{"id":25564,"date":"2026-08-12T12:08:57","date_gmt":"2026-08-12T04:08:57","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25564"},"modified":"2026-08-12T12:09:00","modified_gmt":"2026-08-12T04:09:00","slug":"pembedahan-elektif-yang-boleh-jadi-elak-tif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/08\/12\/pembedahan-elektif-yang-boleh-jadi-elak-tif\/","title":{"rendered":"Pembedahan Elektif Yang Boleh Jadi \u2018Elak\u2019-tif"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semalam Sidang Parlimen menjadi gamat kerana sidang khas bagi membincangkan isu RCI Tabung Haji yang didakwa kerugian berbilion ringgit itu, tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PMX tidak hadir kerana menjalani pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembangkang kemudiannya melalui Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, telah mencadangkan kepada Speaker agar sidang khas itu ditangguhkan bagi menunggu PMX sihat dan membentangkan sendiri laporan RCI itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini kerana di pihak pembangkang, mereka juga mahu menyertai perbahasan dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan itu ditolak oleh Speaker dan pembentangan tetap dilakukan oleh Menteri Agama dan ditutup oleh Menteri Kewangan II.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Afnan Hamimi, mendakwa pembentangan itu tidaklah lebih daripada sekadar sidang akhbar sahaja kerana ketiadaan PMX untuk menjelaskan secara terperinci. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, bagi pembangkang, ia tidak berguna. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS tegasnya akan menyokong segala penambahbaikan untuk Tabung Haji, tetapi ia perlu dibahas dengan kehadiran PMX.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut maksud bagi perkataan pembedahan elektif itu ialah pesakit yang memilih sendiri tarikh rawatan kerana ia bukanlah rawatan kecemasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, rakyat mula bertanya kenapa PMX memilih tarikh itu yang juga berselang sehari dengan tarikh lahir beliau untuk pembedahan yang tidak penting dan segera?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan sebelum ini beliaulah yang paling lantang mendakwa berlaku penyelewengan dalam TH ketika berkempen pilihanraya di Negeri Sembilan tempoh hari. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Padahal kata pembangkang, laporan itu sepatutnya \u2018embargo\u2019 iaitu tidak boleh disiar atau dimaklumkan kepada umum sebelum selesai pembentangan di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nampaknya laporan RCI TH itu bertujuan sebagai bahan kempen PH sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila mahu diperdebatkan, PMX yang mengelak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbagai persoalan lain turut dibangkitkan, seperti kenapa laporan itu telah terperap selama beberapa tahun tanpa ada tindakan oleh Kerajaan Madani.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semuanya terjadi secara tiba-tiba, berkebetulan apabila BN mengisytiharkan \u2018berkawan\u2019 dengan PN yang PAS menjadi tonggaknya, PH segera mahu memperlihatkan laporan ini kepada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nampak seperti ada unsur-unsur mengugut kepada BN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih melucukan, PAS dibelasah dengan begitu padu oleh PH, termasuk juga Rafizi, bekas Menteri Ekonomi yang sentiasa dengan formulanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seluruh Malaysia tahu yang PAS tidak terbabit langsung dengan ketirisan ini, namun kerana PH serba salah mahu menyebut BN, rakan penyelamat Kerajaan Madani, sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian TH ini atau kaki sakau, maka PAS dijadikan \u2018punching bag\u2019 kerana PAS berkawan dengan BN sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut dimasukkan sekali dalam perbincangan oleh Menteri Agama ialah bekas Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri yang dikatakan telah menamatkan kontrak CEO TH, tanpa justifikasi yang betul. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka kelihatanlah RCI TH ini telah menjadi isu yang terpalit kepada semua pihak, kecuali PH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidaklah payah untuk memahami kenapakah serangan menggila ini diarahkan; ia tidak lain hanyalah bagi menghadapi PRN Melaka dan juga PRU-16 yang tidak lama lagi akan habis tempoh penggal pemerintahan mandatorinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas dan nyata jika BN dan PN sekali lagi bergabung sepertimana di Johor dan Negeri Sembilan, hasilnya amat terang sekali bahawa PH bakal melingkup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang pensyarah dari IPTS menjangkakan, momentum gabungan PN dan BN ini boleh menjadi maksima dengan keduanya bakal menang kerusi melebihi majoriti mudah iaitu 122 daripada 222 keseluruhan kerusi Parlimen tanpa bantuan dari GRS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketakutan itu amat jelas kerana kehilangan kuasa sangat perit untuk ditanggung oleh PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dek terlalu banyak lagi janji yang belum tertunai kepada rakyat, ditambah kebencian menerusi politik identiti yang telah ditunjukkan oleh pengundi terutamanya Melayu Islam, PH sedar yang ini adalah \u2018do or die battle\u2019 bagi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada apa lagi yang boleh mereka tawarkan kepada marhaen kerana sikap memilih agama dan bangsa oleh rakyat ketika mengundi sangat tebal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masa sudah melampaui had untuk PH yang masih menyalahkan BN bagi semua kegagalan menunaikan janji-janji mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keadaan mereka sendiri, kelihatannya tiada hala tuju yang jelas, menambah hutang negara, rakyat tidak lagi melihat BN sebagai najis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, PH-lah sekarang yang diyakini menjadi beban kepada negara. Jadi, memilih untuk menyerang semua pihak dan menuding jari kepada orang lain atas kegagalan TH ini adalah cara yang difikirkan terbaik oleh PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan Madani tetap melukut kuasa daripada BN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa persoalan utama inilah yang menjadikan rakyat terfikir adakah pembedahan itu sememangnya elektif atau menjadi alasan untuk PMX &#8216;elak&#8217;-tif daripada soalan pembangkang di Parlimen?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam Sidang Parlimen menjadi gamat kerana sidang khas bagi membincangkan isu RCI Tabung Haji yang didakwa kerugian berbilion<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25565,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25564","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25564","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25564"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25564\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25566,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25564\/revisions\/25566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25564"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25564"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25564"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}