{"id":2758,"date":"2020-09-30T17:25:06","date_gmt":"2020-09-30T17:25:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2758"},"modified":"2020-09-30T17:25:08","modified_gmt":"2020-09-30T17:25:08","slug":"kelebihan-budu-kepada-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/30\/kelebihan-budu-kepada-kesihatan\/","title":{"rendered":"Kelebihan Budu Kepada Kesihatan"},"content":{"rendered":"\n<p>Budu adalah makanan tradisi yang terkenal di Pantai Timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia telah di istiharkan sebagai \u2018Makanan Warisan\u2019 (Heritage Food) oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Budu biasanya di buat daripada ikan bilis dan juga ikan-ikan lain yang diperam atau di fermentasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kajian menunjukkan ia sangat berkhasiat dan membantu kesihatan dan kecerdasan otak. <\/p>\n\n\n\n<p>Budu mengandungi kuman baik probiotik yang sangat baik untuk kesihatan usus. <\/p>\n\n\n\n<p>Budu juga mengandungi bahan-bahan yang menunjukkan potensi sebagai agen anti kanser.<\/p>\n\n\n\n<p>Budu terhasil daripada proses hidrolisis ikan dan kuman mikrobial proteases. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasa dan aroma budu adalah di kerana tindakan mikroorganisma atau kuman proteolitik yang hidup dalam proses pemeraman budu. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya gula melaka dan asam jawa di tambah untuk menjadikan warnanya coklat gelap. <\/p>\n\n\n\n<p>Nisbah diantara ikan dan garam adalah rahsia produk masing-masing dari segi rasa dan bau. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepekatan garam mempengaruhi jenis bakteria dan aktiviti enzimatik yang menyebabkan rasa yang berbeza diantara pelbagai jenama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuman bakteria atau mikroorganisma yang ada didalam budu adalah secara umumnya diklasifikasi sebagai \u2018halofilik\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuman atau mikroorganisma ini memainkan peranan utama dalam proses degradasi atau pemecahan protin, rasa dan aroma budu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuman di dalam budu adalah kuman baik atau probiotik yang kita perlukan dalam usus kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kajian menunjukkan kuman bakteria baik di dalam budu adalah micrococcus sp. (yang dominan di permulaan proses fermentasi), staphylococcus sp. &#8211; adalah kuman halofilik yang sentiasa ada sepanjang proses fermentasi yang mana kedua-duanya mempunyai aktiviti proteolitik dan lipolitik yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Bakteria baik yang di kaji yang ada didalam budu adalah: <\/p>\n\n\n\n<p>o Micrococcus luteuso Lactobacillus plantarum LP1 &amp; LP2<\/p>\n\n\n\n<p>o Staphylococcus arlettae SA1<\/p>\n\n\n\n<p>o Saccharomycescerevisiae SC3<\/p>\n\n\n\n<p>o Candida glabrata CG2<\/p>\n\n\n\n<p>Ini jelas menunjukkan budu mempunyai campuran pelbagai jenis bakteria baik probiotik yang berfungsi dalam proses fermentasi dan menjadi bakteria probiotik dalam usus yang baik selepas dimakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan bahawa budu mempunyai kandungan garam yang tinggi, oleh itu pengambilannya sebagai bahan pencicah yang sedikit tidaklah memudaratkan berbanding khasiat kuman baik probiotiknya yang sangat baik untuk kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga sesetengah orang akan mendapat masalah alahan atau gatal-gatal apabila makan budu, maka mereka dinasihatkan tidak mengambil budu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Norman Mohd Norawi<\/p>\n\n\n\n<p>MBBS, MSc(UCSI),MNM(ACNEM),FAGE<\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan:<\/p>\n\n\n\n<p>1. Kheng Yuen Sim, Fook Yee Chye, Ann Anton et al. Probiotic potential and Antimicrobial activities of micro-organisms Isolated From an indigenous Fish Sauce (Budu). Borneo Science 31: September 2012<\/p>\n\n\n\n<p>2. More evidence that fish is brain food&#8221;. Reuters. 2009-08-14. Retrieved 23 September 2015<\/p>\n\n\n\n<p>3. Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia Archived September 4, 2010, at the Wayback Machine<\/p>\n\n\n\n<p>4. Lee, YG; Kim, JY; Lee, KW; Kim, KH; Lee, HJ. &#8220;Peptides from anchovy sauce induce apoptosis in a human lymphoma cell (U937) through the increase of caspase-3 and -8 activities&#8221;. Ann N Y Acad Sci. 1010: 399\u2013404. doi:10.1196\/annals.1299.073. PMID 15033760.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Budu adalah makanan tradisi yang terkenal di Pantai Timur Malaysia iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia telah di<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2759,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-2758","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2760,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2758\/revisions\/2760"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}