{"id":2719,"date":"2020-09-29T11:46:02","date_gmt":"2020-09-29T11:46:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2719"},"modified":"2020-09-29T11:46:04","modified_gmt":"2020-09-29T11:46:04","slug":"muafakat-anak-muda-penentu-kemenangan-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/29\/muafakat-anak-muda-penentu-kemenangan-pru\/","title":{"rendered":"Muafakat Anak Muda Penentu Kemenangan PRU"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum berkenaan komunikasi media sosial yang berlaku di antara dua sahabat saya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) Datuk Dr. Asyraf Wajdi bin Dato&#8217; Dusuki dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA) Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemuda PAS menghormati pandangan dan perspektif yang diutarakan oleh keduanya dan melihat perkara sebagai sebahagian daripada proses kematangan dalam permuafakatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam usaha membentuk kesatuan yang kuat, sebuah kumpulan akan melalui 4 fasa utama iaitu forming (pembentukan), storming (pergeseran), norming (pembiasaan) dan performing (pencapaian kecemerlangan) dan kita sedang melalui fasa ke-2.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua tokoh pemuda ini bukanlah insan yang biasa-biasa, masing-masing memiliki kekuatan dan kehebatan yang tersendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehebatan ini menjadi ketakutan yang dilihat oleh musuh politik seperti DAP dan sekutunya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tokoh-tokoh anak muda ini boleh bersama dan bermuafakat secara matang, nescaya manfaatnya adalah untuk rakyat Malaysia, dan Pemuda PAS sentiasa mendokong perkara ini sebagai keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemuda PAS dengan rendah hati mencadangkan perkara-perkara berikut kepada sahabat saya dan seluruh pemuda untuk berhadapan dengan cabaran fasa ke-2 ini iaitu:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">1. Kembali fokus kepada tujuan penyatuan dan permuafakatan dibawah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">2. Kembali ke meja perundingan dalaman melalui platform Mesyuarat Pemuda Muafakat Nasional<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">3. Memberi kepercayaan kepada tampuk kepimpinan tertinggi parti masing-masing dalam apa jua keputusan yang dicapai<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">4. Mengelak untuk mengulas dan membicarakan berkenaan isu-isu sensitif yang melibatkan parti komponen MN dan PN khususnya di medan social<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">5. Memainkan peranan untuk menenangkan pemuda-pemuda dan memperkukuh gerak kerja pilihanraya bagi memenangkan MN dan PN dalam PRU akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suka Pemuda PAS mengingatkan bahawa rakyat Malaysia khususnya anak muda meletakkan harapan yang tinggi kepada MN dan PN untuk mengemudi Malaysia kearah kecemerlangan terutama dalam tempoh yang serba mencabar ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, memperkukuh muafakat mesti menjadi agenda utama semua parti dan mengelak pertelingkahan secara terbuka serta membuka pekung didada yang akhirnya menghakis keyakinan rakyat kepada MN dan PN. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ini membuka ruang kepada musuh untuk terus melaga-lagakan kita dan seterusnya lebih buruk merampas semula tampuk pemerintahan negara yang sedang berada ditangan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah itu yang kita mahukan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir sekali, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Mohd Noor atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga pelantikan YAB dapat membawa suatu harapan dan perubahan buat negeri Sabah di Bawah Bayu dan menjadi pemangkin kepada kemenangan Perikatan Nasional dalam PRU yang akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ir. Khairil Nizam Khirudin<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum berkenaan komunikasi media sosial yang berlaku di antara dua sahabat saya Ketua<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2720,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-2719","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2719","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2719"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2719\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2721,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2719\/revisions\/2721"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2720"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}