{"id":2882,"date":"2020-10-02T07:14:54","date_gmt":"2020-10-02T07:14:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2882"},"modified":"2020-10-02T07:14:54","modified_gmt":"2020-10-02T07:14:54","slug":"covid-19-merebak-dari-sabah-siapa-patut-dipersalahkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/02\/covid-19-merebak-dari-sabah-siapa-patut-dipersalahkan\/","title":{"rendered":"Covid-19 Merebak Dari Sabah: Siapa Patut Dipersalahkan?"},"content":{"rendered":"\n<p>Selesainya PRN Sabah dan perlantikan Ketua Menteri Sabah nampaknya tidak menghentikan kehangatan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan kegagalan PH\/Warisan Plus mempertahankan kerajaan di Sabah, perhatian rakyat sekarang tertumpu kepada persoalan siapakah punca merebaknya semula Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengumuman Dr Hisham Abdullah tentang kekudukan terkini pendemik ini sehingga memungkinkan kuarantin di rumah diadakan semula telah menimbulkan kemarahan para netizen. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bertanyakan siapakah yang ampunya angkara? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ahli-ahli politik yang berulang-alik di antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu atau siapa sebenarnya? <\/p>\n\n\n\n<p>Yang pasti ia adalah berpunca daripada pergerakan besar-besaran ahli-ahli politik Semenanjung untuk berkempen dan menggerak jentera pilihan raya parti masing-masing di Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak boleh menyalahkan ahli-ahli politik yang menjalankan tugas-tugas mereka dalam pilihan raya, walaupun pada hakikatnya mereka wajib mematuhi SOP. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka tidak mematuhinya, ia adalah satu kesalahan yang mesti dikenakan tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti-parti politik juga tidak boleh dipersalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mempunyai hak dalam sistem demokrasi untuk menyertai pilihan raya apabila SPR menetapkan tarikh pilihan raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika parti-parti politik tidak menyertainya, rakyat tidak boleh mengundi dan kerajaan tidak dapat dibentuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Krisis politik akan berpanjangan. <\/p>\n\n\n\n<p>SPR sebagai badan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya juga tidak boleh dipersalahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan apabila berlaku kekosongan atau pembubaran dewan perundangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, siri-siri pilihan raya kecil telah diadakan dengan selamat dan mematuhi SOP. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah TYT Yang Dipertua Negeri Sabah patut dipersalahkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memang boleh menerima atau menolak permintaan Ketua Menteri Sabah untuk membubarkan DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sudah pasti beliau telah mengambil kira faktor kestabilan politik negeri sebelum beliau membubarkan DUN tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kegawatan politik Sabah itu, banyak pihak bersetuju dengan tindakan pembubaran itu untuk mewujudkan kestabilan di negeri di bawah bayu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pasti tindakan TYT Yang Dipertua Negeri Sabah adalah berpunca dari percakaran pemimpin-pemimpin politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bermula dengan tindakan Shafie Apdal yang tidak mahu menyerah kalah, setelah kehilangan majoriti di DUN Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua pemerhati politik tahu, Kerajaan Sabah asalnya dikuasai oleh BN dengan majoriti tipis pada 2018 dan Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dalam masa yang singkat, PH yang diwakili oleh Warisan dan sekutu mereka yang lain telah merampas kerajaan setelah wakil rakyat BN melompat parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Shafie Apdal mengetuai kerajaan baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika isu Covid 19 mulai reda, Shafie Apdal mula kehilangan kepercayaan dari para ADUN dan beberapa dari mereka telah komit untuk menyeberang kepada BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Musa Aman telah mengatur untuk mengadap TYT Yang Dipertua Negeri bagi membentuk kerajaan baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Shafie Apdal yang tidak boleh menerima hakikat kejatuhan kerajaannya, telah memohon kepada TYT Yang Dipertua Negeri supaya DUN dibubarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas permohonan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri itulah yang membuatkan DUN Sabah dibubarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin BN Sabah, termasuk Musa Aman tidak bersetuju dengan pembubaran DUN itu sehingga membawanya ke mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Faktornya, kerana kerajaan baru boleh dibentuk tanpa pembubaran DUN dan pilihan raya negeri mesti dielakkan bagi mengelakkan risiko penularan Covid 19. <\/p>\n\n\n\n<p>Shafie Apdal pula bukan sahaja tidak mempedulikan risiko tersebut, tetapi turut bertegas bahawa pesakit positif Covid 19 juga mesti dibenarkan mengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan kempen pilihan raya berjalan lancar tanpa kawalan ketat dan pematuhan SOP diabaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian pemimpin Warisan telah sedar risiko ini, dan menuduh Kerajaan Pusat bermain wayang dalam hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal penularan Covid 19 &#8216;Kluster PRN Sabah&#8217; ini, ternyata berpunca dari kegelojohan pemimpin PH\/Warisan Plus yang berkeras supaya DUN dibubarkan dan diadakan pilihan raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Shafie Apdal mengalah setelah kehilangan sokongan di DUN Sabah dan menyerahkan kerajaan kepada pemimpin BN, pilihan raya ini tidak perlu diadakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika DUN tidak dibubarkan, pasti seluruh isu penularan Covid 19 tidak timbul sama sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ulang-alik ahli-ahli politik memang tidak dapat dielakkan apabila pilihan raya diadakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ia menjadi sebab tersebarnya Covid 19 di Semenanjung sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Warisan Plus dan PH mesti bertanggungjawab dalam hal ini!<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selesainya PRN Sabah dan perlantikan Ketua Menteri Sabah nampaknya tidak menghentikan kehangatan politik. Di sebalik kegagalan Anwar Ibrahim<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2883,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-2882","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2882"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2884,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2882\/revisions\/2884"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}