{"id":2933,"date":"2020-10-02T23:13:44","date_gmt":"2020-10-02T23:13:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2933"},"modified":"2020-10-02T23:13:46","modified_gmt":"2020-10-02T23:13:46","slug":"kritik-jumaat-sistem-khalifah-yang-dirindui","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/02\/kritik-jumaat-sistem-khalifah-yang-dirindui\/","title":{"rendered":"Kritik Jumaat: Sistem Khalifah Yang Dirindui"},"content":{"rendered":"\n<p>Sistem yang dibuat dan dicipta oleh manusia pasti akan ada kelemahan disebalik kehebatan dan kegemilangan sistem tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana manusia itu sendiri tidak sempurna. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia dicipta dengan pelbagai rupa, warna kulit, idea, identiti, kepakaran, kebijaksanaan dan sebagainya adalah untuk saling mengenali dan melengkapi antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem demokrasi dicipta oleh manusia untuk alternatif kepada kelemahan sistem autokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sistem demokrasi juga mempunyai 1001 kelemahan yang mungkin pengasas sistem demokrasi tidak nampak, yang boleh diatasi oleh sistem autokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kemudian timbul pula sistem demokrasi terpimpin, sistem raja berperlembagaan, sistem republik dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun selagimana ia ciptaan manusia, semua sistem punyai kelemahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, antara sistem yang terbaik selepas zaman kenabian untuk pemerintahan adalah sistem syura khulafa&#8217; ar-rasyidin &#8211; yang berjaya mentadbir negara umat Islam dalam tempoh yang singkat dan hanya sempat sehingga empat orang khalifah sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian sistem pemerintahan syura bertukar kepada sistem monarki kerajaan Bani Umayyah yang mewariskan pemerintahan kepada anak, cucu dan seterusnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ia satu sistem yang salah? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak salah sepenuhnya, dan tidak betul sepenuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sistem monarki berkesan untuk kestabilan politik jangka masa panjang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia dibuktikan dengan penguasaan monarki Umayyah ratusan tahun, kemudian diganti dengan monarki Abbasiyyah juga ratusan tahun, dan kemudian diganti dengan sistem monarki paling lama dalam sejarah empayar Islam, kerajaan Turki Othmaniyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, sistem demokrasi cuba dipaksakan ke atas kebanyakan negara-negara dunia ketiga selepas penjajahan kuasa Eropah berakhir. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara Asia yang kebanyakannya pengamal Monarki, satu persatu bertukar kepada sistem demokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, terdapat negara yang masih cuba mengekalkan monarki, tetapi menerima juga sistem demokrasi, seperti negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kewujudan negara-negara dunia ketiga selepas Perang Dunia ke-2 adalah satu bentuk sistem bernegara modern. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara dunia hari ini terikat secara sedar atau tidak dengan undang-undang antarabangsa yang tidak membenarkan pencerobohan negara-negara lain atas nama perluasan empayar seperti zaman dahulu kala.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun persoalan yang timbul hari ini, terdapat dalam kalangan umat Islam yang sudah hampir &#8216;give up&#8217; dengan sistem-sistem zaman modern ini, dan mula mempropagandakan untuk kembali kepada sistem khalifah. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas nama kembali kepada sistem khalifah, maka kumpulan-kumpulan &#8216;bawah tanah&#8217; mula bergerak secara senyap merekrut ahli-ahli untuk menyertai perjuangan mereka kembali ke zaman khalifah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sistem pemerintahan khalifah adalah sistem syura zaman khulafa&#8217; ar-Rasyidin sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Zaman selepas itu adalah zaman monarki &#8211; walaupun mereka memanggil pemerintah mereka sebagai Khalifah dan Sultan. <\/p>\n\n\n\n<p>Monarki mereka dahulu tidak salah, bahkan sesuai dengan situasi ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi anda yang hidup zaman modern ini, merekrut ahli untuk menyertai perjuangan anda, apakah anda mahu mewujudkan sistem monarki dan anda mahu jadi khalifah-nya?<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah yang terjadi kepada al-Qaeda, ISIS, dan segala bentuk kumpulan radikal yang tidak sabar untuk membentuk sistem khalifah. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala ada yang cuba bergerak secara ideologi seperti Hizbuttahrir dan seumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka ini tidak nampak bahawa sistem khalifah monarki sudah tidak sesuai pada zaman modern ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Zaman Khulafa&#8217; ar-Rasyidin, Khalifah adalah berkuasa umpama seorang ketua empayar yang agung. <\/p>\n\n\n\n<p>Seluruh tanah di bawah naungan Khalifah adalah milik umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Sistem ini adalah sistem terbaik untuk mengimbangi kekuatan empayar musuh yakni Rom dan Parsi. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas tamat zaman pertembungan empayar, sistem Khalifah tidak lagi sesuai kerana jumlah umat Islam yang sangat ramai, jumlah tanah naungan kerajaan Islam juga bertambah dan kewujudan-keujudan wakil khalifah yang ramai untuk mentadbir tanah-tanah di luar Arabia &#8211; menyebabkan kecenderungan untuk berlaku perebutan kuasa dan perang saudara. