{"id":2939,"date":"2020-10-03T08:34:02","date_gmt":"2020-10-03T08:34:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2939"},"modified":"2020-10-03T08:34:03","modified_gmt":"2020-10-03T08:34:03","slug":"kenapa-perlu-beri-jawatan-kepada-cina-tetapi-tidak-kepada-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/10\/03\/kenapa-perlu-beri-jawatan-kepada-cina-tetapi-tidak-kepada-pas\/","title":{"rendered":"Kenapa Perlu Beri Jawatan Kepada Cina Tetapi Tidak Kepada PAS?"},"content":{"rendered":"\n<p>Tidak menjadi kesalahan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melantik wakil masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang baharu dibentuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, pengundi Cina sendiri menolak parti di dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) \u2013 MCA serta Parti Maju Sabah (SAPP) \u2013 menjadi wakil mereka berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, dua parti kaum Cina itu gagal memenangi enam kerusi yang ditandingi, malah semua kawasan berkenaan ditawan oleh DAP serta calon Cina, PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bermakna, kita katakan bahawa pengundi Cina Sabah menolak PN dan parti-parti di bawah BN, dan mereka menolak wakil mereka untuk berada dalam GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, adakah wajar dalam sistem demokrasi, wakil yang ditolak itu diambil? Kalau kembali kepada tahun 1955-1959, orang Cina menyokong MCA, maka wajarlah Tunku ambil dan bawa masuk dalam Kabinet,\u201d katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Mat Yazid berkata, langkah itu juga secara tidak langsung akan mendorong pengundi Cina untuk berhati-hati pada pilihan raya akan datang, supaya ada wakil mereka dalam kerajaan gabungan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika GRS kekal mengambil wakil Cina, mungkin pada masa depan parti Cina ini tidak lagi kisah jika kalah dalam pilihan raya kerana mereka yakin akan diambil masuk ke Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya melihat perkara ini dalam konteks demokrasi, kenapa kita perlu ambil mereka yang kalah dan ditolak rakyat? <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidak kiralah daripada kaum mana sekali pun,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRN lalu, GRS meletakkan calon BN daripada MCA, calon PN daripada SAPP dan calon Cina daripada PBS di kerusi majoriti Cina, namun semuanya kalah dengan Warisan dan rakan sekutunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara kerusi majoriti Cina itu ialah Api-Api yang ditandingi calon PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai; calon MCA, Lu Yen Tung (Kapayan) dan Dr Chang Kee Ying (Likas) selain calon SAPP di Luyang dan Tanjung Papat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, GRS memaklumkan akan berbincang mengenai ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu Sabah dalam kalangan pemimpin PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, isu itu adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Dr Mat Yazid turut menyarankan GRS mempertimbang untuk memberi dua posisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS tidak bertanding PRN, tetapi secara tidak langsung ahli-ahli beri sokongan pada PN dan BN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh kerana parti itu menang, saya rasa wajar diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi kepada PAS untuk memegang jawatan berkaitan seperti menteri pendidikan serta hal berkaitan Bumiputera dan kebajikan masyarakat boleh memberi sumbangan kepada kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Oleh Athirah Huda Zalhe, 1Media<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak menjadi kesalahan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak melantik wakil masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang baharu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2842,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-2939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2940,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions\/2940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2842"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}