{"id":25695,"date":"2026-09-18T16:27:46","date_gmt":"2026-09-18T08:27:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=25695"},"modified":"2026-09-18T16:27:49","modified_gmt":"2026-09-18T08:27:49","slug":"rozi-tersepit-atau-tidak-sedar-umno-terengganu-tidak-relevan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2026\/09\/18\/rozi-tersepit-atau-tidak-sedar-umno-terengganu-tidak-relevan\/","title":{"rendered":"Rozi Tersepit, Atau Tidak Sedar Umno Terengganu Tidak Relevan?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya melihat Dato\u2019 Rozi Mamat, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, sekarang ini amat tersepit dan tertekan dengan keadaan politik di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebalik kenyataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh beliau, yang terjadi ialah beberapa orang lama Umno Terengganu pula seperti menjadi pemain utama yang sibuk bercakap dengan nada-nada menolak dan memberikan persepsi negatif terhadap penyatuan ummah anjuran PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika semua mata sedang memerhatikan Melaka sebagai negeri yang bakal terbubar kerajaannya pada Disember ini dan mungkin akan mengadakan PRN lebih awal, Umno Terengganu tiba-tiba muncul dengan sindiran dan kenyataan yang menongkah arus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepertinya naluri mereka sudah dapat mengesan berkaitan dengan perkiraan berkeras yang disebut oleh Ketua Menteri Melaka berkenaan pembahagian kerusi di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno Terengganu cepat-cepat memotong jalan, takut matematik serupa terjadi di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidaklah mereka menyalahkan atau menegur KM Melaka kerana babil dengan perbincangan pembahagian kerusi itu, sebaliknya mereka segera membuat serangan kepada PAS Terengganu yang mereka kononnya pernah dizalimi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah pemikiran yang sudah lapuk masih diguna pakai dalam Umno Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka di sinilah saya melihat Dato\u2019 Rozi tersepit dengan adanya tokoh-tokoh lama Umno Terengganu yang dilihat bagai mengajar dan mengawal Dato\u2019 Rozi untuk bertindak, bak boneka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedang beliau dilantik Presiden Umno menerajui Umno Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Masih bermimpi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa saya berpendirian begini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana apa yang diluahkan oleh bekas pimpinan tertinggi Umno Terengganu itu benar-benar ketinggalan, tidak berpijak di bumi, sepertinya tiada diberikan kepada mereka info berkenaan dapatan politik terkini di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hairan kerana mereka begitu yakin dengan data yang tidak mereka hadamkan sepertimana yang disebut oleh Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sewaktu berpidato menyokong ucapan dasar Presiden Umno baru-baru ini mendakwa yang rakyat kembali menyokong Umno apabila saluran muda di Negeri Sembilan dan Johor sokong Umno, sapu bersih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu mudah kesimpulan dibuat dalam satu perhimpunan terbesar parti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika begini, apalah yang kita harapkan untuk mereka ikhlas kepada rakyat jelata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pihak manakah yang mahu beliau gula-gulakan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukankah semua tahu bahawa kejayaan di Johor dan Negeri Sembilan adalah hasil kerjasama BN dengan PAS dan PN untuk mengalahkan PH? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Betapa Presiden PAS sendiri mengarahkan ahli-ahlinya mengundi BN?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk makluman ringkas kepada Umno Terengganu khusus kepada pimpinan mereka yang galak menyebarkan persepsi negatif penyatuan ummah, bagi menyukarkannya, sebenarnya Umno di Terengganu sudah tidak relevan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Data-data daripada keputusan pilihan raya jelas menunjukkan pola pengundian yang menolak Umno secara perlahan-lahan berlaku dengan jelas di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Undi PAS sentiasa meningkat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita mulakan pada tahun 1978, sewaktu PAS kalah di semua kerusi yang menjadikan DUN Terengganu kali pertama tiada pembangkang, PAS telah bangkit selepas itu dengan hebatnya pada tahun 1982, menang lima kerusi melalui lima anak muda yang berjaya mengubah landskap politik Terengganu. 500 peratus kenaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita akui 1986, keadaan tidak seperti yang diharapkan walaupun peluang begitu besar, hanya menang dua kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi, pada 1990, PAS kembali menggegarkan DUN dengan lapan Adun, peningkatan 400 peratus, dan dibantu oleh dua lagi kerusi dari S46.