{"id":2725,"date":"2020-09-29T17:00:29","date_gmt":"2020-09-29T17:00:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2725"},"modified":"2020-09-29T17:00:31","modified_gmt":"2020-09-29T17:00:31","slug":"umat-islam-mesti-dipimpin-orang-beriman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/29\/umat-islam-mesti-dipimpin-orang-beriman\/","title":{"rendered":"Umat Islam Mesti Dipimpin Orang Beriman"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umat Melayu-Islam seharusnya merasa malu kepada Allah S.W.T ketika tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara ini diambil alih dan didominasi oleh golongan bukan-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara tersebut menjadi ujian ke atas umat ini yang berlaku selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan, sedangkan 70 peratus dari jumlah penduduk negara ini adalah terdiri dari kaum Melayu-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyuarakan muhasabah tersebut pada Pelancaran Munajat AKIFI Parlimen Indera Mahkota di Masjid Qariah Balok, di sini kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, Allah menjadikan acuan kepimpinan ke atas umat Islam mestilah diterajui oleh orang beriman yang ada kasih dan cinta kepada Allah sebagaimana umat dahulu dipimpin Nabi dan Rasul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi jika sebaliknya jelas beliau, umat Islam akan mengalami kehinaan ditindas musuh yang tidak henti menyerang sama ada secara sembunyi mahupun terbuka seperti telah berlaku dalam sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ustazah Nuridah mengimbas tragedi dahsyat dan zalim perbuatan musuh terhadap umat Islam antaranya di Palestin, Myanmar, Yaman, China hingga lebih 800 juta kaum Muslimin dinafikan hak tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan kata beliau, umat Islam telah menjadi pelarian dan berbalah sesama sendiri, selain sudut ekonomi di seluruh dunia juga menyaksikan hampir semuanya dimonopoli oleh orang bukan-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana itulah serunya, umat Islam wajib bersatu hati dan kembali kepada Islam untuk bersama mempertahankan maruah terutama saat negara mereka dilanda konflik menentukan pucuk kepimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah dimotivasikan beliau dengan hadis Nabi S.A.W bahawa Allah akan memunculkan setiap 100 tahun seorang mujadid yang akan menyelamatkan bumi dan umat manusia kembali kepada-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ustazah Nuridah mengajak untuk memanjatkan rasa syukur kerana ujian yang dilalui umat Islam di negara ini berubah apabila Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terangnya, kesan dari itu seluruh Kabinet Kerajaan PH jatuh dan terbubar dengan sendirinya dan bertukar kepimpinan kembali ke tangan orang Melayu yang memahami mengenai Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Munajat anjuran Kelab As-Sabiqat Muslimat PAS Indera Mahkota ini telah disertai ahli-ahli Muslimat PAS setempat termasuk juga daripada Wanita Umno Bahagian Indera Mahkota.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penubuhan As-Sabiqat terdiri kalangan ahli veteran yang dijelmakan dari semangat ayat 10 hingga 12 surah Al-Waqi\u2019ah ini turut diperkenalkan peranannya kepada para hadirin majlis ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sempena majlis ini juga seluruh Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) telah diperingatkan untuk menyeragamkan pelaksanaan aktiviti bacaan&nbsp;<em>Yaasiin<\/em>, tahlil serta zikir munajat AKIFI dan ceramah kelompok.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hadir sama Ketua As-Sabiqat PAS Pusat, Khadijah Mahmud dan Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salwani Salleh serta isteri ADUN Beserah, Nor Izni Wahab dan Ketua Wanita Umno Indera Mahkota, Wan Napiah Wan Yusuf.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua As-Sabiqat Indera Mahkota, Hasnah Arshad berkata, program ini sebagai usaha memohon pertolongan Allah dan menjadi motivasi buat petugas pilihan raya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>HARAKAHDAILY<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umat Melayu-Islam seharusnya merasa malu kepada Allah S.W.T ketika tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara ini diambil alih dan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2726,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-2725","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2727,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2725\/revisions\/2727"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2726"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}