{"id":2813,"date":"2020-10-01T11:40:19","date_gmt":"2020-10-01T11:40:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2813"},"modified":"2020-10-01T11:40:21","modified_gmt":"2020-10-01T11:40:21","slug":"kiambang-belum-bertaut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/01\/kiambang-belum-bertaut\/","title":{"rendered":"Kiambang Belum Bertaut"},"content":{"rendered":"\n<p>Walau apapun perasaan tidak berpuas hati bergejolak dalam kalangan penyokong Muafakat Nasional, ikatan kesatuan ummah ini jangan terburai. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tahap lontaran pandangan dan kritikan oleh pemimpin dan ahli janganlah keterlaluan mengikut nafsu dan perasaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi kita pasti adanya jarum-jarum halus ala-vodoo yang dicucuk oleh tukang-tukang sihir yang menyamar konon suara akar umbi. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu PAS bersama dengan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya tidak menjadi justifikasi bahawa PAS mengkhianati UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekurang-kurangnya ada dua hujah yang perlu diinsafi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, UMNO sendiri merupakan satu komponen daripada satu koalisi iaitu BN. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO sudah barang tentu merasakan perlu MCA dan MIC ada bersama dalam MN demi mengukuhkan cengkaman dan sokongan rakyat berbilang kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS yang berpolitik \u201cadil untuk semua\u201d terima dengan benarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru PAS juga meyakini keupayaan BERSATU, STAR dan parti-parti Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak dapat menjana kekuatan dan impak integrasi yang secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya, Perikatan Nasional tidak pernah menutup pintu kepada UMNO malah PN sangat mengharapkan UMNO\/BN turut bersama dalam keluarga besar PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Lainlah sekiranya UMNO\/BN tidak diterima secara adil dan terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p>PN memerlukan penyertaan UMNO\/BN untuk kelangsungan kerajaan hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah UMNO\/BN lebih-lebih lagi diperlukan untuk menjadi benteng daripada DAP berkuasa kembali. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekukuhan PN memungkinkan majoriti 2\/3 diperoleh dalam PRU15 nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kena insaf bahawa UMNO kini bukan lagi UMNO sebelum wujudnya BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>BN juga bukan lagi BN sebelum PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahu diakui atau tidak, keahlian UMNO turut berkurang ditambah dengan liabiliti beberapa orang pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan yang menjadi cemuhan rakyat terbanyak. <\/p>\n\n\n\n<p>BN juga kini hanya dianggotai oleh 3 buah parti Semenanjung; sedangkan 10 buah parti telah meninggalkan BN setelah tidak lagi menjadi kerajaan Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru UMNO tidak patut bernostalgia sehingga merosakkan diri sendiri khususnya dan ummah ini umumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa berlaku sekiranya MN terburai dan pertandingan 3 perjuru berlaku antara UMNO\/BN, PN dan PH? <\/p>\n\n\n\n<p>Kemungkinan cukup besar tiada koliasi yang berjaya mendapat majoriti tanpa gabungan baru dan lompat-lompat parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik akan terus tidak stabil yang turut menjejaskan ekonomi rakyat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan amat sial sekiranya DAP kembali ada dalam kabinet. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau sebagai kingmaker sehingga Melayu dan Bumiputera menjual segala maruah yang ada demi memenuhi tuntutan dan desakan kingmaker harbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perselisihan sekarang perlu segera dicarikan solusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dianggap enteng sehingga kata dan tohmah semakin dalam menghiris jiwa. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan nanti pemimpin dah boleh makan sembang semeja tetapi akar umbi di bawah membawa diri memboikot tanpa bersuara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu bertanding kamulah yang buat kerja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dah rasa kuat sangat, buatlah pos sendiri, sendirilah panjat pokok pacak bendera. <\/p>\n\n\n\n<p>Kan parah tu pada mandiri Muafakat Nasional; sedangkan semboyan PRU15 akan ditiup bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan lupa saudaraku UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuh kali pilihanraya kecil, PAS tidak pernah sibuk nak bertanding walaupun satu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketujuh-tujuhnya PAS bantu UMNO sejujurnya dan seikhlasnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Petugas PAS tak pernah mengungkit kisah silam. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah parut di dalam terpendam dan berunsur menghilang; terujanya airmata bercucuran kegembiraan melihat UMNO menang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuh kali berkumandang \u201cterima kasih PAS, terima kasih PAS\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Dilagukan penuh rasa syukur sebagai suatu penghargaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah hanya dengan sekali rasa tidak berpuas hati kerana tafsiran sendiri, kita nekad membawa haluan sendiri?<\/p>\n\n\n\n<p>Kita adalah kiambang yang belum rapat bertaut. <\/p>\n\n\n\n<p>Biduk yang lalu pun masih belum menjauh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak boleh menjadi raja sehari; nampak cantik disolek dalam sehari. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita hidup dalam realiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Asalkan kita jujur dan benar-benar ikhlas, Allah-lah yang membantu kita mengeratkan penyatuan ini. Asalkan tiada ego dan agenda peribadi, Allah-lah yang akan meneguhkan kedudukan kita di bumi bertuah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana Allah telah mengamanahkan kita menjadi khalifah di bumi Jawi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Walau apapun perasaan tidak berpuas hati bergejolak dalam kalangan penyokong Muafakat Nasional, ikatan kesatuan ummah ini jangan terburai.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2814,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-2813","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2813","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2813"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2813\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2815,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2813\/revisions\/2815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2814"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}