{"id":2755,"date":"2020-09-30T15:58:28","date_gmt":"2020-09-30T15:58:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2755"},"modified":"2020-09-30T15:58:29","modified_gmt":"2020-09-30T15:58:29","slug":"dana-pembiayaan-bumiputera-masih-banyak-belum-dimohon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/30\/dana-pembiayaan-bumiputera-masih-banyak-belum-dimohon\/","title":{"rendered":"Dana Pembiayaan Bumiputera Masih Banyak Belum Dimohon"},"content":{"rendered":"\n<p>Dana pembiayaan usahawan Bumiputera yang disalurkan kerajaan menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan MARA sebanyak RM500 juta masih banyak berbaki dan belum dimohon.<\/p>\n\n\n\n<p>Dana berkenaan diumumkan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada Jun lalu, yang mana sebanyak RM200 juta ditawarkan melalui PUNB dan RM300 juta disalurkan menerusi MARA.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada jumlah berkenaan hanya RM16.22 juta telah disalurkan oleh PUNB sehingga 18 September lalu, manakala jumlah yang sudah disalur menerusi MARA masih belum diperoleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata peruntukkan dana berkenaan adalah bertujuan memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera dalam mendepani kesan COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dana menerusi PUNB, adalah bagi kelayakan tertumpu kepada kegunaan dana bagi modal kerja; perbelanjaan operasi; automasi sistem; serta peralatan dan perbelanjaan untuk melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) seperti amalan penjarakan fizikal dan kegunaan alat perlindungan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kemudahan pembiayaan adalah dari RM100,000 sehingga RM1 juta bagi tempoh sehingga lima tahun pada kadar faedah 3.5 peratus setahun berserta moratorium sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehingga 18 September 2020, sebanyak RM16.22 juta telah disalurkan dan memanfaatkan 41 perniagaan Bumiputera,&#8221; katanya ketika membentangkan Laporan LAKSANA Ke-23 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) secara maya, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, yang kedua adalah melalui MARA yang berupa pinjaman modal kerja untuk membantu usahawan Bumiputera yang terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia termasuklah sektor pendidikan swasta dengan had maksimum jumlah pinjaman RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus setahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari&nbsp;<a href=\"http:\/\/www.mara.gov.my\/\">www.mara.gov.my<\/a>,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) kata Tengku Zafrul, setakat 18 September lalu, sebanyak RM73.6 juta telah<\/p>\n\n\n\n<p>disalurkan dan memanfaatkan 11,059 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Mikro.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyalurkan RM55.31 juta dan memanfaatkan 1,480 PKS dan PKS Mikro setakat 18 September lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi pembiayaan PKS PENJANA, kerajaan telah memperuntukkan dana berjumlah RM2 bilion dan memberi keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman dari bank sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehingga 18 September 2020, sebanyak 3,058 permohonan PKS telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak RM742.8juta,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>BERITA HARIAN<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dana pembiayaan usahawan Bumiputera yang disalurkan kerajaan menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan MARA sebanyak RM500 juta<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-2755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2755"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2757,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2755\/revisions\/2757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}