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka peralihan kuasa ditangani dengan mewujudkan sistem monarki.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan monarki Umayyah, Abbasiyyah dan Ottomaniah juga sebagai pengimbang kepada monarki-monarki lain seperti Eropah, China, Mongol dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Zaman Empayar telah berlalu, zaman monarki adalah pertembunagn yang lebih kechil, bukan lagi sebagaimana pertembungan besar Rom dan Parsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian setelah perang dunia ketiga, negara-negara dunia dipecah dan dipetakan dengan sempadan-sempadan yang lebih kecil, mempunyai ketua negara sendiri, bendera sendiri, ketenteraan sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja negara umat Islam demikian, bahkan negara-negara seluruh dunia. Dunia sudah meninggalkan sistem empayar besar dan sistem monarki mutlak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita sedang berada pada zaman ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Zaman negara-negara bersempadan, diperintah secara half demokrasi dan ada yang demokrasi penuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana zaman khalifah berasimilasi dengan persekitaran dunia, kita juga perlu berasimilasi dengan persekitaran dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dunia berubah kepada sistem bernegara, kita perlu berasimilasi dan menggerakkan agenda khalifah di muka bumi mengikut perdearan zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Mendepani Empayar besar Rom dan Parsi, sistem khalifah ar-rasuidin mengambil tempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mendepani kerajaan-kerajaan monarki, sistem Khalifah monarki dan Sultan diperkenal. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini kita dibawah satu sistem kelolaan dunia yang bercorak gabungan, seperti EU,OIC, APEC, ASEAN, etc. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan hari ini ada beberapa negara dunia yang cuba menjadi kuasa besar secara solo. <\/p>\n\n\n\n<p>Sistem kita bernegara hari ini, kita kena perform sebagai negara umat Islam yang kuat, gagah, stabil dan contoh kepada dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bermula dengan sistem pemerintahan negara kita, dan kemudian kita kembangkan kepada negara-negara kechil sekitar untuk membentuk blok politik dan ekonomi yang tidak mudah tergugat dengan percaturan dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Halangan kita adalah faktor politik dalaman kita sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pernah berdiskusi dengan beberapa orang Hizbuttahrir yang bukan pemimpin tertinggi dan bukan juga ahli bawahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hujahnya sangat idealistik dan betapa bagus dan perlunya kita kembali mengangkat sistem khilafah yang katanya beas daripada sistem riba&#8217;, terlaksana hukum Allah secara sempurna, kita akan gah dihormati kawan dan digeruni lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab sudah berdiskusi agak lama, saya sudah malas untuk panjangkan cerita, kerana mereka akan pusing benda yang sama dan attack &#8216;kesilapan&#8217; saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tanya soalan terakhir, kalau saya bersetuju dengan idea Hizbuttahrir untuk kita sama-sama kembali mengangkat sistem Khalifah, apa langkah pertama yang saya nak kena buat?<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu mereka menjawab, kita kena mulakan dengan sistem ekonomi Islam guna matawang dinar dan dirham untuk mengelak riba&#8217;, kita kena sama-sama ternak kambing kerana itu sunnah&#8230; bla-bla bla&#8230;. <\/p>\n\n\n\n<p>Serta merta saya &#8216;goosebump&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahsyat idea mereka yang saya tak pernah terfikir. <\/p>\n\n\n\n<p>Sembang awal-awal tadi punya lah gak pasal sistem itu dan ini yang besar-besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetiba nak mula dengan ternak kambing. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya pun minta diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita kena realistik. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dunia membincangkan sesuatu yang besar dimeja-meja akademik, dalam pertubuhan-pertubuhan dunia, dengan cara pengurusan diplomatik dunia dan sebagainya, kita kena berasimilasi dengan kaedah ini untuk mencapai matlamat kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Usah teruja dengan satu sistem yang kita pun hanya berimaginasi, tidak berpijak pada alam nyata zaman kita ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah Imam Mahdi akan bawa kita ke zaman Khalifah? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tak tahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, saya yakin Imam Mahdi tidaklah punyai level pemikiran dan ketaksuban seperti kamu.Sekian<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem yang dibuat dan dicipta oleh manusia pasti akan ada kelemahan disebalik kehebatan dan kegemilangan sistem tersebut. Kerana<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2934,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-2933","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2933","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2933"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2933\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2935,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2933\/revisions\/2935"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2934"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2933"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2933"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2933"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}