan Ahli Parlimen mereka sendiri turut dikenakan tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini contoh kezaliman kerana menafikan hak sebagai seorang wakil yang dipilih oleh rakyat secara sah menurut perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ironinya, sewaktu Mujahid menjadi menteri juga, beliau tidak pernah memperjuangkan hak-hak ini. Diam seribu bahasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya memilih isu untuk diperjuangkan; jika terkena pada diri, maka bangunlah dia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ke mana PMX pada PRU-16 nanti?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PMX, sosok yang kita kenali sebagai seorang calon yang tidak tetap kawasan Parlimennya semenjak keluar dari Umno. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Permatang Pauh, Port Dickson dan terakhir, Tambun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ketiga-tiga kawasan ini, Tambun adalah yang majoritinya paling nipis dengan hanya memperoleh sebanyak 3,716 undi sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itupun beliau bernasib baik kerana ada pertindihan calon yang menyebabkan undi Faizal Azumu berpecah dengan banyaknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tidak, PMX akan kalah kepada lawan yang berkelulusan SPM sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meneliti langkah berani PN dan BN bergabung dalam dua PRN lalu, penganalisis politik dalam satu artikel di Malaysiakini berpendapat bahawa jika ia berterusan sehingga PRU-16, maka Tambun bukan lagi menjadi milik PH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kiraannya sangat jelas dan mudah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi kita boleh jangkakan yang PMX akan sekali lagi terpaksa membawa diri ke satu kawasan yang selamat bagi survival politik beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lemah sungguh PMX, selalu ditolong orang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan sahaja kerusi Tambun, tetapi jauh dari itu, jangkaan pakar, PKR sahaja mungkin akan kehilangan sehingga 17 kerusi daripada 28 kerusi yang menyebabkan mereka berada 20 tahun ke belakang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selangor turut menjadi sebutan hilang dari genggaman mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi keseluruhan negara pula PH turut terkesan dengan anggaran pencapaian PKR ini dengan jangkaan kehilangan 37 buah kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya DAP yang dijangka kehilangan hanya tiga kerusi di kawasan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Corak pengundi boleh dibaca iaitu Melayu Islam jelas menolak DAP dengan peratus yang hampir sama apabila pecahan kedua undi PN dan BN pada PRU-15 dahulu, kembali kepada PN-BN, mengalahkan calon-calon PH baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perpindahan undi ini didakwa berlaku dengan sempurna atas isu yang dibangkitkan seperti sentimen anti-DAP dan kegagalan Kerajaan Madani dalam memperbaiki hidup rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan akhir ialah PN-BN boleh mengumpul 122 kerusi, tanpa dicampur kerusi dari Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>&#8216;Malaikat Maut dan keranda&#8217; politik PH<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan Nurul Izzah, anaknya sendiri, sudah mahu melarikan diri dari politik yang agak mustahil untuk difikirkan, kenapa anak yang berjuang puluhan tahun membela papanya mengangkat kaki tanpa ada alasan yang sangat kukuh?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bau kemusnahan PKR mungkin sudah dihidu Nurul Izzah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya langau PKR sahaja yang masih mengharapkan bau tahi itu adalah tonik mujarab bagi kemenangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi DS Anwar, larilah ke manapun, kematian politik bagi PH sedang menanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Malaikat maut\u2019 politik itu ada di seluruh Dun dan Parlimen, sedang menunggu masa dan ketika untuk mencabut ruh politik PH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan \u2018Malaikat maut\u2019 politik itu ialah penyatuan ummah Islam dan Melayu di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia bukan rasis, tetapi mahu menyedarkan umat bahawa seruan perpaduan telah diseru oleh Rasulullah sejak lama dahulu kerana ia adalah kekuatan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kafan politik PKR sedang ditenun, keranda politik mereka juga sudahpun disiapkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya menunggu paku terakhir untuk dipasakkan ke keranda sebelum dihantar ke tanah perkuburan politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah\u2026..<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agak tertarik dengan dua isu terbaharu ini. Satu mengenai kedudukan kerusi PMX, Tambun yang dikatakan sangat goyah sekarang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25545,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25544","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25544","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25544"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25544\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25546,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25544\/revisions\/25546"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25545"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25544"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25544"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25544"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}