{"id":2910,"date":"2020-10-02T10:05:19","date_gmt":"2020-10-02T10:05:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2910"},"modified":"2020-10-02T10:05:20","modified_gmt":"2020-10-02T10:05:20","slug":"ucapan-rest-in-peace-ada-implikasi-akidah-jakim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/02\/ucapan-rest-in-peace-ada-implikasi-akidah-jakim\/","title":{"rendered":"Ucapan &#8216;Rest In Peace&#8217; Ada Implikasi Akidah: JAKIM"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam konteks ucapan &#8216;Rest in Peace&#8217;, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. <\/p>\n\n\n\n<p>Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah \u2018May his soul and the souls of all the departed faithful by God\u2019s mercy rest in peace.\u2019 <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlu difahami bahawa dari sudut akidah Islam, ucapan &#8216;Rest In Peace&#8217; ini mempunyai implikasi dari segi akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti oleh orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Surah al-Taubah, ayat 113, Allah SWT telah memberi peringatan bahawa \u201cTidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini juga secara jelas telah dinyatakan oleh Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu\u2019 yang menyebutkan bahawa: <\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2026berdoa keampunan bagi orang kafir adalah haram dengan nas al-Quran dan Ijma\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh yang demikian sebagai panduan hukum, seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkan ucapan seperti \u2018Rest In Peace\u2019 ini kepada seorang bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Islam tidak pernah menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti \u201cSaya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda\u201d, kerana Islam secara dasarnya membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah sebagaimana penghormatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya Yang Menurut Perintah\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>DATO\u2019 HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA<br>Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia<br>Merangkap Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF)<br>25 April 2014<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam konteks ucapan &#8216;Rest in Peace&#8217;, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2911,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-2910","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2910","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2910"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2910\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2912,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2910\/revisions\/2912"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2911"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}