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">1995, kerusi PAS tujuh, terlepas satu dan pada 1999, PAS menang 28-4 negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun 2004, tidak dapat disangkal oleh semua bahawa ada hal yang luar biasa dalam PRU-11 dan PAS kalah, tinggal hanya empat kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi, statistik menunjukkan bahawa undi PAS hanya berkurang secara minimal dan terdapat kenaikan mendadak peratusan pengundi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Undi BN bertambah purata tujuh ribu di setiap parlimen (Kuala Terengganu 14 ribu) tanpa ada isu besar, mengejutkan banyak pihak dengan keadaan mengundi di Selangor menjadi kacau apabila ia dilanjutkan sehingga dua jam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS jelas terus mendapat tempat di hati rakyat dengan menambah 100 peratus kerusi pada 2008 kepada lapan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meningkat hampir 100 peratus pada 2013 dengan jumlah kerusi menjadi 14. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 2018, kerusi PAS menjadi 22, berjaya kuasai negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang menarik, undi popular PAS menjadi 51 peratus mengatasi BN dan PH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah berjaya menunaikan janji-janji manifesto, PAS pada 2023 sekali lagi berjaya mempertahankan Terengganu dengan menyapu bersih semua kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala undi popular pula meningkat menjadi 70 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sini, keputusan menunjukkan undi anak muda datang mencurah-curah kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak cukup dengan itu, dua PRK Kemaman dan Kuala Terengganu mengesahkan lagi sokongan terhadap PAS oleh rakyat Terengganu dengan peningkatan majoriti, walaupun peratusan pengundi jatuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Rozi mesti laksanakan penyatuan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya percaya statistik yang jelas ini disedari oleh Dato\u2019 Rozi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sepatutnya merasa malu jika cuba menidakkan kecerdikan rakyat yang sekarang ini begitu senang mendapat maklumat ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara Dato\u2019 Seri Razif tidak mahu mengaku dan masih cuba dengan sedayanya mahu menggunakan statistik penyedap hati mereka dengan kesimpulan mudah, menang di Negeri Sembilan dan Johor, orang muda sokong Umno. Kasihan sungguh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, saya cukup yakin yang Dato\u2019 Rozi adalah tersepit dengan menghormati orang tua dalam barisan kepimpinan beliau atau menghormati rakyat yang sedang dahagakan penyatuan ummah yang sangat baik tajaan PAS ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat mempercayai PAS tidak berkhianat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat menyakini PAS boleh menerajui. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat dambakan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang akan membentuk jati diri Melayu Islam di Malaysia ini tanpa mengenepikan hak-hak kaum dan agama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia sudah terbukti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dato\u2019 Rozi hanya perlu menguatkan diri untuk mengetepikan golongan tua dalam Umno Terengganu yang sudah tidak produktif sebegini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, saya tabik kepada sikap Dato&#8217; Seri Idris Jusoh yang tidak mencampuri pentadbiran negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Payah jika serangan oleh pimpinan lama Umno kepada PAS hanya tertumpu kepada serangan peribadi dan fitnah, seperti kisah mandi bogel dalam kolah masjid, diulang fitnah zaman Pak Kaduk, kemudian mendakwa PAS yang fitnah dan berkhianat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insya-Allah penyatuan ummah yang diasaskan kepada Islam ini akan melahirkan negeri dan negara yang hebat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dato\u2019 Rozi adalah salah seorang pemangkin itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya percaya anak muda dalam Umno sudah muak dengan pimpinan lama Umno.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya melihat Dato\u2019 Rozi Mamat, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, sekarang ini amat tersepit dan tertekan dengan keadaan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":25696,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-25695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25697,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25695\/revisions\/25697"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}