{"id":2653,"date":"2020-09-26T15:58:44","date_gmt":"2020-09-26T15:58:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2653"},"modified":"2020-09-26T15:58:46","modified_gmt":"2020-09-26T15:58:46","slug":"jangan-khianati-muafakat-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/26\/jangan-khianati-muafakat-nasional\/","title":{"rendered":"Jangan Khianati Muafakat Nasional"},"content":{"rendered":"\n<p>Pertama sekali perlu disebut bahawa rakyat awam keliru apabila banyaknya \u2018nasional\u2019; Muafakat Nasional, kemudian Perikatan Nasional, sebelumnya sedia ada Barisan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah kedengaran cacamarba bagi mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>Sesuatu yang normal bagi penekun politik belum tentu tidak abnormal bagi kebanyakan marhaen di bawah sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Melainkan ada niat politik yang boleh jadi bahan untuk saling meragui di samping keahlian yang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Muafakat Nasional jelas dan kukuh dengan piagamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbentuk daripada kesedaran tentang perlunya ummah ini bersatu agar tidak diinjak-injak oleh golongan yang masih bernyala citra komunismenya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suatu citra yang berhasrat meruntuhkan Islam dan ketuanan Melayu\/Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS memang sekian lama berusaha agar ummah ini bersatu dalam satu wadah yang selaras dengan kehendak Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala UMNO pula mula belajar daripada ketewasannya setelah melihat Melayu\/Islam diperkotak-katikkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mujurnya UMNO tidak lama berstatus pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mujurnya apabila UMNO belum cukup diajar bagaimana seksanya menjadi parti politik yang tiada kuasa di peringkat pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin UMNO tak sempat jelira dengan kepedihan sepertimana yang PAS rasa selama berdekad-dekad.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar masa tak sampai 5 tahun apalah sangat.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu hanyalah tempoh termenung sahaja setelah monyok kebingungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesingkat 22 bulan memungkinkan manusia mudah lupa daratan. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah memakbulkan doa pemimpin dan penyokong PAS dan UMNO dalam Perhimpunan Perpaduan Ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak sampai musim matang, kerajaan PH tumbang dalam keadaan yang tidak pernah terfikirkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya nikmat kembali menjadi kerajaan ini wajib kita syukuri.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa tidaknya; Allah beri semula kuasa kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah selamatkan agama, bangsa dan tanah air kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sejauh manakah kita semua menghargai? <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah ada kuasa, kita mula tidak berpuas hati sesama sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mula mengusik dan mengasak.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecurigaan berputik masam di celah dahan pemuafakatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila masing-masing tidak terpilih menjadi menteri dan bos GLC, kita sudah mula mencongak strategi sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebolehnya kita mahu kembali kepada kegagahan dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menguasai segala-galanya serta mendapat apa sahaja yang diburu.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya sekarang, benarkah kita bermuafakat demi ummah?<\/p>\n\n\n\n<p>Atau sekadar agenda peribadi berkolaborasi dengan nafsu sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Ummah ingin melihat pemimpin yang jujur berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru pemimpin UMNO, PAS dan BERSATU perlu ikhlas demi melihat pemuafakatan terbina kukuh berpasak dan kekal di atas paksinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kepentingan bersifat peribadi dan puak menjadi keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbezaan ideologi dan fikrah memang tidak dapat dinafikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi persamaan hendaklah menjadi titiktemu manakala jurang perbezaan perlu ditiruskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Situasi kerajaan dengan majoriti yang amat tipis kini mengundang pelbagai kemungkinan.<\/p>\n\n\n\n<p>Para Ahli Parlimen apabila mendapat tawaran lumayan atau sekurang-kurangnya selamat daripada segala pertuduhan, mereka boleh melompat ke kiri atau ke kanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Individualistik boleh mempersetankan perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Materialistik menidakkan kejujuran.<\/p>\n\n\n\n<p>Umpama ikan di air sekilas dipandang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jantan betinanya tidak mudah untuk disembunyikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Muafakat Nasional mesti dipupuk agar sentiasa sihat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah ketidakikhlasan dan pengkhianatan itu umpama panau dan campak.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarkan simptom menzahirkan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Senang dicari ubat berantibiotik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kuman dan virus dapat dinyahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak guna bertempek merosakkan badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelak meracau makan tak habis.<\/p>\n\n\n\n<p>Digigit polong dihasut iblis. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayang Di Air,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertama sekali perlu disebut bahawa rakyat awam keliru apabila banyaknya \u2018nasional\u2019; Muafakat Nasional, kemudian Perikatan Nasional, sebelumnya sedia<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2654,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-2653","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2653"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2655,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2653\/revisions\/2655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}